Twitter adalah rangkaian maklumat masa nyata yang menghubungkan anda dengan cerita terkini, idea, pendapat dan berita tentang segala yang anda dapati menarik. Hanya cari akaun yang anda dapati paling menambat perhatian dan ikuti perbualan.
Bahagian terpenting Twitter adalah pecahan-pecahan kecil maklumat dinamakan Tweet. Setiap Tweet panjangnya 140 aksara, tapi jangan biarkan saiz kecilnya memperdayakan anda—anda boleh menemui banyak maklumat dalam ruang yang kecil. Anda boleh melihat foto, video, dan perbualan secara langsung di dalam Tweet untuk mendapatkan keseluruhan cerita di satu tempat sekali imbas. Lihatnya beraksi.
Anda tidak perlu membina laman web untuk melayari web, dan anda tidak perlu mengetweet untuk menikmati Twitter. Sama ada anda mengetweet 100 kali sehari atau tidak pernah langsung, anda masih mempunyai akses kepada suara dan maklumat merangkumi segala yang menarik minat anda. Anda boleh menyumbang, atau hanya mendengar dan mendapatkan maklumat terkini. Lawati fly.twitter.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa sahaja yang anda boleh temui.
Twitter menghubungkan perniagaan dengan pelanggan dalam masa nyata—dan perniagaan menggunakan Twitter untuk segera berkongsi maklumat dengan orang yang berminat dalam produk dan perkhidmatan mereka, mengumpul risikan dan maklum balas pasaran masa nyata, dan membina perhubungan dengan pelanggan, rakan kongsi dan pengaruh. Daripada peningkatan jenama ke CRM hingga ke jualan langsung, Twitter menawarkan perniagaan satu cara yang mudah untuk mencapai orang ramai. Lawati Twitter 101 untuk Perniagaan untuk mengetahui lebih lanjut.
Twitter diasaskan di San Francisco, tetapi ia digunakan oleh orang di hampir setiap negara di dunia. Perkhidmatan ini boleh didapati dalam lebih daripada 20 bahasa, dan kami terus menambahkannya. Anda boleh mengubah pilihan utama bahasa anda dalam tetapan pengguna anda dengan hanya beberapa klik.
Rasai pengalaman Twitter pada peranti mudah alih anda dengan menggunakan salah satu aplikasi percuma Twitter untuk iPhone, iPad, Android, BlackBerry dan Windows 7. Untuk mendapatkan aplikasi terkini, pergi ke twitter.com/download pada peranti mudah alih anda.
Twitter untuk SMS adalah infrastruktur segera untuk komunikasi mudah alih. Individu, perniagaan dan pergerakan sosial boleh menggunakan Twitter untuk SMS dan program Pantas Ikuti kami untuk berhubung secara langsung dengan sesiapa yang menggunakan telefon mudah alih. Berikut adalah senarai kesemua negara yang menawarkan Twitter untuk SMS; kami sedang aktif berusaha untuk menambah lebih banyak negara lagi.
Twitter sentiasa menyokong pergerakan dan tindakan sosial. Setiap hari, kami diinspirasikan oleh cerita-cerita orang yang menggunakan Twitter untuk membantu menjadikan dunia lebih baik dalam cara yang tidak dijangka. Lawati stories.twitter.com untuk mengetahui lebih lanjut.
Dan dengan hanya sebuah Tweet, berjuta-juta orang mengetahui atau menunjukkan sokongan mereka terhadap inisiatif positif yang mungkin tidak mendapat perhatian. Program-program seperti Iklan Twitter untuk Kebaikan menawarkan cara bagi organisasi bukan untung untuk menggalakkan usaha mereka dengan cara yang sama seperti yang boleh dilakukan oleh perniagaan. Semakin banyak organisasi berteraskan komuniti menyertai platform ini, semakin ramai pula masyarakat yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang mereka jalankan dalam usaha untuk memajukan komuniti. Ikuti @TwitterGood dan @TwitterSF untuk mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini.