Kyuubi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kyuubi (九尾 九尾の妖狐?) merupakan Bijuu dengan bentuk musang berekor sembilan dan merupakan yang terkuat antara para Bijuu. Dia mempunyai chakra yang tidak terbatas, membuatnya menyandang nama "Raja para Bijuu". Kekuatannya berasal daripada cap api kepunyaannya. Setelah bertarung selama 100 tahun dengan Yamata no Orochi, cap itu menjadi kelemahan; tetapi Kyuubi masih mampu bertahan dan berdiri.

Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Kyuubi no Yokou ialah Bijuu terkuat dalam Mitologi Jepun. Tubuhnya dilitupi bulu berwarna merah; Kyuubi melambangkan unsur api. Kemampuannya amat luar biasa. Disebabkan belum pernah dikalahkan sekalipun oleh Youkai, kekuatan sebenarnya tidak dapat diukur. Ekornya mengeluarkan pusaran angin dengan cara diputar dengan cepat, dan Kyuubi mampu merobek musuhnya dengan cakar raksasa kepunyaannya. Bulu-bulunya mampu mengeluarkan bola api seperti meteor yang tidak habis dan cukup untuk menghancurkan sebuah perkampungan dengan segera. Dalam peperangan 9 dewa, Hokou mengalami cedera parah, dan Nekomata hampir mati apabila tidak ditolong dewa kematian lantaran berani menentang Kyuubi. Yamata no Orochi bergantung pada Kusanagi no Tsurugi, pedang suku Kusanagi untuk mengalahkan Kyuubi, tetapi telah dikalahkan dan mata pedang pedang tersebut meretak. Ini menggambarkan kekuatan Kyuubi yang luar biasa.

Peperangan kuno 9 Dewa[sunting | sunting sumber]

Di suatu tempat, Kyuubi terus-menerus membunuh orang-orang yang ada di jalannya untuk mencari siapa yang membangunkannya. Yamata no Orochi tidak memberitahu, siapa yang telah membangunkannya, walaupun ternyata Yamata no Orochi sendiri yang telah membangunkannya. Kyuubi hanya bertarung 3 kali dan semuanya dimenanginya, iaitu perlawanan dengan Nekomata dan Hokou, Raijuu, dan Yamata no Orochi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]



 
Bijuu

Shukaku | Nekomata | Isonade | Sokou | Hokou | Raijuu | Kaku | Yamata no Orochi | Kyuubi