Jawapan tentang Privasi dan Keselamatan

Kami memastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan dan selamat - kawalan di tangan anda.

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, anda mengamanahkan maklumat anda kepada kami. Kami ingin bermula dengan memberitahu anda perkara yang kami lakukan dengannya:

Data membolehkan kami memnyediakan perkhidmatan kami seperti Carian, Gmail dan Peta.

Data juga membantu kami memaparkan iklan yang berkaitan supaya kami boleh menyediakan perkhidmatan kami secara percuma untuk semua.

Ketahuilah bahawa kami tidak menjual maklumat peribadi anda.

Anda turut mengawal jenis maklumat yang kami kumpul dan gunakan.

Akhir sekali, tiada siapa yang melakukan lebih daripada ini untuk memastikan anda dan maklumat anda selamat dan terjamin.

Apakah data yang dikumpul oleh Google?

Jenis data utama yang kami kumpul adalah berdasarkan tindakan yang anda ambil menggunakan perkhidmatan kami, seperti butiran akaun asas dan perkara yang anda buat.

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami - sebagai contoh, melakukan carian di Google, mendapatkan arah jalan di Peta Google atau menonton video di YouTube - kami mengumpul maklumat berdasarkan perkara yang anda buat supaya kami boleh menjadikan perkhidmatan kami berfungsi lebih baik untuk anda. Apabila anda mendaftar untuk Akaun Google, kami menyimpan maklumat asas yang anda berikan kepada kami, seperti nama, e-mel dan kata laluan. Selain itu, kami menyimpan dan melindungi data yang anda buat menggunakan perkhidmatan kami. Oleh itu, anda akan sentiasa mempunyai e-mel, foto, video dan dokumen anda apabila anda memerlukannya.

Kami turut memberi anda alatan untuk mengawal jenis maklumat yang kami kumpul dan gunakan.

Ketahui lebih lanjut mengenai data yang dikumpul oleh Google


Apa yang Google lakukan dengan data yang dikumpul?

Pertama sekali, kami menggunakan data untuk menjadikan perkhidmatan kami lebih cepat, lebih bijak dan lebih berguna bagi anda, seperti memberikan hasil carian yang lebih baik dan kemas kini trafik yang tepat pada masanya. Data turut membantu kami menganalisis pola untuk melindungi anda daripada perisian hasad, pancingan data dan aktiviti lain yang mencurigakan. Sebagai contoh, kami akan memberi amaran apabila anda cuba melawati tapak web yang berbahaya. Kami turut menggunakan data untuk menunjukkan iklan yang berkaitan dan berguna kepada anda, serta terus menyediakan perkhidmatan secara percuma untuk semua orang.

Ketahui lebih lanjut mengenai cara Google menggunakan data


Adakah Google menjual maklumat peribadi saya?

Tidak. Kami tidak menjual maklumat peribadi anda.

Kami memang menggunakan maklumat tertentu, seperti carian yang telah anda lakukan dan lokasi anda, untuk menjadikan iklan yang kami tunjuk kepada anda lebih berkaitan dan berguna. Iklanlah yang membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kami seperti Carian, Gmail dan Peta secara percuma untuk semua orang. Kami tidak berkongsi maklumat dengan pengiklan dengan cara yang mengenal pasti diri anda, kecuali jika anda telah memberi kami kebenaran. Dengan alat Tetapan Iklan kami, anda boleh mengawal iklan berdasarkan minat dan carian yang telah anda lakukan.

Ketahui lebih lanjut mengenai cara Google menunjukkan iklan


Apakah alatan yang saya punyai untuk mengawal pengalaman Google saya?

Kami mempunyai alatan yang mudah digunakan bagi membantu anda mengawal cara Google berfungsi untuk anda.

Di Akaun Saya, anda boleh temui alatan untuk mengurus privasi dan maklumat anda, kesemuanya pada satu tempat.

Dengan kawalan data kami dalam Kawalan Aktiviti, anda boleh mengurus jenis data yang kami kumpul termasuk aktiviti Carian, YouTube dan lokasi anda.

Dengan alat Tetapan Iklan kami, anda boleh mengawal iklan berdasarkan minat anda dan carian yang telah anda lakukan.

Ketahui lebih lanjut mengenai alatan dan tetapan kami


Bagaimanakah Google memastikan maklumat saya selamat?

Jika maklumat anda tidak selamat, maklumat itu tidak tertutup. Itulah sebabnya apabila anda menggunakan perkhidmatan Google, anda dilindungi oleh satu daripada infrastruktur keselamatan yang termaju di dunia.

Teknologi Penyemakan Imbas Selamat Google, yang melindungi lebih 1 bilion orang, akan memberi amaran apabila anda cuba melawati tapak yang mungkin mengandungi perisian hasad atau cubaan pemancingan data.

Penyulitan memastikan maklumat anda lebih selamat semasa berpindah dari peranti anda ke Google dan sebaliknya.

Keselamatan Gmail melindungi anda daripada spam, pancingan data dan perisian hasad lebih baik berbanding perkhidmatan e-mel yang lain.

Ketahui lebih lanjut mengenai cara kami memastikan anda selamat dalam talian


Apa yang boleh saya lakukan untuk kekal selamat dalam talian?

Semua produk kami dibina dengan keselamatan dalam talian yang termaju. Berikut adalah tiga perkara mudah tetapi penting yang boleh anda lakukan untuk memastikan maklumat anda selamat.

Lakukan Semakan Keselamatan secara tetap untuk membantu memastikan Akaun Google anda selamat dan terjamin. Semakan ini hanya mengambil masa beberapa minit.

Buat kata laluan yang kukuh, kemudian jangan gunakannya untuk perkara lain selain Akaun Google anda.

Tambahkan nombor telefon pemulihan mudah alih pada akaun anda supaya kami boleh mengesahkan pengenalan anda jika anda tidak dapat mengakses akaun anda atau jika kami rasa ada orang yang cuba masuk ke akaun anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang boleh anda lakukan untuk kekal selamat dalam talian

Di mana saya boleh mengurus tetapan privasi dan keselamatan saya?

Pergi ke Akaun Saya untuk mencari alatan bagi mengurus privasi dan keselamatan anda.

Pergi ke Akaun Saya