Asas Pemberitahuan Balas

Pemberitahuan balas ialah permohonan undang-undang kepada YouTube untuk mengembalikan semula video yang telah dialih keluar kerana dakwaan pelanggaran hak cipta. Proses ini hanya boleh diteruskan sekiranya muat naik telah dialih keluar atau dilumpuhkan berikutan kesalahan atau kesilapan mengenal pasti bahan untuk dialih keluar atau dilumpuhkan, seperti penggunaan adil. Pemberitahuan balas tidak harus diteruskan di bawah apa jua keadaan lain.

Jika video anda telah dialih keluar tetapi tidak memenuhi kriteria di atas, anda mungkin ingin mendapatkan penarikan balik atau hanya menunggu sehingga tamat tempoh bantahan anda.

Pemberitahuan balas mesti diserahkan oleh pemuat naik asal video atau ejen yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak mereka, seperti peguam. Untuk menyerahkan pemberitahuan balas, sila gunakan borang web kami. Borang ini boleh diakses melalui bahagian Notis Hak Cipta akaun anda:

Pergi ke notis hak cipta anda

Setelah kami menerima pemberitahuan balas anda, kami akan mengirimkannya semula kepada pihak yang menyerahkan tuntutan pelanggaran hak cipta yang asal. Sila ambil perhatian bahawa apabila kami mengirimkan semula notis itu, maklumat peribadi anda akan disertakan bersamanya. Dengan menyerahkan pemberitahuan balas, anda bersetuju untuk mendedahkan maklumat anda dengan cara ini. Kami tidak akan memajukan pemberitahuan balas kepada pihak lain selain penuntut asal.

Proses pemberitahuan balas mengambil masa 10 hari bekerja untuk diselesaikan setelah dimulakan, jadi harap bersabar.

Jika akaun anda telah digantung kerana pelanggaran hak cipta berbilang, borang web pemberitahuan balas tidak akan boleh diakses. Jika bersesuaian, anda boleh menyerahkan pemberitahuan balas berbentuk bebas.