Tukar tetapan pemberitahuan Google+ anda

Pemberitahuan Google+ memberitahu anda apabila terdapat aktiviti yang berkaitan dengan profil anda, perkara yang anda siarkan dan banyak lagi.

Tukar siapa yang boleh menghantar pemberitahuan kepada anda

Anda boleh menentukan orang yang boleh menghantar pemberitahuan kepada anda dalam tetapan Google+ anda. Contohnya, anda mungkin ingin dimaklumi apabila rakan karib anda berkongsi foto tetapi bukan setiap kali selebriti yang anda ikuti berkongsi foto. Pilih peranti anda:

Android
  1. Buka  apl Google+.
  2. Sentuh   ikon/butang menu > Tetapan.
  3. Di bawah Tetapan Akaun, sentuh akaun yang hendak dikemas kini.
  4. Sentuh Pemberitahuan > Siapa yang boleh memberitahu saya. Pilih satu daripada 5 pilihan ini:
    • Kalangan lanjutan, yang termasuk orang dalam kalangan kepada kalangan anda
    • Awam
    • Kalangan anda, yang tidak termasuk orang yang anda hanya ikuti
    • Anda sahaja untuk hanya menerima pemberitahuan tentang diri anda
    • Atau pilih orang dan kalangan membenarkan anda memasukkan orang tertentu, sesetengah kalangan anda, atau gabungan pilihan ini. 
Desktop
  1. Buka Google+. Tuding kursor anda pada penjuru kiri sebelah atas untuk membuka menu utama Google+. Klik  Tetapan.
  2. Di sebelah Siapa yang boleh menghantar pemberitahuan kepada anda? klik menu lungsur. Pilih satu daripada 5 pilihan ini:
    • Kalangan lanjutan, yang termasuk orang dalam kalangan kepada kalangan anda
    • Sesiapa sahaja
    • Kalangan anda, yang tidak termasuk orang yang anda hanya ikuti
    • Anda sahaja untuk hanya menerima pemberitahuan tentang diri anda
    • Tersuai membenarkan anda memasukkan orang tertentu, sesetengah kalangan anda atau gabungan pilihan ini. 

Jika seseorang dari luar kalangan atau selain orang yang anda pilih menghantar pemberitahuan kepada anda, anda masih dapat melihatnya dengan mengklik  loceng > Semua yang lain. Jika di sini terdapat orang yang ingin anda terima pemberitahuan tentangnya selepas ini, anda boleh menambahkan orang itu pada bila-bila masa sahaja pada salah satu kalangan atau tetapan tersuai yang anda pilih dalam Siapa yang boleh menghantar pemberitahuan kepada anda? tetapan.

Tukar ke mana pemberitahuan anda dihantarkan (Desktop sahaja)

Jangan terlepas siaran yang dikongsi secara langsung dengan anda serta kemas kini lain yang penting tentang Google+, dengan menetapkan alamat e-mel penghantaran anda kepada alamat yang kerap anda semak. Orang lain turut dapat mencari dan berhubung dengan anda di Google+ menggunakan alamat e-mel yang anda tambahkan.

  1. Buka Google+. Tuding kursor anda pada penjuru kiri sebelah atas untuk membuka menu utama Google+. Klik  Tetapan.
  2. Di bawah Penghantaran pemberitahuan, klik Tambahkan alamat e-mel.
  3. Masukkan alamat e-mel anda, kemudian klik Tambah. E-mel pengesahan akan dihantarkan ke alamat e-mel yang anda tambahkan. Semak e-mel anda untuk mengesahkan alamat e-mel anda.
  4. Kembali ke halaman Tetapan Google+ anda, kemudian pilih alamat e-mel yang baru ditambahkan itu untuk menghantar semua pemberitahuan ke akaun e-mel tersebut selepas ini.

Hidupkan atau matikan pemberitahuan e-mel (Desktop sahaja)

  1. Buka Google+. Tuding kursor anda pada penjuru kiri sebelah atas untuk membuka menu utama Google+. Klik  Tetapan.
  2. Tatal ke tajuk Terima pemberitahuan di sebelah bawah > klik setiap tajuk untuk membuka setiap bahagian > nyahtandakan kotak di sebelah tindakan yang anda tidak mahu terima pemberitahuan e-melnya.
Pergi ke tetapan saya Dapatkan pemberitahuan melalui SMS

Untuk menerima pemberitahuan SMS Google+, anda perlu menambahkan nombor telefon pada akaun Google+ anda. Kadar mesej dan data standard dikenakan.

Tambahkan nombor telefon

  1. Buka Google+. Tuding kursor anda pada penjuru kiri sebelah atas untuk membuka menu utama Google+.
  2. Pilih Tetapan.
  3. Di bawah Penghantaran pemberitahuan, klik Tambahkan nombor telefon.
  4. Masukkan maklumat anda > klik Hantar kod pengesahan > masukkan kod pengesahan > klik Simpan.

Setelah anda menambahkan nombor telefon pada akaun Google+ anda, anda boleh menghidupkan atau mematikan pemberitahuan SMS.

Hidupkan atau matikan pemberitahuan SMS

  1. Buka Google+. Tuding kursor anda pada penjuru kiri sebelah atas untuk membuka menu utama Google+. Klik  Tetapan.
  2. Tatal ke tajuk Terima pemberitahuan di sebelah bawah > klik setiap tajuk untuk membuka setiap bahagian > dalam lajur Telefon, nyahtandakan kotak di sebelah tindakan yang anda tidak mahu terima pemberitahuan SMSnya.
Tetapan pemberitahuan Halaman Google+
Halaman Google+ (berbanding profil untuk individu) memberikan identiti awam dan kehadiran kepada perniagaan, produk, jenama dan organisasi di Google+. Ketahui tentang tetapan pemberitahuan untuk Halaman anda.