12 Jun
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
12 Jun merupakan hari ke-163 (hari ke-164 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 202 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan di Filipina (1898) dan Persekutuan Rusia (1990)
- Dia dos Namorados di Brazil.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1864 - Perang Saudara Amerika: Jeneral Kesatuan Ulysses S. Grant mengundurkan askar-askarnya daripada Pertempuran Cold Harbor yang berat sebelah.
- 1889 - Bencana kereta api Armagh membunuh 88 orang berdekatan Armagh, di Ireland Utara kini.
- 1898: Kemerdekaan Filipina daripada Sepanyol.
- 1942 - Anne Frank mula menyimpan diarinya semasa pendudukan Nazi di Belanda.
- 1964 - Nelson Mandela dan pemimpin anti-aparteid lain didapati bersalah, lalu dihukum penjara seumur hidup oleh kerajaan Afrika Selatan.
- 1979 - Pesawat berkuasa manusia Gossamer Albatross (gambar) terbang menyeberangi Selat Inggeris untuk memenangi hadiah Kremer ke-2.
- 1994 - Boeing 777, jet kembar terbesar di dunia, menjalani penerbangan sulungnya.
- 2008 - Republik Rakyat China dan Taiwan mengadakan perundingan rasmi pertama sejak sedekad lalu.
- 2010 - Rusuhan etnik di selatan Kyrgyzstan menyebabkan sekurang-kurangnya 170 orang maut.
- 2011 - Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan terpilih untuk penggal ketiga dan AKP mengekalkan majoriti parlimennya.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1524 - Diego Velázquez de Cuéllar, penakluk Cuba
|