Kuki, Piksel & Teknologi yang Serupa

Teknologi seperti kuki, tag piksel ("piksel"), peranti dan pengecam dan storan setempat (secara kolektif, “Kuki dan teknologi yang serupa”) digunakan untuk menyampai, menjamin dan memahami produk, perkhidmatan dan iklan di dalam dan di luar Perkhidmatan Facebook.

Kami menawarkan rangkaian produk dan ciri-ciri yang melibatkan penggunaan teknologi ini untuk menghubungi anda berdasarkan aktiviti anda di dalam dan di luar Perkhidmatan kami. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai produk iklan kami dan kawalan yang anda miliki dengan melawat halaman “Iklan di Facebook” kami. Seperti yang diterangkan dengan lebih terperinci di bawah ini, kami juga menggunakan teknologi ini dengan cara lain, seperti untuk tujuan keselamatan, untuk memberikan dan mendayakan produk dan perkhidmatan, serta untuk memahami dan mengukur produk, perkhidmatan dan iklan. Pihak ketiga yang anda berinteraksi apabila menggunakan Perkhidmatan Facebook boleh juga menggunakan teknologi ini untuk pelbagai tujuan.

Semak kembali di sini dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai teknologi ini dan cara ia digunakan.

Pelayar atau peranti anda mungkin menawarkan tetapan yang berkaitan dengan teknologi ini. Untuk maklumat lanjut mengenai sama ada tetapan ini tersedia, apa yang ia lakukan dan cara ia berfungsi, lawati bahan bantuan pelayar atau peranti anda. Kami mungkin tidak menyedari atau memberi respons kepada pelayar atau isyarat peranti di sekitar penjejakan, dan beberapa tetapan mungkin mengganggu penggunaan ciri yang kami tawarkan. Selain itu, tetapan yang ditawarkan oleh pelayar atau peranti seringkali hanya digunakan pada pelayar atau peranti tertentu.

Apakah bentuk teknologi ini?

Kuki ialah fail kecil yang diletakkan pada pelayar atau peranti anda oleh laman web atau aplikasi yang anda gunakan atau iklan yang anda lihat. Tag piksel (juga dipanggil GIF jernih, suar web atau piksel) ialah blok kecil kod di halaman web atau aplikasi yang membolehkan ia melakukan perkara seperti membaca dan meletakkan kuki dan menghantar maklumat kepada kami atau rakan kongsi kami. Hasil penyambungan boleh termasuk maklumat seperti alamat IP peranti, waktu seseorang melihat piksel, dan jenis pelayar yang digunakan, pengecam yang dikaitkan dengan pelayar atau peranti dan jenis pelayar yang digunakan. Storan setempat adalah teknologi standard industri yang membolehkan laman web atau aplikasi menyimpan dan mendapatkan semula data pada komputer, telefon mudah alih dan peranti lain milik seseorang. Beberapa contoh termasuk storan setempat dan cache peranti atau HTML5.

Mengapa kita menggunakan kuki dan teknologi yang serupa?

Kami menggunakan teknologi ini untuk pelbagai sebab, seperti membenarkan kami menunjukkan anda kandungan dan iklan yang paling berkaitan dengan anda; meningkatkan produk dan perkhidmatan kami; dan membantu memastikan Perkhidmatan kami selamat. Walaupun nama Kuki dan teknologi serupa yang tertentu yang kami gunakan boleh berubah dari semasa ke semasa apabila kami meningkatkan dan mengemas kini Perkhidmatan kami, ia secara umumnya masuk dalam kategori penggunaan di bawah ini:

Kategori penggunaanContoh
Pengesahan

Teknologi ini memberitahu kami apabila anda melog masuk, maka kami boleh menunjukkan pengalaman dan ciri yang sesuai untuk anda.

Contohnya, Kuki dan teknologi yang serupa memberitahu kami apabila anda melog masuk ke Facebook, maka kami boleh menunjukkan maklumat yang berkaitan dan sosial semasa anda melawat laman web lain yang menggunakan pasang masuk sosial kami. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk memahami cara anda menggunakan Platform dan lain-lain aplikasi dan perkhidmatan kami.

Keselamatan dan integriti laman

Ini membantu memastikan Perkhidmatan Facebook selamat dan terjamin. Ia menyokong atau mendayakan ciri keselamatan dan membantu kami mengesan aktiviti yang melanggar Pernyataan Hak dan Tanggungjawab kami.

Contohnya, ia membantu melindungi akaun anda daripada diakses oleh sesiapa sahaja selain daripada anda. Kuki dan teknologi yang serupa juga memberitahu kami apabila beberapa orang telah melog masuk daripada komputer yang sama. Dengan kelulusan log masuk jika seseorang melog masuk ke akaun anda daripada pelayar yang tidak pernah anda gunakan sebelum ini, kami mungkin menyekat mereka dan meminta lebih banyak maklumat. Ia juga membantu kami melaksanakan pemberitahuan log masuk, jadi anda akan diberi peringatan apabila akaun anda diakses dan menyahdayakan sebarang sesi yang aktif.

Selain daripada membantu menghalang orang yang tidak dibenarkan melog masuk ke akaun anda, kami juga menggunakan Kuki dan teknologi yang serupa untuk membantu memastikan orang atau mesin yang mengakses Perkhidmatan kami tidak melanggar dasar kami. Contohnya, maklumat tertentu di Facebook adalah umum, maka ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja di internet. Kuki dan teknologi yang serupa ini membantu kami memahami jumlah dan kekerapan permintaan supaya kami boleh mengesan dan menghalang orang atau mesin daripada “mengikis” maklumat dari laman kami.

Kami juga menggunakan alat ini untuk menjadikan Facebook lebih mudah digunakan, seperti semasa anda tersilap menaip satu aksara nama pengguna atau kata laluan anda. Jika anda sudah melog masuk ke Facebook dari pelayar yang sama, kami akan memberikan pilihan yang lebih mudah untuk membetulkan taipan anda kerana kami tahu anda telah berjaya melog masuk ke Facebook sebelum ini.

Pengiklanan, pandangan dan pengukuran

Perkara seperti Kuki dan teknologi yang serupa (seperti maklumat mengenai peranti anda atau piksel di laman web) yang digunakan untuk memahami dan menyampaikan iklan, menjadikannya lebih berkaitan untuk anda, dan menganalisis produk dan perkhidmatan dan penggunaan produk dan perkhidmatan tersebut.

Contohnya, kami menggunakan kuki jadi kami atau sekutu dan rakan kongsi kami, boleh menyajikan iklan yang mungkin menarik perhatian anda di Perkhidmatan Facebook atau laman web yang lain dan aplikasi mudah alih. Kami juga mungkin menggunakan kuki untuk mengetahui sama ada seseorang yang telah disajikan iklan di Perkhidmatan Facebook membuat pembelian di laman pengiklan atau memasang aplikasi yang diiklankan selepas itu. Begitu juga, rakan kongsi kami mungkin menggunakan kuki atau teknologi lain yang serupa untuk menentukan sama ada kami telah menyajikan iklan dan bagaimana ia dilaksanakan atau menyediakan kami dengan maklumat mengenai cara anda berinteraksi dengannya. Kami juga mungkin bekerjasama dengan pengiklan atau rakan kongsi pemasaran untuk menyajikan anda iklan di dalam atau di luar Perkhidmatan Facebook, seperti selepas anda telah melawat laman pengiklan atau aplikasi, atau menunjukkan iklan berdasarkan laman web yang anda lawati atau aplikasi yang anda gunakan – di seluruh Internet dan ekosistem mudah alih.

Kami juga mungkin menggunakan Kuki untuk menyediakan pengiklan dengan pandangan mengenai orang yang melihat dan berinteraksi dengan iklan mereka, melawat laman web mereka dan menggunakan aplikasi mereka.

Ketahui lebih lanjut tentang maklumat yang kami terima, bagaimana kami memutuskan iklan yang akan ditunjukkan di dalam dan di luar Perkhidmatan Facebook dan kawalan tersedia untuk anda.

Penyetempatan

Ini membantu kami menyediakan pengalaman yang disetempatkan.

Contohnya, kami mungkin menyimpan maklumat dalam kuki yang diletakkan di pelayar atau peranti anda supaya anda akan melihat laman dalam bahasa yang anda gemari.

Ciri dan perkhidmatan laman

Ia menyediakan kefungsian yang membantu kami menyampaikan produk dan perkhidmatan.

Contohnya, Kuki atau teknologi yang serupa membantu anda melog masuk dengan pra-mengisi medan nama pengguna dan membantu menjadikan pengalaman sembang lebih baik dengan memaparkan rakan anda yang sedang dalam talian. Kami juga mungkin menggunakan Kuki dan teknologi yang serupa untuk membantu kami menyimpan keutamaan, mengetahui bila anda telah melihat atau berinteraksi dengan kandungan Perkhidmatan Facebook, dan memberikan anda dan orang lain dengan pasang masuk sosial dan kandungan dan pengalaman lain yang disesuaikan, seperti membuat cadangan kepada anda dan orang lain. Ketahui lebih lanjut.

Prestasi

Kami gunakan ini untuk menyediakan pengalaman yang sebaik mungkin untuk anda.

Contohnya, kami mungkin menggunakan Kuki atau teknologi yang serupa untuk membantu kami menghalakan trafik antara pelayan dan memahami seberapa cepat Perkhidmatan Facebook dimuatkan untuk pengguna yang berbeza. Kadangkala kami mungkin menyimpan maklumat di pelayar atau peranti anda supaya ciri yang anda gunakan dimuatkan dan bertindak balas dengan lebih cepat.

Analisis dan kajian

Ia digunakan untuk memahami, meningkatkan dan mengkaji produk dan perkhidmatan, termasuk semasa anda mengakses Perkhidmatan Facebook atau laman web dan aplikasi lain daripada komputer atau peranti mudah alih.

Contohnya, kami mungkin menggunakan Kuki atau teknologi yang serupa (termasuk maklumat daripada peranti anda) untuk memahami cara anda menggunakan pasang masuk sosial untuk meningkatkannya. Kami mungkin kongsikan maklumat mengenai analisis ini dengan rakan kongsi kami.

Anda juga boleh melihat pada bahagian kuki bagi audit kami yang tersedia untuk umum, dilakukan oleh Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Ireland, yang menjelaskan lebih lanjut mengenai kuki yang digunakan.

Bagaimanakah kami menggunakan kuki, storan setempat atau teknologi yang serupa apabila saya menggunakan peranti mudah alih?

Banyak peranti mudah alih yang bertindak sama seperti komputer, seperti telefon pintar yang menyokong pelayar berciri penuh. Bagi peranti sedemikian, kami dan rakan kongsi kami menggunakan Kuki dan teknologi yang serupa dengan cara yang sama apabila anda mengakses pelayar daripada komputer. Peranti lain menggunakan teknologi yang berbeza seperti storan setempat di peranti, Kit Pembangunan Perisian (SDK) atau Antara Muka Pengaturcaraan Lanjutan (API) untuk memudahkan jenis proses yang sama seperti kami menggunakan Kuki, seperti yang diterangkan di atas.

Kami akan meminta atau menerima maklumat mengenai penggunaan peranti anda, aplikasi kami atau aplikasi lain. Apabila di web, kami juga mungkin menggunakan teknologi ini untuk menyimpan pengecam atau maklumat lain di peranti anda. Kami menerangkan bagaimana kami menggunakan teknologi dan maklumat yang kami terima menerusi penggunaannya di atas. Contohnya, jika kami mengetahui bahawa anda sudah menggunakan aplikasi, apabila anda mengklik pada pautan dalam Suapan Berita daripada aplikasi itu, kami boleh menghantar anda terus ke aplikasi tersebut. Sebaliknya jika anda tidak mempunyai aplikasi, kami akan menghantar anda ke kedai aplikasi supaya anda boleh memuat turun aplikasi.

Bagaimanakah kami menggunakan kuki untuk tujuan keselamatan?

Kami menggunakan alat seperti kuki untuk membantu memastikan Perkhidmatan Facebook selamat, terjamin dan mudah digunakan. Kuki menyokong atau mendayakan ciri keselamatan. Contohnya, dengan kelulusan log masuk jika seseorang melog masuk ke akaun anda daripada pelayar yang tidak pernah anda gunakan sebelum ini, kami mungkin menyekat mereka dan meminta lebih banyak maklumat. Ia juga membantu kami melaksanakan pemberitahuan log masuk, jadi anda akan diberi peringatan apabila akaun anda diakses diakses dalam keadaan mencurigakan dan menyahdayakan sebarang sesi Facebook yang aktif.

Selain daripada membantu menghalang orang yang tidak dibenarkan melog masuk ke akaun anda, kami juga menggunakan kuki untuk membantu memastikan orang atau mesin yang mengakses Perkhidmatan kami tidak melanggar dasar kami. Contohnya, maklumat tertentu pada Perkhidmatan kami adalah umum, maka ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja di Internet. Kuki ini membantu kami memahami jumlah dan kekerapan permintaan supaya kami boleh mengesan dan menghalang orang atau mesin daripada “mengikis” maklumat dari laman kami.

Kami juga menggunakan alat ini untuk menjadikan Perkhidmatan kami lebih mudah digunakan, seperti semasa anda tersilap menaip satu aksara nama pengguna atau kata laluan anda. Contohnya, jika anda sudah melog masuk ke Facebook dari pelayar yang sama, kami akan memberikan pilihan yang lebih mudah untuk membetulkan taipan anda kerana kami tahu anda telah berjaya melog masuk ke Facebook sebelum ini.

Bilakah kami menggunakan kuki, pengecam peranti, storan setempat atau teknologi yang serupa?

Kami mungkin meletakkan atau menggunakan teknologi ini apabila anda berinteraksi dengan Perkhidmatan kami, syarikat-syarikat berkaitan kami atau dengan pengiklan atau rakan kongsi (sama ada anda log masuk ke Perkhidmatan tertentu atau tidak) menggunakan pelayar atau peranti yang membenarkan peletakan atau penggunaan teknologi yang berkaitan. Contohnya, apabila anda melawat laman web kami atau menggunakan aplikasi kami, kami mungkin meletakkan atau membaca kuki atau menerima maklumat daripada peranti anda. Kami mungkin juga meletakkan kuki melalui piksel di laman pengiklan atau rakan kongsi.

Bilakah kami membaca kuki pada komputer atau peranti anda?

Pelayar web menghantar sebarang kuki untuk domain web tertentu (cth: facebook.com) ke laman web setiap kali mesin dengan kuki itu mengakses kandungan yang disajikan daripada domain tersebut. Ini bermaksud sebarang kuki facebook.com akan dihantar ke Facebook apabila mana-mana halaman diakses di facebook.com oleh mesin tersebut. Ia juga bermaksud kuki ini dihantar ke Facebook apabila seseorang mengakses laman web atau aplikasi pihak ketiga yang menyepadukan atau menggunakan Perkhidmatan kami, seperti salah satu pasang masuk kami.

Kadangkala kami bekerjasama dengan laman web, aplikasi dan rakan kongsi mereka supaya kami boleh meletakkan atau membaca kuki Facebook di pelayar atau peranti anda apabila anda melawat perkhidmatan pihak ketiga. Ini membolehkan kami melakukan perkara seperti membaca dan merujuk kuki lebih daripada satu peranti atau pelayar yang anda gunakan, di dalam dan di luar Perkhidmatan kami, maka kami boleh menyediakan Perkhidmatan Facebook merentasi semua peranti anda dan meningkatkan dan memahami produk, iklan dan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada anda dan orang lain di Internet.

Bagaimanakah pihak ketiga menggunakan kuki, tag piksel ("piksel") dan teknologi serupa yang lain pada Perkhidmatan kami?

Kami kadangkala menggunakan pembekal perkhidmatan untuk membantu kami menyediakan produk dan perkhidmatan tertentu. Contohnya, kami menggunakan pembekal perkhidmatan untuk membantu anda membeli sesuatu menggunakan Facebook di telefon mudah alih anda. Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan itu, pembekal mungkin menggunakan piksel untuk mengumpul maklumat mengenai telefon anda supaya, jika anda memilih, ia kan membantu kami mengebil anda dengan mudah melalui bil telefon anda.

Apabila anda melihat, klik ataupun berinteraksi dengan iklan atau aplikasi di Facebook atau di luar, rakan kongsi kami juga menggunakan kuki, piksel atau teknologi yang serupa (seperti storan setempat atau maklumat daripada peranti anda), bagi membantu menyediakan perkhidmatan dan iklan yang berkaitan dengan anda. Contohnya, rakan kongsi platform mungkin menggunakan kuki, kit pembangun perisian (SDK) atau teknologi yang serupa untuk menyesuaikan pengalaman anda ketika anda menggunakan aplikasi mereka. Atau, rakan kongsi pengiklanan mungkin menggunakan kuki untuk memutuskan sama ada mereka mahu kami menunjukkan salah satu iklan mereka atau untuk mengukur prestasi iklan yang anda lihat. Rakan kongsi kami juga mungkin menggunakan teknologi ini untuk membantu berkongsi maklumat dengan Perkhidmatan kami, seperti cara anda menggunakan laman web atau aplikasi mereka.

Kami atau orang lain (seperti rakan anda dalam kiriman mereka atau Halaman atau aplikasi yang anda lawat atau gunakan) mungkin menyepadukan ciri pihak ketiga seperti peta atau video bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda. Pembekal penyepaduan tersebut mungkin mengumpul maklumat semasa anda melihat atau menggunakannya, termasuk maklumat mengenai anda dan peranti atau pelayar anda. Mereka mungkin melakukannya menggunakan Kuki atau teknologi yang serupa. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maklumat yang mereka kumpulkan atau terima, semak dasar privasi mereka.

Bagaimanakah kami menggunakan Kuki dan teknologi yang serupa untuk menunjukkan iklan yang berkaitan?

Kami menggunakan Kuki dan teknologi yang serupa untuk menunjukkan iklan di dalam dan di luar Perkhidmatan Facebook. Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana Facebook memutuskan iklan yang akan ditunjukkan dan kawalan yang tersedia untuk anda. Anda boleh menyesuaikan keutamaan iklan anda jika anda mahu mengawal dan mengurus pengalaman iklan anda di Facebook.

Syarikat pengiklanan yang bekerjasama dengan kami, umumnya menggunakan kuki dan teknologi yang serupa sebagai sebahagian daripada perkhidmatan mereka. Apabila mereka melalukan sedemikian, mereka sering mematuhi kawalan piawaian industri yang boleh anda gunakan atau mereka mungkin juga menawarkan pilihan yang lain. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara pengiklan menggunakan kuki dan pilihan yang mereka tawarkan, anda boleh menyemak sumber berikut:

Kami bekerjasama dengan syarikat pengiklanan antara lainnya adalah untuk membantu pengiklan menunjukkan iklan kepada orang ramai berdasarkan laman web atau aplikasi lain yang dilawati oleh mereka. Ini membantu kami menunjukkan iklan yang lebih berguna dan berkaitan dengan anda. Contohnya, jika pengiklan sedang mempromosikan jualan tiket penerbangan ke Hawaii, mereka ingin menunjukkan iklan tersebut kepada orang yang baru sahaja melawat laman web yang berkaitan dengan melancong ke Hawaii. Kami bekerjasama dengan syarikat pengiklanan untuk membantu pengiklan tersebut menunjukkan iklan jualan tiket penerbangan kepada orang ramai.

Kami juga membenarkan syarikat-syarikat tertentu yang menyediakan perkhidmatan kepada pengiklan untuk menilai kesan iklan mereka di Perkhidmatan Facebook tetapi hanya sekiranya mereka bersetuju dengan sekatan tentang cara menggunakan maklumat yang mereka kumpul.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai beberapa syarikat yang pengiklan gunakan dan pilihan yang mereka tawarkan:

Adakah kami menggunakan kuki jika anda tidak mempunyai akaun atau telah melog keluar daripada akaun anda?

Kami masih menggunakan kuki jika anda tidak mempunyai akaun atau telah melog keluar daripada akaun anda. Contohnya, jika anda telah log keluar daripada akaun anda, kami menggunakan kuki untuk membantu:

  • Mengenal pasti dan menyahdayakan akaun pengirim spam
  • Memulihkan akaun anda jika anda kehilangan akses ke atasnya
  • Menyediakan ciri keselamatan tambahan seperti pemberitahuan log masuk dan kelulusan log masuk
  • Menghalang orang di bawah umur daripada mendaftar dengan tarikh lahir palsu
  • Membolehkan kami menyampaikan, memilih, menilai, mengukur dan memahami iklan yang kami sajikan di dalam dan di luar Facebook (ini termasuk iklan yang disajikan oleh atau bagi pihak sekutu atau rakan kongsi kami)
  • Mengenal pasti komputer awam supaya kami boleh tidak menggalakkan orang menggunakan Biarkan saya kekal dilog masuk dan meletakkan risiko pada akaun mereka
  • Menjana pandangan mengenai orang yang berinteraksi dengan Perkhidmatan kami dan laman pengiklan dan rakan kongsi kami

Kami juga menetapkan kuki jika anda tidak mempunyai akaun Facebook tetapi telah melawat facebook.com untuk membantu kami melindungi Perkhidmatan Facebook dan orang yang menggunakannya daripada aktiviti berniat jahat. Contohnya, kuki ini membantu kami mengesan dan menghalang serangan menafikan perkhidmatan dan penciptaan akaun palsu secara besar-besaran.

Jika anda mempunyai kuki pada pelayar atau peranti anda, kami membaca kuki tersebut apabila anda melawat laman dengan pasang masuk sosial.