Mengenai kalangan

Kalangan merupakan ciri penting Google+. Kunci kepada perkongsian ialah Kalangan! Yang bagusnya tentang kalangan ialah anda boleh menghimpunkan orang ke dalam kumpulan mengikut anggapan anda tentang mereka dalam alam nyata. Anda boleh menggunakan kalangan untuk:

  • Berkongsi jenaka dan rahsia dengan kalangan Sahabat Karib
  • Tampilkan sisi paling profesional anda apabila anda membuat siaran ke kalangan Kerja anda
  • Lahirkan semangat berpasukan dengan siaran ke kalangan Fanatik sukan anda

Dengan Kalangan, orang dapat melihat semua kandungan yang anda mahu tunjukkan tanpa melihat kandungan yang anda mahu sembunyikan. 

Belum mengetahui selok-belok kalangan? Cari orang!

  1. Buka Google+. Tuding kursor anda pada penjuru kiri sebelah atas untuk membuka menu utama Google+. Klik Orang.
  2. Gunakan Cadangan untuk mencari orang yang telah menambahkan anda pada kalangan atau untuk menambahkan orang pada kalangan anda.
  3. Gunakan 'Cari rakan sekerja' atau 'Cari rakan sekelas' untuk mencari orang lagi dan menambahkan mereka pada kalangan anda.
Tunjukkan saya di Google+

Buat kalangan baharu atau tambahkan orang pada kalangan anda yang sedia ada

  1. Buka Google+. Tuding kursor anda pada penjuru kiri sebelah atas untuk membuka menu utama Google+.Letakkan kursor anda di penjuru kiri sebelah atas untuk mendapatkan menu utama Google+. Klik Orang
  2. Klik tab Kalangan anda 
  3. Klik pada orang yang mahu anda tambahkan pada kalangan (anda boleh mengklik pada beberapa orang serentak)
    • Untuk membuat kalangan baharu, seret kumpulan yang diserlahkan ke  .
    • Untuk menambahkan pada kalangan yang telah anda buat, seret kumpulan yang diserlahkan ke kalangan yang sedia ada

Peribadikan maklumat profil anda mengikut kalangan

Anda menentukan orang yang boleh melihat setiap maklumat peribadi pada profil anda. Contohnya, butiran tentang cara menghubungi anda dan maklumat jalinan perhubungan mungkin kelihatan kepada kalangan rakan anda sementara sejarah pekerjaan dan pendidikan anda pula mungkin kelihatan kepada kalangan persatuan alumni anda. Ketahui lebih lanjut tentang keterlihatan maklumat profil anda.