Sarana Jenama

Asas jenama kami tertera di bawah. Walaupun halaman ini dibina untuk membantu anda, semua penggunaan perlu diluluskan oleh YouTube.

Isi Borang Permohonan Penggunaan Jenama

Menggunakan Logo YouTube

Ruang Selamat

Logo YouTube memerlukan ruang selamat yang tidak mengandungi imej dan teks di bahagian keliling. Gunakan separuh lebar Ikon untuk menentukan jumlah minimum ruang selamat yang harus mengelilingi Logo.

Jika terdapat teks di bawah Logo, anda perlu mengukur ruang selamat dari bahagian bawah Logo hingga tinggi huruf x dalam teks.

Logo YouTube, berwarna penuh, pada latar cerah

Saiz minimum

Perkataan "YouTube" mestilah mudah dibaca. Dalam kandungan digital, Logo tidak boleh dipaparkan dengan tinggi yang lebih kecil daripada 24dp.

Saiz minimum untuk menggunakan Logo dalam cetakan ialah 0.125 inci/3.1 mm tinggi.

Logo YouTube, berwarna penuh, pada latar cerah

Tinggi digital minimum: 24dp

Logo YouTube, berwarna penuh, pada latar cerah

Tinggi cetakan minimum: 0.125 inci atau 3.1mm

Perkara yang tidak boleh dilakukan pada Logo

Logo YouTube ialah simbol yang dikenali ramai, jadi Logo tidak boleh diubah.

Berikut ialah beberapa contoh perkara yang tidak boleh dilakukan pada Logo YouTube.

Tidak Boleh Dilakukan

  • Tukar ruang antara ikon dengan perkataan "YouTube" atau huruf perkataan tersebut
  • Gunakan apa-apa jua warna selain merah, hampir hitam atau putih
  • Pilih rupa taip lain untuk "YouTube"
  • Tambahkan kesan visual seperti letak bayang
  • Tukar atau gantikan perkataan "YouTube" dalam apa-apa jua cara
  • Tukar bentuk Logo
  • Gunakan Logo dalam frasa atau ayat
Kesilapan biasa semasa menggunakan logo YouTube

Menggunakan Logo pada latar legap

Contoh berikut menunjukkan penggunaan warna Logo YouTube yang betul pada latar legap yang berbeza. Logo berwarna penuh hampir hitam mestilah digunakan pada latar yang lebih cerah daripada 40% kelabu. Logo berwarna penuh putih mestilah digunakan pada latar yang lebih gelap daripada 50% kelabu.

Logo YouTube pada latar legap

Logo Berwarna Penuh

Terdapat dua versi Logo berwarna penuh, hampir hitam dan putih – tetapi segi tiga dalam Ikon mestilah putih.

Gunakan Logo berwarna penuh hampir hitam pada latar cerah. Gunakan Logo berwarna penuh putih pada latar gelap.

Logo YouTube berwarna penuh pada latar berwarna penuh

Logo Monokrom

Jika warna latar menjadikan Logo berwarna penuh sukar dilihat, anda harus menggunakan Logo monokrom sahaja.

Logo monokrom hampir hitam (#282828) mengandungi segi tiga putih dalam Ikon. Logo ini harus digunakan pada imej berbilang warna yang terang.

Logo monokrom putih (#FFFFFF) mengandungi segi tiga tanpa isi. Logo ini harus digunakan pada imej berbilang warna yang gelap.

Logo YouTube pada latar gradien kelabu

Menggunakan Ikon YouTube

Ikon Kami

Ikon kami ialah tanda fleksibel yang boleh digunakan sebagai seruan tindak dan versi Logo yang lebih pendek. Jika ruang tidak mencukupi untuk menggunakan Logo pada 24dp dengan jumlah ruang selamat yang betul, anda harus menggunakan Ikon YouTube sahaja.

Ikon YouTube, berwarna penuh

Ruang selamat

Seperti Logo, Ikon turut memerlukan ruang kosong di bahagian keliling. Untuk menentukan ruang selamat yang sesuai, gunakan separuh lebar Ikon.

Logo YouTube, cerah, putih pada latar gelap

Saiz minimum

Ikon mestilah cukup besar supaya dapat dilihat dengan jelas. Dalam kandungan digital, Ikon tidak boleh dipaparkan dengan tinggi yang lebih kecil daripada 24dp.

Saiz minimum untuk menggunakan Ikon dalam cetakan ialah 0.125 inci/3.1 mm tinggi.

Ikon YouTube, berwarna penuh pada latar cerah

Tinggi digital minimum: 24dp

Ikon YouTube, berwarna penuh pada latar cerah

Tinggi cetakan minimum: 0.125 inci atau 3.1mm

Perkara yang tidak boleh dilakukan pada Ikon

Ikon YouTube tidak boleh diubah.

Berikut ialah beberapa contoh perkara yang tidak boleh dilakukan pada Ikon.

Tidak Boleh Dilakukan

  • Regangkan bentuk Ikon secara mendatar atau menegak
  • Tukar sudut atau saiz segi tiga
  • Gunakan warna selain merah, hampir hitam atau putih
  • Putarkan Ikon
  • Tambahkan kesan khas
  • Tambahkan corak atau imej pada Ikon
  • Gantikan segi tiga dengan bentuk atau ikon lain
  • Gantikan segi tiga dengan perkataan
  • Tukar bentuk pinggir segi empat tepat
Kesilapan biasa semasa menggunakan ikon YouTube

Menggunakan Ikon di media sosial

Ikon YouTube boleh digunakan dalam aset media sosial apabila dipautkan dengan saluran YouTube sahaja.

Penting: Satu-satunya masa Logo atau Ikon boleh dijadikan pautan adalah apabila URL destinasi merupakan saluran YouTube.

Ikon YouTube dalam konteks bar perkongsian media sosial

Ikon media sosial YouTube dalam konteks

Warna YouTube

Penggunaan unsur jenama YouTube memerlukan kelulusan khas dan mestilah diserahkan dalam bahasa Inggeris melalui Borang Permohonan Penggunaan Jenama untuk semakan. Bagi permohonan yang tidak dibuat dalam bahasa Inggeris, sila hubungi rakan sejawat Perkongsian YouTube anda. YouTube berhak untuk menolak penggunaan tanda dagangan yang tidak sesuai dan menguatkuasakan hak YouTube pada bila-bila masa.

Isi Borang Permohonan Penggunaan Jenama

Rakan Kongsi dan Pengiklan

Anda mahu mempromosikan saluran atau kandungan YouTube anda dan kami ingin membantu. Anda boleh menggunakan nama, Logo dan Ikon YouTube jika anda mematuhi garis panduan penggunaan Logo dan Ikon serta garis panduan yang terdapat di bawah.

Boleh Dilakukan

  • Dapatkan kelulusan bagi semua penggunaan unsur jenama YouTube daripada YouTube
  • Ikut semua garis panduan bagi jenama YouTube
  • Elakkan penggunaan Logo YouTube yang berulang dalam seni saluran
  • Pastikan anda menggunakan Logo yang terkini
  • Gunakan Ikon YouTube dalam barisan Ikon sosial
  • Gunakan Logo standard untuk mempromosikan saluran atau kandungan anda semasa memautkan atau memacu trafik ke saluran anda

Tidak Boleh Dilakukan

  • Gunakan Logo atau unsur jenama untuk memacu ke tapak di luar YouTube
  • Ubah suai Logo, Ikon atau unsur jenama lain dalam apa-apa jua cara, termasuklah tetapi tidak terhad kepada perubahan keseimbangan, kedudukan, regangan, pemampatan, penukaran warna atau rupa taip, keterbalikan atau pemutaran mahupun penambahan kesan
  • Letakkan Logo berwarna penuh pada warna merah (kerana kurang keterlihatan)
  • Tutup sebahagian Logo atau Ikon
  • Letakkan imej dalam Logo atau Ikon

Berikut ialah beberapa contoh penggunaan penjenamaan YouTube yang baik dan buruk:

Apabila menggunakan YouTube sebaris dengan ikon media sosial yang lain, Ikon YouTube paling sesuai untuk digunakan berbanding dengan Logo YouTube.

Boleh Dilakukan
Tidak Boleh Dilakukan

Logo & Ikon YouTube Yang Betul

Sila semak sekali lagi untuk memastikan anda menggunakan Logo YouTube yang betul dan dikemas kini dan bukannya Logo tidak rasmi atau Logo lama (ada banyak di luar sana). Logo terkini boleh dimuat turun .

Boleh Dilakukan
Tidak Boleh Dilakukan

Logo standard tidak boleh diletakkan pada latar merah kerana kurang keterlihatan. Logo monokrom putih paling sesuai dengan warna merah.

Boleh Dilakukan
Tidak Boleh Dilakukan

Logo berwarna penuh tidak boleh digunakan dalam seni saluran kerana langkah ini adalah lewah dengan Logo YouTube yang terdapat pada tapak web.

Boleh Dilakukan
Tidak Boleh Dilakukan

Kelulusan pihak ketiga

  • Anda bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan pihak ketiga daripada pemilik kandungan yang berkaitan untuk kandungan yang anda muat naik ke YouTube yang bukan milik anda.
  • Anda mestilah mempunyai kelulusan pihak ketiga daripada pemilik kandungan yang berkaitan jika anda memaparkan kandungan dalam bahan promosi.
  • YouTube tidak merundingkan kebenaran bagi pihak rakan kongsi kami. Anda mestilah menghubungi pemilik imej atau video untuk mendapatkan kebenaran yang sewajarnya.
  • Dengan memuat naik ke YouTube, anda menjamin bahawa anda mempunyai hak yang diperlukan untuk memuat naik video anda. YouTube berhak untuk mengalih keluar apa jua kandungan daripada tapak yang melanggar Syarat Penggunaan atau Garis Panduan YouTube.

Menggunakan perkataan "YouTuber"

Garis panduan untuk pencipta

  • Kami berbangga kerana ramai pencipta memanggil diri mereka YouTuber. Kami hanya meminta agar “YouTuber” atau “Tuber” digunakan apabila merujuk kepada pengguna yang menghasilkan dan memuat naik video atau kandungan muzik asli di YouTube.
  • Kami mahu "YouTuber" kekal kasual. Dengan cara ini, perkataan tersebut boleh digunakan oleh semua orang. Jangan gunakan “YouTuber” atau “Tuber” dalam nama rasmi sesuatu perkara seperti siri video, buku dan program dan jangan daftar domain, nama saluran atau tanda dagangan yang mengandungi perkataan tersebut. Ini akan melindungi tanda dagangan YouTube untuk penggunaan kami dan komuniti.

Garis panduan untuk pengiklan

  • “YouTuber” harus digunakan apabila merujuk kepada pengguna yang menghasilkan dan memuat naik video atau kandungan muzik asli ke YouTube sahaja. Kita tidak seharusnya memanggil pengguna yang sekadar memuat naik kandungan ke platform video lain "YouTuber.”
  • Untuk memastikan "YouTuber" digunakan dalam cara kasual sahaja, kami meminta pihak ketiga agar tidak menggunakan “YouTuber” dalam nama rasmi sesuatu perkara seperti siri video, buku dan program atau mendaftar domain, nama saluran atau tanda dagangan yang mengandungi perkataan tersebut. Ini akan melindungi tanda dagangan YouTube untuk penggunaan kami dan komuniti.
  • Walaupun “Tuber” boleh digunakan oleh pencipta YouTube secara tidak rasmi, perkataan ini tidak harus digunakan oleh pengiklan.

Penggunaan unsur jenama YouTube memerlukan kelulusan khas dan mestilah diserahkan dalam bahasa Inggeris melalui Borang Permohonan Penggunaan Jenama untuk semakan. Bagi permohonan yang tidak dibuat dalam bahasa Inggeris, sila hubungi rakan sejawat Perkongsian YouTube anda. YouTube berhak untuk menolak penggunaan tanda dagangan yang tidak sesuai dan menguatkuasakan hak YouTube pada bila-bila masa.

Isi Borang Permohonan Penggunaan Jenama

Hiburan dan Media

Untuk memaparkan jenama YouTube dalam media (video, rancangan TV, filem, akhbar dll) sila baca garis panduan ini.

Kelulusan penggunaan jenama

Jika anda terlibat dalam industri hiburan dan media, semua peletakan produk yang memaparkan Logo, Ikon atau unsur antara muka YouTube (contohnya, butang, halaman, tangkapan skrin mudah alih dan lain-lain) melalui apa-apa jua media (contohnya, TV, video muzik, filem, tangkapan skrin dan lain-lain) mestilah diluluskan oleh YouTube. Sila patuhi garis panduan penggunaan Logo dan panduan yang terdapat di bawah, kemudian serahkan permohonan anda dalam bahasa Inggeris melalui Borang Permohonan Penggunaan Jenama. Jika peletakan produk akan dilihat oleh khalayak yang ramai, anda mungkin perlu menandatangani borang pelepasan Google Inc.

Penting: Jika anda mewakili pihak media, anda tidak perlu menyerahkan permohonan untuk semakan melalui Borang Permohonan Penggunaan Jenama. Sila baca . Selepas itu, anda boleh memuat turun Logo atau Ikon YouTube untuk digunakan.

Isikan Borang Kebenaran Google

Sebelum menyerahkan permohonan peletakan produk anda, sila pastikan yang berikut

  1. Peletakan produk menggambarkan YouTube dalam cara yang positif atau neutral.
  2. Kandungan video yang dibangunkan khusus untuk peletakan produk tidak melanggar Garis Panduan Komuniti YouTube dan tidak akan melanggar Syarat Penggunaan YouTube.
  3. Anda boleh menyediakan konteks yang mencukupi bagi peletakan tersebut untuk diserahkan dengan permohonan anda. Anda harus menyerahkan satu fail PDF termasuk contoh Logo YouTube dan/atau antara muka YouTube dalam konteks, serta halaman skrip yang berkaitan, gambaran keseluruhan penerbitan, nama syarikat penerbitan, nama penerbitan dan butiran lain seperti pelakon, pengarah dan sebagainya, yang akan membantu kami memahami cara YouTube digambarkan dalam penerbitan.

Kelulusan pihak ketiga

  • YouTube tidak memiliki hak terhadap kandungan pihak ketiga di tapak ini. Jika peletakan produk anda memaparkan kandungan pengguna atau rakan kongsi, anda bertanggungjawab untuk mendapatkan kelulusan penggunaan kandungan daripada pemilik kandungan.
  • YouTube tidak merundingkan kebenaran bagi pihak rakan kongsi kami. Anda mestilah menghubungi pemilik imej atau video untuk mendapatkan kebenaran yang sewajarnya.
  • Dengan memuat naik ke YouTube, anda menjamin bahawa anda mempunyai hak yang diperlukan untuk memuat naik. YouTube berhak untuk mengalih keluar apa jua kandungan daripada tapak yang melanggar Syarat Penggunaan atau Garis Panduan Komuniti YouTube.
  • Sebaik sahaja anda mempunyai semua maklumat dan bahan, serahkan permohonan penggunaan jenama dalam bahasa Inggeris untuk semakan melalui Borang Permohonan Penggunaan Jenama. Sila tunggu sehingga seminggu untuk mendapat balasan. Bagi permohonan yang tidak dibuat dalam bahasa Inggeris, sila hubungi rakan sejawat Perkongsian YouTube anda. YouTube berhak untuk menolak penggunaan tanda dagangan yang tidak sesuai dan menguatkuasakan hak YouTube pada bila-bila masa.

Penggunaan unsur jenama YouTube memerlukan kelulusan khas dan mestilah diserahkan dalam bahasa Inggeris melalui Borang Permohonan Penggunaan Jenama untuk semakan. Bagi permohonan yang tidak dibuat dalam bahasa Inggeris, sila hubungi rakan sejawat Perkongsian YouTube anda. YouTube berhak untuk menolak penggunaan tanda dagangan yang tidak sesuai dan menguatkuasakan hak YouTube pada bila-bila masa.

Isikan Borang Kebenaran Google

Pembangun API

API YouTube membolehkan anda menggabungkan kefungsian YouTube dalam aplikasi atau peranti anda. Lawati tapak di bawah untuk memahami garis panduan dan memuat turut aset yang anda perlukan untuk menambahkan penjenamaan YouTube pada aplikasi, peranti atau bahan pemasaran anda.

Lawati Garis Panduan Penjenamaan Pembangun API YouTube

Rakan kongsi peranti

Untuk mendapatkan kelulusan bagi penggunaan jenama YouTube anda, sila serahkan permohonan dalam bahasa Inggeris melalui Borang Permohonan Penggunaan Jenama untuk semakan. Sila tunggu sehingga seminggu untuk mendapat balasan. YouTube berhak untuk menolak penggunaan tanda dagangan yang tidak sesuai dan menguatkuasakan hak YouTube pada bila-bila masa. Penggunaan YouTube dan jenama YouTube pada peranti anda memerlukan perjanjian bertulis dengan YouTube yang berasingan dan mestilah memenuhi keperluan pensijilan YouTube yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut.

Isi Borang Permohonan Penggunaan Jenama