Nassier Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Terhormat Dato' Haji

Nassier Wahab

DIMP (Pahang)
KelahiranMohd. Nasir bin Abd. Wahab
(1962-04-18)18 April 1962
Kota Kuala Muda, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia5 Disember 2019(2019-12-05) (umur 57)
Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Batu Belah, Klang, Selangor
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1980–2019
PasanganDatin Fatimah Abd. Raof
AnakIntan Najihah

Dato' Mohd. Nasir bin Abd. Wahab (18 April 1962 – 5 Disember 2019), atau lebih dikenali sebagai Nassier Wahab, ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Kejayaan beliau dalam bidang muzik hadir apabila beliau dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 1987 dan 2004. Penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah Shidee, Razis Ismail dan Jamal Abdillah.[1]

Nassier berduet dengan penyanyi Ramlah Ram bagi album Sekali Aku Jatuh Cinta pada November 1988 dengan irama pop dan irama Nusantara. Album Suara Hati telah diterbitkan oleh Ramli M. S. pada tahun 1992. Album ke-13 beliau berjudul Ke Puncak Persada. Album Memori Cinta Luka ialah terbitan syarikat MCAT Sdn. Bhd (2004).[2]

Beliau menyanyi di kelab malam di Kelab Diraja Selangor, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.[3] Beliau pernah berlakon dalam Si Jantung bersama A. R. Badul, Ibrahim Din dan Faridah Fasha. Dalam drama Episod Terakhir, beliau bergandingan dengan pelakon Eman Manan dan Sheila Rusly.[3]

Dalam usaha untuk meningkatkan kerjayanya, beliau telah memiliki sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Kolej Joseph Chamberlain, Birmingham, United Kingdom.[3]

Kehidupan awal dan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 18 April 1962 di Kota Kuala Muda, Kedah. Rumah keluarganya terletak di Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.[3] Beliau merupakan anak ke-12 daripada 14 orang adik-beradik.[3]

Pada tahun 2008, beliau dimasukkan ke ICU dan menerima rawatan rapi daripada doktor di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC). Beliau dikatakan cedera setelah rumahnya di USJ terbakar akibat litar pintas. Semasa kejadian, isterinya, Datin Fatimah Abd. Rauf (ketika itu berumur 45 tahun) dan anaknya, Intan Najihah (ketika itu berumur 11 tahun) tiada di rumah.[1]

Gegar Vaganza 2015[sunting | sunting sumber]

Nassier Wahab merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza 2015.

  • Minggu 1: Sekali Aku Jatuh Cinta (lagu sendiri)
  • Minggu 2: Kau Pergi Jua (nyanyian asal Adam Ahmad)
  • Minggu 3: Kau Pergi Tanpa Pesan (nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau)
  • Minggu 4: Jangan Ada Dusta Di Antara Kita - duet bersama Rohana Jalil (nyanyian asal Broery Marantika & Dewi Yull)
  • Minggu 5: Di Pintu Syurga (nyanyian asal Dayang Nurfaizah)
  • Minggu 6: I'll Be There (nyanyian asal The Jackson 5)
  • Minggu 7 (suku akhir): Camellia 2 (nyanyian asal Ebiet G. Ade)
  • Minggu 8 (separuh akhir): Biar Putih Tulang (nyanyian asal Dinamik)
  • Minggu 9 (akhir): Tugasan Pertama - Gelombang Cinta (nyanyian asal Heavy Machine) dan Tugasan Kedua (battle vs Farahdhiya) - Ooh! La! La! (nyanyian asal KRU)

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 12:45 pagi pada 5 Disember 2019 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya akibat kanser gusi.[4][5]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Cinta dan Perasaan (1985)
  • Memori Cinta Luka (2004)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • "Bayangan Wajah Duka"
  • "Sebuah Janji Tak Bereti"
  • "Sekali Aku Jatuh Cinta"
  • "Undangan Rindu"
  • "Memori Cinta Luka"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • Episod Terakhir (2006)

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mei 2017, beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang membawa gelaran Datuk.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Georgie Joseph (5 Disember 2019). Belasungkawa Nassier Wahab Harian Metro. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  2. ^ a b Dennis Chua (5 Jun 2017). Staying in rhythm with Nassier New Straits Times. Dicapai pada 11 Disember 2017.
  3. ^ a b c d e #Showbiz: Nassier’s smile, talent will always remembered New Straits Times. Dicapai pada 11 Disember 2019.
  4. ^ Farhana Ab Rahman (5 Disember 2019). "Nassier Wahab meninggal dunia". BH Online. Dicapai pada 5 Disember 2019. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ "Datuk Nassier Wahab meninggal dunia". Astro Awani. 5 Disember 2019. Dicapai pada 5 Disember 2019. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)