Menetapkan bahasa lalai anda

Anda boleh menggunakan Google+ dalam mana-mana bahasa berikut:

  • Afrikaans
  • Amharic
  • Arab
  • Basque
  • Bengali
  • Bulgaria
  • Catalonia
  • Cina (China)
  • Cina (Hong Kong)
  • Cina (Taiwan)
  • Croatia
  • Czech
  • Denmark
  • Belanda
  • Inggeris (UK)
  • Estonia
  • Filipina
  • Finland
  • Perancis
  • Perancis (Kanada)
  • Galicia
  • Jerman
  • Greek
  • Gujerat
  • Ibrani
  • Hindi
  • Hungary
  • Iceland
  • Indonesia
  • Itali
  • Jepun
  • Kannada
  • Korea
  • Latvia
  • Lithuania
  • Melayu
  • Malayalam
  • Marathi
  • Norway
  • Parsi
  • Poland
  • Portugis (Brazil)
  • Portugis (Portugal)
  • Romania
  • Rusia
  • Serbia
  • Slovak
  • Slovenia
  • Sepanyol
  • Sepanyol (Amerika Latin)
  • Swahili
  • Sweden
  • Tamil
  • Telugu
  • Thai
  • Turki
  • Ukraine
  • Urdu
  • Vietnam
  • Zulu
 

Pilihan bahasa yang anda tetapkan akan digunakan untuk semua alatan Google. Memandangkan produk Google tidak tersedia dalam semua bahasa, anda boleh memilih bahasa dalam tertib yang anda lebih gemar gunakan. Pilihan ini akan digunakan untuk semua produk Google, tidak hanya Google+. Contohnya, bahasa ibunda Nadia ialah bahasa Indonesia tetapi dia juga bertutur dalam bahasa Parsi. Dia menetapkan pilihannya untuk memaparkan bahasa Indonesia untuk semua alatan atau untuk memaparkan bahasa Parsi jika bahasa Indonesia tidak tersedia. Oleh kerana Nadia ialah wanita yang bercita-cita tinggi, dia menetapkan pilihan bahasa ketiganya kepada bahasa Sepanyol, supaya sekiranya bahasa Indonesia atau Parsi tidak tersedia, dia akan terdorong untuk mempelajari bahasa baharu dan mengukuhkan statusnya sebagai penutur pelbagai bahasa.

Untuk menetapkan pilihan bahasa anda untuk produk Google:

  1. Log masuk ke Google+ new window.
  2. Klik nama penuh atau alamat e-mel anda dalam bar Google.
  3. Klik Akaun.
  4. Klik Bahasa di sebelah kiri.
  5. Pilih bahasa dalam tertib pilihan paparan anda.
Jika anda menukar bahasa lalai anda, nama kalangan anda, termasuk kalangan lalai anda tidak akan berubah. Anda boleh edit nama kalangan anda pada bila-bila masa sahaja.