YouTube untuk Pembangun
Bawa YouTube pada mana-mana skrin, pada bila-bila masa.
Ingin membawa YouTube kepada pengguna anda? API dan Alat YouTube membolehkan anda menggabungkan kandungan dan fungsi video YouTube ke dalam tapak web, apl atau peranti anda.
Gambaran keseluruhan
Gabungkan dengan YouTube
API Data membolehkan anda menggabungkan kefungsian YouTube ke dalam aplikasi atau laman web anda. Anda boleh melakukan carian, memuat naik video, membuat senarai main dan banyak lagi.
Peribadikan Pemain YouTube
Pemain API memberi anda kawalan terhadap main balik video YouTube di tapak web anda atau dalam apl mudah alih anda. Konfigurasikan tetapan asas, jadi nadi penggerak pada antara muka pemain, malah bina kawalan pemain anda sendiri.
Kumpul dan jadi pengantara untuk penyerahan video daripada pengguna anda
YouTube Direct Lite membolehkan anda mendapatkan kandungan yang dihasilkan pengguna daripada pengunjung tapak anda, menjadi pengantara untuk penyerahan kandungan dan memaparkannya di tapak anda.
Ketahui Lebih Lanjut
Benamkan video dalam apl anda
Mudah untuk memaparkan video YouTube di Web atau apl mudah alih anda dan menyesuaikan pemain -- menggunakan benaman iframe, parameter pemain atau API Pemain iframe dan Android.
Dapatkan analitis video
Dapatkan ststistik tontonan, metrik populariti dan maklumat demografi pada video dan saluran YouTube anda menggunakan API Analitis.
Muat naik video dari apl atau tapak anda
Gunakan API Data YouTube untuk memuat naik terus video. Kami mempunyai pustaka pelanggan dalam banyak bahasa pengaturcaraan untuk memudahkan anda.
Butang melanggan
Tambah butang melanggan YouTube di tapak web anda untuk membantu pelawat anda berkongsi kandungan dan berhubung dengan anda di YouTube.