Semua orang merupakan pemasar dengan adanya kit alatan yang sesuai.
Pemasaran bukanlah mudah, dan kami mahu anda berjaya. Di sini anda akan menemui pilihan iklan untuk sebarang bajet dan tahap kepakaran—anda boleh bermula dengan bajet kecil atau besar. Dan anda sentiasa boleh menjejaki sejauh mana iklan anda berfungsi sambil membuat perubahan.
Pemasaran di Facebook
Dekati salah satu komuniti terbesar di dunia.
Berkomunikasi dengan orang dalam cara yang biasa di Facebook. Sama ada perniagaan anda bertahap global atau berakar umbi dalam komuniti tempatan, anda boleh menemui pelanggan anda di sini.
Pemasaran di Instagram
Temui orang di tempat mereka menerokai minat mereka.
Orang menggunakan Instagram untuk mendapatkan ilham dan menemui perkara yang penting buat mereka—dan ia termasuk kandungan daripada jenama dan perniagaan seperti anda.
Pemasaran dengan Messenger
Berbual secara peribadi dengan 1.3 bilion orang.
Sama ada anda berbicara dengan pelanggan setia atau seseorang yang baharu, Messenger membolehkan anda mengutarakan cadangan, membantu jualan dan menawarkan sokongan—semuanya dalam satu perbualan yang berterusan.
Pemasaran dengan WhatsApp
Rancakkan perniagaan anda melalui pemesejan yang pantas dan boleh dipercayai.
Perniagaan gemar menggunakan WhatsApp atas sebab yang sama seperti orang lain—kerana ia adalah cara yang mudah dan dipercayai untuk berhubung dengan sesiapa sahaja di dunia. Bina kehadiran perniagaan, hantar maklumat kepada orang dan berikan respons kepada pelanggan dalam aplikasi yang mereka suka gunakan.
Audience Network
Manfaatkan kuasa iklan Facebook di luar Facebook.
Iklan Facebook berkesan kerana ia berkaitan dengan orang ramai serta mudah untuk dicipta dan diukur oleh perniagaan. Audience Network menerapkan ciri hebat yang sama pada aplikasi dan laman melangkaui Facebook di mana orang menghabiskan masa mereka.