Bagaimana sokongan dikongsi berfungsi

Untuk memastikan syor anda sampai kepada orang yang penting kepada anda, kadangkala Google memaparkan ulasan anda, syor dan aktiviti berkaitan yang lain di seluruh produk dan perkhidmatannya. Ada kalanya ini termasuk konteks beli-belah, seperti gedung muzik Google Play dan iklan. Nama dan foto profil anda boleh muncul dengan syor itu.

Contohnya, jika anda mencari “restoran Itali”, anda mungkin melihat iklan restoran yang berdekatan bersama-sama ulasan positif rakan anda. Atau, dalam Google Play, anda mungkin melihat bahawa rakan lain telah +1 lagu atau album baharu.

Kami menggelar perkara ini sokongan dikongsi.

Berikut ialah beberapa contoh sokongan dikongsi. Contoh di sebelah kanan menunjukkan sokongan dikongsi yang dipaparkan dalam iklan:

Jangan bimbang, tetapan privasi akaun anda tidak terjejas. Anda dapat menentukan sama ada mahu nama dan foto anda disertakan dalam saranan rakan yang muncul dalam iklan, melalui tetapan Saranan Rakan. Dan untuk pengguna yang belum mencapai usia18 tahun, tindakan mereka tidak akan muncul dalam Saranan Rakan dalam iklan dan konteks tertentu yang lain.

Cara menghidupkan atau mematikan saranan rakan pada iklan:

  1. Log masuk ke akaun Google anda. Jika anda datang ke halaman ini sebelum proses membuat akaun anda selesai, selesaikan proses itu dahulu, kemudian datang kembali ke sini.
  2. Pergi ke halaman tetapan Saranan Rakan. Jika anda bukan pengguna Google+, anda akan diminta supaya meningkatkan akaun anda.
  3. Untuk membolehkan orang lain melihat nama dan foto anda dalam saranan rakan yang muncul dalam iklan, tandakan kotak di sebelah “Berdasarkan aktiviti saya, Google boleh menunjukkan nama dan foto profil saya dalam saranan rakan yang muncul dalam iklan.” Kemudian, klik butang “Simpan” untuk menyimpan tetapan baharu anda.
  4. Jika anda mahu melumpuhkan tetapan ini, cuma nyahtandakan kotak dan klik “Simpan”. Jangan lupa, menyahtandakan kotak bermaksud Google tidak dapat berkongsi syor anda dengan rakan anda yang mungkin dapat melihat dan mendapat manfaat daripada syor itu dalam sesetengah keadaan, jika anda tidak berbuat demikian.