Republik Afrika Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah tentang sebuah negara. Untuk rencana mengenai benua Tengah Afrika, sila lihat Afrika Tengah.
Republik Afrika Tengah
République Centrafricaine
Ködörösêse tî Bêafrîka
Flag of Afrika Tengah
Lambang bagi Afrika Tengah
Bendera Lambang
Moto: Unité, Dignité, Travail  (Bahasa Perancis)
"Penyatuan, Martabat, Kerja"
Lagu kebangsaan: "La Renaissance" (Bahasa Perancis)
"E Zingo" (Sango)
Kedudukan Afrika Tengah
Ibu negara
dan bandar terbesar
Bangui
Bahasa rasmi Sango, Bahasa Perancis
Kerajaan Republik
François Bozizé
Élie Doté
kemerdekaan daripada Perancis
• Tarikh
13 Ogos 1960
• Air (%)
0
Penduduk
• Anggaran 2005
4,038,000 (123)
• Bancian 2003
3,032,926
KDNK (PPP) anggr. 2005 
• Jumlah
$4.63 bilion (153)
• Per capita
$1,128 (167)
HDI (2004) 0.353
Error: Invalid HDI value · 172
Matawang Franc CFA (XAF)
Zon Waktu WAT (UTC+1)
• Summer (DST)
tidak diperhatikan (UTC+1)
Kod panggilan 221
Internet TLD .cf
Centrafrique

Republik Afrika Tengah (CAR), dahulunya dikenali koloni Perancis Ubangi-Shari mencapai kemerdekaan pada 1960. Selepas tiga dekad bergolak akibat pemerintahan tentera silih-berganti, akhirnya kerajaan awam telah berkuasa pada 1993. Namun demikian, kerajaan ini bertahan selama satu dekad sahaja. Pada Mac 2003 satu rampasan kuasa tentera yang diketuai oleh General Francois Bozize telah menjatuhkan kerajaan awam pimpinan Presiden Ange-Felix Patasse dan telah menubuhkan kerajaan peralihan disana. Negara ini bersempadan dengan Chad, Sudan, Republik Demokratik Congo, Republik Congo dan Cameroon.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya satu koloni negara Perancis, Republik Afrika Tengah merdeka pada tahun 1960. Negara baru ini dengan cepat merosot kepada pemerintahan diktaktor dibawah pemerintahan presiden pertamanya, David Dacko. Pada tahun 1966 Dacko digulingkan oleh sepupunya Bokassa yang menubuhkan kerajaan militan dan menjadi diktator yang berperangai pelik. Pada tahun 1976 Bokassa mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja dan ditabalkan dalam upacara yang serba mewah dan mahal yang dipersendakan kebanyakan negara lain. Dia juga kerap melanggar hak asasi manusia serta menyokong gerakan anti-perancis. Akibatnya, kerajaan Perancis telah menyokong suatu rampasan kuasa terhadap pemerintahannya dan pada 1979 Dacko telah kembali berkuasa di negara tersebut. Rampasan kuasa yang kedua berlaku pada 1981, dan kerajaan berdemokrasi mula berkuasa pada 1993. Namun pada 2003, suatu rampasan kuasa berlaku sekali lagi, dimana François Bozizé mengambil alih kuasa.

Politik[sunting | sunting sumber]

Negara ini pada masa kini di bawah pemerintahan François Bozizé. Pengundian bagi perlembagaan baru dijangka akan diadakan pada 26 November 2004. Pilihanraya pelbagai parti dijangka akan diadakan pada Januari 2005.

Negeri[sunting | sunting sumber]

Republik Afrika Selatan terbahagi kepada 14 negeri atau prefektur (ibu negerinya di dalam kurungan):

Ini ditambah pula dengan dua negeri ekonomi atau "prefektur ekonomi" (ibu negerinya di dalam kurungan):