Lihat perkara yang dilakukan oleh perniagaan lain di Facebook
Terokai contoh kreatif dan buat contoh iklan anda sendiri

Cipta dan galakkan kiriman Facebook

Kongsikan cerita tentang perniagaan anda di tempat orang meluangkan masa mereka.

Cipta Halaman
Kiriman di Halaman perniagaan Facebook anda

Kiriman di Halaman perniagaan Facebook anda membolehkan anda:

  • Sentiasa diutamakan oleh orang yang berminat dengan Halaman anda.
  • Memastikan pelanggan terus berminat dan terlibat dengan maklumat industri, kemas kini produk, pemberitahuan acara dan pelbagai lagi.
  • Menjangkau khalayak yang lebih besar dengan kiriman digalakkan.

Berhubung dengan khalayak anda melalui kiriman Facebook

Kiriman di Halaman perniagaan anda merupakan cara berkesan untuk memberitahu pelanggan dan peminat anda tentang perkembangan perniagaan anda. Berikut ialah beberapa petua untuk membantu anda memanfaatkan sepenuhnya kemas kini anda:

Cara Halaman perniagaan Facebook membantu anda berhubung dengan khalayak anda

Berkongsi kemas kini bermakna

Sama ada kandungannya berkaitan dengan industri anda atau kemas kini tentang perkara yang dilakukan oleh perniagaan anda, kekal berhubung degan khalayak anda melalui kiriman Facebook. Gunakan naskhah pendek, seronok dibaca dan imej menarik untuk mendapatkan perhatian. Malah, anda boleh menjadualkan kiriman anda untuk menjimatkan masa.

Dapatkan lebih perhatian untuk kiriman istimewa

Apabila kiriman anda diterbitkan, anda boleh menarik lebih perhatian kepadanya dengan menyematkannya pada Halaman anda atau membenamkannya pada tapak web anda. Apabila anda menyematkan kiriman, ia akan kekal berada di bahagian atas Halaman anda, jadi itu perkara pertama yang orang akan lihat. Pembenaman kiriman bermakna ia akan terpapar di tapak web anda.

Pikat hati pelanggan dengan berita atau diskaun istimewa

Gunakan kiriman untuk membuat tawaran istimewa kepada pelanggan anda, menjemput mereka untuk menghadiri acara atau berkongsi detik ini melalui video langsung

Cipta kiriman semasa dalam perjalanan

Muat turun apl Pengurus Halaman Facebook ke peranti mudah alih anda untuk mencipta kiriman buat perniagaan anda dari mana-mana sahaja. Ini satu cara yang cukup berkesan untuk berkongsi kemas kini dan foto hingga ke minit terakhir dengan khalayak anda.

Jangkau lebih ramai orang dengan kiriman digalakkan

Jika anda mahu kiriman anda menjangkau khalayak lanjutan melangkaui orang yang suka Halaman anda, anda boleh menggalakkan kiriman Halaman. Setelah anda mencipta kiriman, klik butang Galakkan Kiriman dan ikut langkah-langkah tersebut.

Contoh kiriman digalakkan Halaman perniagaan Facebook pada peranti mudah alih

Halakan kiriman anda ke khalayak yang lebih besar

Apabila anda menggalakkan suatu kiriman, anda memilih khalayak yang anda kehendaki mereka lihat kiriman anda. Pilih orang yang suka Halaman anda, lanjutkannya kepada rakan mereka, atau pilih khalayak baharu yang anda sesuaikan mengikut umur, lokasi, minat dan pelbagai lagi.

Tetapkan peruntukan belanja anda

Anda mengawal jumlah yang dibelanjakan pada kiriman digalakkan—kami tidak sekali-kali akan mengenakan caj lebih daripada peruntukan belanja yang anda pilih. Peruntukan belanja yang anda pilih ialah harga setiap hari untuk menggalakkan kiriman. Bergantung kepada khalayak dan peruntukan belanja yang anda pilih, anda boleh atau mungkin tidak boleh menjangkau amaun maksimum peruntukan belanja anda setiap hari.1

Ikon apl Pengurus Halaman Facebook

Apl Pengurus Halaman

Anda turut boleh menggalakkan kiriman daripada apl Pengurus Halaman anda. Cuma cipta kiriman daripada peranti mudah alih anda dan ketik butang Galakkan Kiriman.

Mulakan dengan menggalakkan kiriman.

Sumber tambahan

Blueprint Facebook

Sertai kursus dalam talian kami dan ketahui cara menggalakkan kirimankami.

Pusat Bantuan Pengiklan

Baca lebih lanjut tentang menggalakkan kiriman di Halaman perniagaan Facebook anda dalam Pusat Bantuan kami.

Sekumpulan apl dan perkhidmatan untuk semua cara bagi orang dan perniagaan berhubung.

Seberapa berguna anda nampak halaman ini?
Facebook for Business

Facebook boleh membantu perniagaan anda yang besar, sederhana atau kecil berkembang. Dapatkan berita terkini untuk pengiklan dan banyak lagi di Halaman Perniagaan Facebook kami.