Laporkan profil
Untuk melaporkan profil seseorang sebagai penyalahgunaan, penyamaran atau pelanggaran Dasar Kandungan dan Tingkah Laku Pengguna kami yang lain:
Pada desktop
- Buka Google+ dan gunakan bar carian di sebelah atas halaman untuk mencari profil mereka.
- Klik anak panah di sebelah nama mereka.
- Pilih Lapor/sekat [nama orang].
- Pilih mengapa anda melaporkan profil.
- Klik Selesai di penjuru kanan sebelah bawah.
Pada mudah alih
- Pada Android: > Pergi ke profil mereka > Menu > Laporkan penyalahgunaan > Pilih sebab > Ok.
- Pada iOS: Pergi ke profil mereka > > Lapor > Pilih sebab dan sahkan anda mahu melaporkan profil itu.
Garis panduan laporan penyamaran
- Profil atau halaman yang dengan jelas berniat jahat atau membuat serangan peribadi akan dialih keluar tanpa memerlukan bukti identiti daripada orang yang membuat laporan.
- Profil tanpa matlamat berniat jahat yang jelas tetapi mungkin hanya mempunyai nama penuh anda, mungkin memerlukan anda menghantar ID berfoto yang dikeluarkan oleh kerajaan, seperti lesen memandu. Anda tidak perlu menyerahkannya semasa mengisi borang tetapi kami mungkin meminta maklumat ini untuk penyiasatan kami.
- Terdapat kemungkinan bahawa orang lain secara kebetulan mempunyai nama yang sama dengan nama anda dan bukan menyamar sebagai anda. Kami tidak akan mengambil tindakan pada profil seperti ini.
- Halaman yang menyamar sebagai syarikat atau organisasi lain memerlukan wakil yang diberi kuasa daripada syarikat atau organisasi yang menjadi mangsa penyamaran itu untuk memberi suatu bentuk pengesahan perniagaan.
Meskipun kami menyemak setiap laporan, harap maklum bahawa kami tidak akan memaklumi anda secara peribadi tentang keputusan kami. Jika dalam beberapa hari anda melihat profil itu masih ada lagi, terdapat kemungkinan bahawa kami telah menentukan profil itu tidak melanggar dasar kami.
Jika anda khuatir mengenai kemungkinan pelanggaran hak cipta, sila lawati halaman DMCA Profil untuk mendapatkan arahan tentang cara memfailkan aduan DMCA dengan Google.