Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Flag of Malaysia.svg
Negeri-negeri di Malaysia
نڬري٢ دمليسيا
Sarawak Bumi Kenyalang
سراوق بومي کڽالڠ
Bendera Sarawak Lambang Sarawak
Bendera Lambang
Cogan kata: Bersatu, Berusaha, Berbakti
Lagu negeri: Ibu Pertiwiku
Lokasi Sarawak
Ibu negeri Kuching
Parti memerintah Barisan Nasional (PBB)
 - Yang di-Pertua Abdul Taib bin Mahmud
 - Ketua Menteri Adenan Hj. Satem
Sejarah  
 - Kesultanan Brunei Abad ke-15[1] 
 - Dinasti Brooke 1841 
 - Pendudukan Jepun 1941-1945 
 - Jajahan Mahkota British 1946 
 - Pembentukan Persekutuan Malaysia 1963[2][3][4] 
Keluasan
 - Jumlah 124,450 km²
Populasi
 - banci 2010 2,471,140 [5]
 - Kepadatan 20/km²
Kod panggilan kebangsaan 082 Bahagian Kuching & Bahagian Samarahan
083 Bahagian Sri Aman & Bahagian Betong
084 Bahagian Sarikei, Bahagian Sibu, Bahagian Mukah & Bahagian Kapit
085 Bahagian Miri & Bahagian Limbang
086 Bahagian Bintulu
Poskod kebangsaan 93xxx hingga 98xxx
Huruf pertama plat kenderaan QA,QK,QSG,QAA_A Bahagian Kuching
QC Bahagian Samarahan
QB Bahagian Sri Aman
QB Bahagian Betong
QR Bahagian Sarikei
QS,QS_A Bahagian Sibu
QS,QS_A Bahagian Mukah
QT Bahagian Bintulu
QP Bahagian Kapit
QM Bahagian Miri
QL Bahagian Limbang
Laman sesawang: www.sarawak.gov.my

Sarawak bukanlah sebuah negeri tetapi berstatus Negara, dan merupakan salah satu daripada 4 buah negara iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya yang bergabung untuk membentuk Malaysia. Sarawak memiliki kerajaan sendiri pada 22 Julai 1963. Sarawak memiliki kawasan yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan berkerjasama sebagai Malaysia Timur.[6][7]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Kuching ialah ibu negeri Sarawak, Malaysia yang terletak disepanjang Sungai Sarawak, lebih tepat dikawasan muara sungai. Dalam gambar tertera Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Sarawak merupakan salah satu daripada dua negara yang membentuk Malaysia Timur.

Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.

Sarawak mempunyai 12 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah, Betong dan Serian). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.

Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.

Bandar-bandar utama di negeri Sarawak adalah Kuching (pop. 700,000), Miri (pop. 358,000), Sibu (pop. 257,000), Bintulu (pop. 200,000), Sarikei (pop. 56,798), Sri Aman (pop. 64,905) dan Limbang (pop. 40,959). Kini, Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

James Brooke, Raja ke Sarawak.


Lebih dari 150 tahun yang lalu,Sarawak merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei.Sarawak yang kaya dengan sumber alam menyebabkan James Brooke berusaha untuk menguasai Sarawak.Cita-citanya tercapai setelah beliau berjaya mengatasi kebangkitan rakyat tempatan terhadap pemerintahan wakil Kesultanan Brunei.Keluarga Brooke telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih Sarawak.Dari tahun 1841 hingga 1941,Sarawak telah diperintah oleh James Brooke,Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke.


Pada akhir kurun ke-15,Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei.[1] Pembesar-pembesar tempatan telah dilantik oleh sultan Brunei untuk mentadbir Sarawak.Mereka berkuasa mentadbir Sarawak tanpa campur tangan Kesultanan Brunei.


Walau bagaimanapun pada kurun ke-19,sultan Brunei telah melantik seorang pembesar Brunei iaitu Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil pemerintah Kesultanan Brunei di Sarawak.Beliau telah mengambil alih kuasa politik pembesar tempatan.Pangeran Indera Mahkota telah memerintah dengan tidak adil,ini menyebabkan penduduk tempatan tidak puas hati.Berikutan kegagalan beliau itu,sultan Brunei telah menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota menamatkan kebangkitan penduduk tempatan.


Pada tahun 1840,Pangeran Raja Muda Hashim menerima kunjungan seorang pedagang British ynag bernama James Brooke..Beliau telah menerima bantuan daripada James Brooke untuk menamatkan kebangkitan tersebut.Pangeran Raja Muda Hashim berjanji akan melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak sekiranya kebangkitan itu dapat ditamatkan.Dengan bantuan dan kekuatan tentera James Brooke,Pangeran Raja Muda Hashim berjaya menamatkan kebangkitan rakyat Sarawak.Pangeran Raja Muda Hashim menyedari tindakannya melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak tidak akan mendapat persetujuan Sultan Brunei.Oleh itu,dia melengahkan pelantikan James Brooke.Tindakannya menyebabkan James Brooke marah lalu membedil bandar Kuching.Keadaan ini memaksa Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke menjadi Gabenor dan Raja Sarawak yang pertama.

Pada tahun 1842,James Brooke menghadap Sultan Brunei bagi mengesahkan kedudukannya.Pada tahun 1846,James Brooke telah diiktiraf oleh Sultan Brunei sebagai Raja Sarawak yang merdeka.

Pembahagian bahagian[sunting | sunting sumber]

Terdapat duabelas (12) pembahagian bahagian di negeri Sarawak.

██ Limbang
██ Miri
██ Bintulu
██ Kapit
██ Sibu
██ Mukah
██ Sarikei
██ Betong
██ Sri Aman
██ Samarahan
██ Kuching
██ Serian

Garis Masa Penyerahan Sarawak Kepada James Brooke[sunting | sunting sumber]

Tahun Peristiwa
1836 Kebangkitan menentang pemerintahan wakil Kesultanan Brunei di Sarawak
1840 Pangeran Raja Muda Hashim Meminta Bantuan James Brooke untuk menamatkan penentangan di Sarawak
1841 Pangeran Raja Muda Hashim melantik James Brooke sebagai Gebenor dan Raja Sarawak
1842 Sultan Brunei mengiktiraf perjanjian antara Pangeran Raja Muda Hashim dan James Brooke
1846 Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak yang merdeka

Kerajaan negeri[sunting | sunting sumber]

Seorang pemuda Dayak muda memainkan alatan muzik tradisional sapeh

Sarawak ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sendiri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi di dalam negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh pelbagai orang yang dilantik setiap lima tahun. Ia diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Jabatan Ketua Menteri adalah tiang pentadbiran negeri yang meletakkan pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain jabatan.

Senarai TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak[sunting | sunting sumber]

Nama Mula berkhidmat Tamat berkhidmat
Tun Abang Haji Openg 1963 1969
Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman 1969 1977
Tun Abang Muhammad Salahuddin 1977 1981
Tun Abdul Rahman Ya'kub 1981 1985
Tun Ahmad Zaidi Adruce 1985 2000
Tun Abang Muhammad Salahuddin 2001 2014
Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud 2014 kini

Politik[sunting | sunting sumber]

Sarawak diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional.

Ekonomi dan budaya[sunting | sunting sumber]

Rencana–rencana utama: Ekonomi Sarawak dan Budaya di Sarawak

Di Sarawak terdapat banyak kaum etnik. Kaum etnik yang terbesar di Sarawak ialah Iban. Bidayuh, Kenyah,Kayan, Kedayan, Penan, Kelabit, Bisaya, Lun Bawang, Melayu, Melanau dan banyak lagi.

Pemuzik/kugiran dari Sarawak[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]