Hak cipta merupakan satu topik yang penting bagi seluruh komuniti YouTube. Dalam bahagian di bawah, anda akan mendapati akses kepada semua maklumat dan alat yang diperlukan untuk mengurus hak anda pada platform YouTube dan mengetahui lebih lanjut mengenai menghormati hak pencipta lain.
Jika anda ingin menyerahkan pemberitahuan tentang dakwaan pelanggaran hak cipta, mendapatkan maklumat mengenai perkara yang perlu dilakukan jika anda percaya video anda telah tersilap dialih keluar atau mendapatkan maklumat tentang cara mempertikaikan padanan Content ID, sumber di bawah akan membantu mendidik anda tentang proses pengurusan hak kami yang mudah digunakan.
Memohon penyingkiran penggunaan karya kreatif anda yang tidak dibenarkan..
Mohon pengembalian semula video yang telah tersilap dialih keluar daripada YouTube kerana dakwaan pelanggaran hak cipta.
Membatalkan atau menarik balik, permohonan pengalihan keluar yang anda atau syarikat anda serahkan kepada YouTube.
Mempertikaikan padanan Content ID terhadap video anda yang anda percaya satu kesilapan.
Terdapat banyak perkara yang perlu diketahui mengenai dunia hak cipta. Jika anda memerlukan bantuan untuk mendiagnosis isu hak cipta, sumber di bawah merupakan tempat terbaik untuk bermula. Jika soalan anda tidak dijawab di sini, sila cari Pusat Bantuan kami supaya anda boleh mendapat maklumat tambahan.
Bezakan antara tuntutan Content ID dan pengalihan keluar hak cipta.
Jika anda menerima bantahan hak cipta, ketahui sebabnya dan cara terbaik untuk menyelesaikannya.
Ketahui lebih lanjut mengenai Content ID, alat yang digunakan oleh pemilik kandungan untuk mengenal pasti dan menuntut kandungan mereka dalam video yang dimuat naik ke YouTube.
Sesetengah ciri tertentu YouTube memerlukan kedudukan hak cipta yang baik.
Semak sama ada akaun anda berada dalam kedudukan hak cipta yang baik atau buruk.
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hak cipta? Sumber ini akan membantu anda bermula, sama ada anda hanya mencari pengetahuan umum atau pemahaman yang lebih mendalam tentang topik seperti penggunaan saksama.
Apa yang dilindungi oleh hak cipta? Bagaimana hak cipta berbeza daripada bentuk harta intelektual yang lain?
Terdapat keadaan tertentu penggunaan petikan daripada bahan berhak cipta yang dibenarkan oleh undang-undang membenarkan penggunaan petikan dari bahan yang dilindungi hak cipta.
Ketahui mengenai jenis lesen khas yang membolehkan kandungan digunakan semula -- jika anda mematuhi peraturannya.
Jawapan kepada soalan hak cipta yang paling kerap diajukan kepada kami.