Wikipedia:Rencana tunas sempurna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rencana tunas ibarat anak-anak itik hodoh (bahasa Inggeris: "the ugly ducklings") dalam kolam Wikipedia. Ramai orang mengejeknya, dan membuat komen buruk mengenai maklumat berkualiti rendah ini. Akan tetapi, anda perlu ingat, kehodohan anak-anak itik itu tidak semestinya berpanjangan hingga ia mencapai bentuk kematangannya, jangan disangka anak-anak itik hodoh yang sering ditertawakan kelak mampu membuatkan anda tersenyum sehingga tidak mengelipkan mata, melihat anak itik yang asalnya hodoh itu berubah menjadi swan yang putih melepak dan berseri-seri. Adapun perbandingan lain adalah, seperti sebiji benih yang ditanam, disirami, dibajai, dinaungi, dipancari dan dibelai, lalu tumbuh dan berkembang hijau dan akhirnya menjadi sebuah pokok yang berbunga segar, mekar dan harum, lalu bunga itu subur menjadi lambakan buah yang isinya manis, harum dan berkhasiat. Begitulah hakikat sebenar rencana-rencana tunas yang terdapat di Wikipedia. Setiap rencana di dalam Wikipedia pada permulaannya merupakan sebuah "tunas" -- walaupun laman Negara diambil dari Wikipedia Inggeris adalah "tunas" yang membentuk asas bagi penyunting yang biasa dengan tempat itu untuk menambahkan maklumat yang lebih lengkap dan mendalam.

Sesetengah penyumbang lama menganggap tunas mengganggu disebabkan ia menghalang tanda yang terdapat pada rencana kosong. Akan tetapi, walaupun banyak penghinaan yang dilimpahkan kepada tunas, banyak tunas yang telah berubah menjadi lebih baik.

Apabila mencipta atau menyunting rencana "tunas", penting untuk diingati nilai tunas adalah apa tunas akan jadi, dan ia mesti terus berkembang jika hendak ia terus dilawati dan disunting. Jangan anggap tambahan dan perkembangan akan berlaku dengan segera dan dengan sendirinya. Cara terbaik untuk menarik perhatian agar orang lain menyumbang adalah dengan menyuntingnya sendiri, walaupun sedikit kerana — suntingan anda akan muncul di laman Perubahan Terkini, di mana ramai wikipedian veteran gembira menyumbang, dan bersedia menyumbang di mana mereka diperlukan.

Anda tidak perlu melakukan penyelidikan terperinci untuk mencipta asas yang mana orang lain bersedia untuk menyumbang, tetapi anda perlu bertimbangrasa untuk meletakkan apa yang anda tahu, dan betulkan apa yang anda tahu sebagai kurang tepat (cuba elak mengatakan hasil kerja orang lain sebagai "salah"). Antara tradisi perumpamaan cadangan tentang kebijaksanaan Wiki, terdapat pendapat bahawa rencana tidak harus "sempurna" -- dengan kesalahan satu atau dua ejaan akan menarik pembaca untuk memperbetul rencana dan menanam minat untuk menyunting lagi. Ringkasan idea ini adalah tumpukan pada menulis rencana atau menyuntingnya - jangan cuba melakukan keduanya. Di sini terdapat beberapa garispanduan yang dicadangkan:

  1. Letakkan pesanan "Ini adalah tunas" dengan meletakkan {{msg:tunas}}. (Lihat Wikipedia:Teks penyimpan perenggan untuk maklumat lanjut.)
  2. Maklumkan orang yang biasa bahawa terdapat rencana yang perlu diperbaiki dengan meletakkan pautan kepada Wikipedia:Cari dan baiki tunas dalam tunas rencana anda. Ramai penyumbang meronda laman Perubahan Terkini, tetapi jika tunas anda terkeluar tanpa menarik sebarang sumbangan, amat penting untuk mempunyai tanda yang lebih kekal bahawa lebih kerja diperlukan.
  3. Ikuti standard Bahasa Melayu baku. Tulis dalam ayat penuh yang jelas.
  4. Berikan istilah tepat dan jelas, atau gambarkan topik anda. Elakkan salah anggapan istilah (bahasa Inggeris: "fallacies of definition"). Untuk riwayat hidup dan rencana mengenai bukan konsep (seperti, mengenai negara dan bandar), pentakrifan adalah mustahil, jadi mulakan dengan gambaran jelas, membantu, berinformasi mengenai subjek. Contohnya, sila nyatakan apakah yang menjadikan seseorang popular, di dimana letaknya sesebuah tempat, perkara asas tentang sesebuah kejadian dan bilakah ianya berlaku. Sebuah definisi dan penerangan yang baik akan memberikan dorongan untuk seseorang memberikan sumbangan terhadap artikel tersebut jika diberikan had artikel tersebut yang secara tidak langsung memberitahu pengedit akan perkara yang perlu dilakukan. Contohnya, Salvador Allende merupakan President Chile dari tahun 1970 sehingga 1973 merupakan penerangan yang memuaskan.
  5. Cuba beri lebih daripada hanya maksud, walaupun hanya sedikit. Tidak mengapa jika ia mungkin merangsang kemarahan, asalkan anda cuba mengamalkan (sudut pandangan berkecuali) dan ia agak tepat. Apa yang menarik dan penting tentang topik itu? Jika pendahuluan anda berjaya menarik minat pembaca untuk terus membaca, mungkin ia akan menarik minat seseorang untuk menambah maklumat baru. Hanya satu ayat tambahan boleh menukar definisi yang bagus kepada tunas yang berguna. Contohnya, Salvador Allende merupakan President Chile dari tahun 1970 sehingga 1973. CIA mungkin terlibat dalam penggulingan beliau. Dengan pendahuluan seperti itu, anda tidak perlu tahu apa-apa lagi; orang ramai akan berebut-rebut untuk menambah maklumat yang lebih mendalam.
  6. Pastikan bahawa sebarang perkataan berkait yang boleh dikaitkan telah dipautkan. Tetapi anda harus berhati-hati tentang perkataan yang digunakan untuk pautan; sila lihat kelaziman penamaan. Umpamanya, Salvador Allende ialah Presiden Chile dari 1970 hingga 1973. CIA mungkin terlibat dalam rampasan kuasa yang menggulingkannya.
  7. Serahkanlah rencana anda dengan ulasan ringkasan yang akan menarik perhatian pengguna lain terhadap rencana tunas anda. Sekurang-kurangnya, gunting-dan-tampal bahan-bahan rencana tunas anda dalam kotak ringkasan ketika anda menyimpan rencana anda.
  8. Bertanggungjawablah sedikit tentang rencana tunas anda. Terdapat garis yang halus antara membantu dengan menggariskan apa yang perlu dibuat, dan menjengkelkan pengguna lain kerana sendiri tidak membuat apa-apa. Jika tiada pengguna menyumbang kepada rencana tunas anda selepas beberapa minggu, gulunglah lengan baju anda dan mengembangkan rencana tunas anda sendiri. Pandangkanlah fakta bahawa tiadanya pengguna lain yang menyumbang sebagai bayangan bahawa rencana tunas anda mungkin tidak begitu unggul, dan cubalah membuatnya supaya lebih baik.

Adalah mungkin bahawa anda dapat mengikut garis-garis panduan ini tanpa memerlukan anda menulis sebuah karangan. Secara amnya bagi rencana tunas sempurna, dua patah ayat adalah mencukupi — asalkan kedua-dua ayat itu adalah ayat yang benar-benar baik. Dan jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang topik itu untuk menulis dua patah ayat yang baik, janganlah menulis rencana tunas itu. Masa tambahan dan penumpuan yang diperlukan mungkin lebih baik digunakan untuk perkara lain, berbanding mencipta sebuah rencana statik yang menjadi objek untuk dipersendakan.

Diakui, panduan ini agak tidak berkait kerana walau apapun yang anda lakukan, seseorang akan memperbaiki rencana itu untuk anda. Itulah kelebihan wiki! Tetapi jika anda mahu menyumbang sesuatu yang positif, dan anda tidak mampu menulis keseluruhan rencana itu bersendirian, sekurang-kurangnya biarlah sumbangan anda merupakan jemputan jelas untuk turut serta.

Lihat juga Sumbang apa yang anda tahu atau sanggup pelajari".