26 Julai
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
26 Julai merupakan hari ke-207 (hari ke-208 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 158 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Liberia (1847) dan Maldives (1965);
- Hari Pengguna di Malaysia.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1139 - Selepas memenangi Pertempuran Ourique, Afonso si Penakluk (gambar) diisytiharkan sebagai raja pertama Portugal yang merdeka.
- 1822 - José de San Martín bertemu dengan Simón Bolívar di Guayaquil untuk merancang masa hadapan Peru dan Amerika Selatan.
- 1882 – Opera Parsifal Richard Wagner mengadakan tayangan perdananya di Festspielhaus Bayreuth, Bavaria.
- 1887 - L. L. Zamenhof menerbitkan Unua Libro, penerbitan pertama yang menerangkan mengenai bahasa Esperanto.
- 1908 – Peguam Negara A.S. Charles Joseph Bonaparte mengasaskan Biro Penyiasatan Persekutuan.
- 1945 - Pentadbiran Tentera Jepun di Tanah Melayu menyatakan persetujuan untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu bersama dengan Indonesia.
- 1953 - Fidel Castro dan adiknya Raúl mengetuai serangan yang tidak berjaya terhadap Tangsi Moncada, dengan itu mencetuskan Revolusi Cuba.
- 1963 - NASA melancarkan Syncom 2 (gambar), satelit komunikasi geosegerak yang pertama di dunia.
- 1999 - Konflik Kashmir: Perang Kargil berakhir selepas India menawan kembali subsektor Dras daripada Pakistan.
- 2010 - Kang Kek Iew dihukum 35 tahun penjara atas peranannya dalam rejim Khmer Rouge di Kampuchea Demokratik antara 1975 dan 1979.
- 2011 - Truong Tan Sang menjadi Presiden Vietnam manakala Nguyen Tan Dung kekal sebagai Perdana Menteri.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1939 - John Howard, Perdana Menteri Australia ke-25
- 1984 - Sabri Sarıoğlu pemain bola sepak Turki
Kematian[sunting | sunting sumber]
|