Burung Twitter dicipta daripada tiga set bulatan yang bertindih, yang menyarankan cara minat, peristiwa dan orang berinteraksi di Twitter.

Format

Logo kami sentiasa berwarna biru atau putih. Burung Twitter tidak akan dipaparkan dalam warna hitam atau warna yang lain.

Muat turun logo Twitter yang berwarna biru kami
EPS · PNG 

Muat turun logo yang berwarna putih kami
EPS · PNG

Ruang keselamatan

Apabila menggunakan burung tersebut dengan logo dan elemen grafik yang lain, kekalkan ruang keselamatan yang menyamai 200% saiz segi empat di sekeliling burung tersebut.

Garis panduan penggunaan

Tanda Twitter termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama Twitter, logo, perkataan “Tweet” dan apa-apa perkataan, frasa, imej, atau gelaran lain yang mengenal pasti sumber atau asal usul mana-mana produk Twitter. Jangan ubah suai atau meminda tanda atau menggunakannya secara mengelirukan, termasuk mencadangkan penajaan atau sokongan oleh Twitter, atau dalam cara yang mengelirukan Twitter dengan jenama lain. Guna burung Twitter kami yang rasmi dan tidak diubah suai untuk mewakili Twitter.

Bad Twitter logos

Jangan:

  • Menggunakan gelembung ucapan atau perkataan di sekitar burung tersebut.
  • Memutar atau mengubah arah burung tersebut.
  • Menganimasikan burung tersebut.
  • Jangan mengelompokkan burung tersebut dengan burung lain atau makhluk yang lain.
  • Mengubah warna burung tersebut.
  • Cetak atas atau mengaburi sebarang bahagian burung tersebut
  • Antropomorfis burung tersebut
  • Menambah kesan khas pada burung tersebut
  • Menggunakan versi lama atau tanda atau logo lain untuk mewakili jenama kami

Warna

Palet Primer

Setiap varian warna kelabu Twitter mempunyai sedikit warna biru di dalamnya untuk membolehkannya berpasangan dengan Biru Twitter dan warna sekunder kami. Putih, #ffffff, dan hitam, #000000, melengkapkan set tersebut.

Typografi

Kata-kata bukan sahaja membawa maksud; mereka berkomunikasi melalui bentuknya. Kami biasanya menggunakan font jenis Gotham: anggun dan secara langsung, bergaya tetapi tidak eksklusif Meletakkan kata-kata yang direka bentuk dengan baik meningkatkan pengalaman pengguna.

Garis panduan paparan

Garis panduan ini direka untuk membantu anda menggunakan jenama dan aset kami, termasuk logo, kandungan dan tanda dagangan kami tanpa perlu merundingkan perjanjian undang-undang untuk setiap penggunaan. Untuk penggunaan tanda kami dalam cara yang tidak diliputi oleh garis panduan ini, sila hubungi kami di trademarks@twitter.com dan sertakan pengolokan visual penggunaan yang ingin digunakan.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan penggunana tanda dagangan Vine dan cara memaparkan video daripada Vine, sila lihat vine.co/logo.

Mempromosikan akaun Twitter anda

Boleh:

  • Gunakan salah satu daripada butang Twitter sebagai pautan ke akaun dalam talian anda.
  • Gunakan salah satu logo burung Twitter bersama @namapengguna anda dalam cetakan.
  • Taip Ikut kami di Twitter dikuti dengan @namapengguna anda apabila anda tidak dapat memaparkan burung Twitter.

Jangan:

  • Manipulasikan burung Twitter.
  • Gunakan sebarang karya seni lain daripada tapak kami, seperti lencana yang sahih.
  • Cipta butang atau imej anda sendiri dengan menggunakan logo kami melainkan perlu dari segi teknikal, seperti dalam bar tandatangan. Jika perlu, gunakan versi burung Twitter ini yang telah diubah saiz.

Menggunakan jenama Twitter dalam bahan pengiklanan atau pemasaran 

Boleh:

  • Gunakan burung Twitter untuk menunjukkan bahawa produk atau peranti anda serasi dengan Twitter.
  • Paparkan burung Twitter di hadapan #hashtag atau @namapengguna bersaiz sama dengan teks.
  • Pastikan jika anda menyebut “Tweet”, anda menyertakan rujukan langsung ke Twitter (misalnya, “Tweet dengan Twitter”) atau memaparkan jenama atau tanda dagangan Twitter dengan menyebut “Tweet”.
  • Lihat bahagian mengenai Memaparkan Tweet dan kandungan lain daripada Twitter apabila menggunakan Tweet atau membina tapak mikro.

Jangan:

  • Paparkan logo Twitter atau tanda dagangan lebih besar daripada tanda anda sendiri.
  • Guna tanda Twitter atau Tweet untuk merujuk kepada perkhidmatan selain daripada Twitter.

Barang perdagangan dan pembuatan 

Sila ambil perhatian bahawa kami secara amnya tidak membenarkan penggunaan tanda kami pada barangan.

Boleh:

  • Guna burung Twitter pada bungkusan produk anda dengan @namapengguna anda untuk membolehkan pelanggan tahu anda mempunyai akaun Twitter. Burung Twitter perlu sama saiz dengan @namapengguna anda dan tidak harus bersaiz lebih besar daripada penjenamaan anda sendiri.

Jangan:

  • Menggunakan nama Twitter, burung Twitter, Tweet, atau apa-apa tanda mengelirukan lain yang serupa pada sebarang pakaian, produk, mainan, atau apa-apa barangan lain.

Menamakan aplikasi, produk atau domain 

Boleh:

  • Namakan laman web, produk atau aplikasi anda dengan sesuatu yang unik.


Jangan:

  • Menggunakan Twitter dalam nama laman web, aplikasi atau produk anda.
  • Hanya gunakan “Tweet” atau “Tweet” bersama dengan kombinasi huruf atau nombor yang ringkas (sebagai contoh, 1Tweet, Tweet, Tweets).
  • Mendaftar domain yang mengandungi “twitter”, kesalahan ejaan, transliterasi atau variasi lain yang serupa.
  • Memohon tanda dagangan dengan nama yang mempunyai “Twitter”, “Tweet”, burung Twitter, transliterasi atau variasi lain yang serupa.
  • Menggunakan “Tweet” dalam nama aplikasi anda jika digunakan dengan perkhidmatan yang lain.

Reka bentuk visual tapak web atau aplikasi anda 

Boleh:

  • Reka tapak anda dengan penjenamaan dan logo yang unik.

Jangan:

  • Salin rupa dan gaya kami, kerana ini boleh mengelirukan pengguna.

Buku atau penerbitan tentang Twitter 

Boleh:

  • Pastikan tajuk buku atau penerbitan anda jelas bahawa ia tentang Twitter dan bukannya dihasilkan oleh Twitter. Sebagai contoh, “Belajar cara untuk ‘X’ di Twitter” adalah wajar, tetapi “Garis panduan Twitter untuk ‘X’” adalah tidak wajar.
  • Lihat bahagian mengenai penggunaan kandungan daripada Twitter apabila memaparkan Tweet.

Jangan:

  • Menggunakan burung Twitter pada muka depan atau di tajuk anda.
  • Menggunakan perkataan Tweet untuk merujuk kepada perkhidmatan selain daripada Twitter.

Memaparkan Tweet dan kandungan lain Twitter 

Apabila memaparkan Tweet dalam talian, luar talian atau semasa penyiaran, jangan sertakan aksi daripada platform sosial yang lain kerana ini boleh mengelirukan pengguna. Sebarang Tweet yang dipaparkan mesti benar, daripada akaun yang benar dan dalam beberapa kes seperti yang berikut, diizinkan oleh pengarangnya.

Dalam Penyiaran

Untuk garis panduan penyiaran yang lengkap, sila lihat sumber kami di Pusat Bantuankami.

Boleh:

  • Pastikan Tweet yang disiarkan disertakan nama, @namapengguna, dan teks Tweet yang tidak diubah beserta burung Twitter berdekatan.
  • Paparkan Tweet dan atribusi berkaitan dengan imej atau media. Galeri berbilang imej atau integrasi pemandangan indah perlu ditandakan dengan jelas sebagai “daripada Twitter” dan disertakan dengan #hashtag atau @namapengguna yang berkaitan.
  • Paparkan burung Twitter sebelum #hashtags dan @namapengguna untuk memaksimumkan penglibatan. Burung tersebut mesti bersaiz sama dengan text.

Jangan:

  • Padam, mengaburi atau mengubah pengenalan pengguna. Anda boleh menunjukkan Tweet dalam bentuk tanpa nama dalam kes terkecuali seperti apabila terdapat kebimbangan terhadap privasi pengguna.
  • Mengelirukan siaran dengan iklan, yang memerlukan kelulusan daripada pengarang Tweet.
Dalam talian (pembangun dan kempen tapak mikro)

Luar talian (penggunaan dan penerbitan statik)

  • Paparkan nama, @namapengguna, teks Tweet yang tidak diubah, dan burung Twitter berdekatan, serta tanda waktu.
  • Jika memaparkan Tweet, pastikan ia sahih, dari akaun sebenar, dan bahawa anda mempunyai keizinan daripada pengarang apabila diperlukan.
  • Paparkan Tweet dan atribusi berkaitan dengan imej atau media.
  • Jika memaparkan syot layar, hanya paparkan halaman profil anda sendiri, halaman @twitter, halaman ‘Tentang’ Twitter atau halaman yang anda mempunyai keizinan daripada pengarang untuk dipaparkan.
  • Lihat bahagian yang memaparkan tanda dagangan Twitter.

Pekara lain untuk diketahui  

  • Jangan gunakan tanda Twitter dalam avatar atau latar belakang halaman Twitter anda.
  • Tuliskan huruf T dalam huruf besar untuk perkataan Twitter dan Tweet.

Dengan menggunakan tanda Twitter anda bersetuju untuk mematuhi dasar ini dan Terma Perkhidmatan kami serta semua peraturan dan dasar Twitter. Twitter berhak untuk membatalkan, mengubah atau menukar keizinan dalam dasar ini pada bila-bila masa. Untuk maklumat lanjut mengenai penggunaan nama dan tanda dagangan Twitter, sila hubungi trademarks@twitter.com.