Padamkan profil Google+ saya

Anda menentukan cara anda mahu menggunakan profil Google+ anda dan boleh menyesuaikan akses kepada akaun anda atau memadamkannya pada bila-bila masa sahaja. Kami akan membimbing anda melalui pilihan untuk mengehadkan akses kepada akaun anda ataupun memadamkan akaun serta maksud setiap pilihan itu kepada anda.

Hadkan siapa yang boleh melihat siaran dan kandungan Google+ saya

Sekiranya anda mahu terus menggunakan Google+ tetapi menyekat siapa yang dapat melihat kandungan anda, anda boleh menyesuaikan tetapan keterlihatan profil anda untuk menyembunyikan kesemuanya, kecuali nama dan foto anda, daripada pandangan awam. Ketahui cara menyesuaikan tetapan keterlihatan profil anda.

Apa yang berlaku seterusnya:

  • Kesemuanya, kecuali profil dan foto anda, akan disembunyikan daripada pandangan awam.
  • Siaran yang anda kongsi masih dapat diakses oleh orang yang telah anda kongsi siaran itu.
  • Anda masih dapat mengakses semua siaran Google+, kalangan dan kandungan anda yang lain.
  • Acara yang telah anda balas masih tetap menggambarkan balasan anda.

Padamkan profil Google+ saya

Profil Google+ anda akan dipadamkan bersama-sama perkhidmatan dan data lain yang bergantung pada profil Google+ anda.

  1. Buka Google+. Tuding kursor anda pada penjuru kiri sebelah atas untuk membuka menu utama Google+. 
  2. Klik Tetapan.
  3. Di sebelah bawah skrin, cari tajuk Lumpuhkan Google+. Di bawah tajuk, di hujung frasa "Padamkan keseluruhan profil Google anda di sini", klik "di sini".
Padamkan profil Google+ saya

Berhenti menggunakan produk Google yang menghendaki saya melog masuk, seperti Google+ dan Gmail

Sekiranya anda mahu berhenti menggunakan perkhidmatan Google yang memerlukan Akaun Google, seperti Google+, Gmail dan banyak lagi, anda boleh memadamkan Akaun Google anda. Ketahui cara memadamkan Akaun Google anda.

Apa yang berlaku seterusnya: Anda kehilangan akses kepada semua perkhidmatan Google dan data yang sedia ada, yang memerlukan Akaun Google. Jika anda menggunakan Gmail pada masa ini, anda tidak dapat menggunakan semula alamat Gmail anda.