Semua orang berhak untuk berpegang pada pendapat mereka dan dunia akan bertambah baik apabila kita mula mendengar, berkongsi dan membina komuniti melalui cerita kita.
Semua orang berhak untuk bersuara dan berkongsi pendapat serta memulakan sesi dialog terbuka kerana kebebasan kreativiti akan menghasilkan pendapat, cara dan peluang yang tidak pernah wujud dahulu.
Semua orang berhak untuk mendapatkan akses mudah dan terbuka kepada maklumat kerana video merupakan wadah berkuasa untuk merangsang pendidikan dan pemahaman serta merakam setiap detik penting.
Semua orang berhak untuk dikenali, membangunkan perniagaan yang berjaya mengikut prinsip sendiri dan menetapkan arah aliran tanpa disekat.
Semua orang berhak untuk mencari komuniti sokongan, mengatasi sekatan, menjangkau sempadan dan disatukan melalui minat yang sama.