Albania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 41°N 20°E / 41°N 20°E / 41; 20

Republik Albania
Republika e Shqipërisë
Bendera
Lagu: Himni i Flamurit
"Tartil kepada Bendera"
Ibu negara
dan bandar terbesar
Wappen Tirana.gif Tirana
41°20′N 19°48′E / 41.333°N 19.800°E / 41.333; 19.800
Bahasa rasmi Bahasa Albania1
Kerajaan Republik
 -  Presiden Bujar Nishani
 -  Perdana Menteri Edi Rama
Kemerdekaan daripada Empayar Uthmaniyyah
 -  Tarikh 28 November 1912 
 -  Perairan (%) 4.7
Populasi
 -  2016 (anggaran) 2,886,026[1]
 -  2011 (anggaran) 2,821,977[2]
 -  Kepadatan 98/km2 (ke-63)
254/sq mi
KDNK (PPP) 2016 anggaran
 -  Jumlah $34.282 bilion[3]
 -  Per kapita $12,484[3]
KDNK (nominal) 2016 anggaran
 -  Jumlah $12.204 bilion[3]
 -  Per kapita $4,444[3]
Gini (2013) 34.5[4] (medium)
HDI (2014)  0.733[5] (high / ke-85)
Mata wang Lek (ALL)
Zon waktu CET (UTC+1)
 -  Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Kod panggilan 355
Internet TLD .al
1Bahasa Itali ditutur secara meluas.

Albania atau Republik Albania merupakan sebuah negara Mediterranean yang terletak di tenggara Eropah. Ia bersempadan dengan Montenegro di barat laut, Kosovo di timur laut, Republik Macedonia di timur dan Greece di selatan dan di tenggara. Laut Adriatik terletak di sebelah barat , manakala Laut Ionia di barat daya. Jarak di antara Albania dan Itali adalah 72km, melepasi Selat Otranto yang bersambung dengan Laut Adriatik dan ke Laut Ionia.

Albania ialah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan di Eropah, Majlis Eropah,  Pertubuhan Perdagangan Dunia dan Kesatuan Mediterranean.Albania mempunyai potensi untuk menyertai Kesatuan Eropah sejak Januari 2003.

Pada era globalisasi, Albania menyempunyai banyak titik sejarah dengan negara-negara Rom iaitu Dalmatia (selatan lllyricium), Macedonia (sebahagian Epirus Nova) dan Moesia Superior. Pada zaman moden, Republik Albania ini mendapat kemerdekaan setelah kejatuhan Empayar Uthmaniyyah di Eropah dengan Perang Balkan. Albania merdeka pada tahun 1912.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Albania

Pra-Sejarah & Pemerintahan Rom[sunting | sunting sumber]

Pengkaji mempercayai bahawa penduduk Albania merupakan keturunan puak yang dikenali sebagai orang Illyria yang bukan berketurunan Turki, atau Slav, yang tiba di Balkan sekitar 2000 SM. Orang Albania moden masih membezakan antara Gheg (puak di utara) dan Tosk (puak di selatan). Setelah kerajaan Rom lemah pada 165 SM, Albania hampir berterusan dikawal oleh kuasa-kuasa asing sehingga pertengahan abad ke-20, dengan tempoh singkat pemerintahan sendiri.

Berikutan dengan perpecahan Empayar Rom pada tahun 395, Empayar Byzantine menguasai wilayah di Albania moden. Pada abad ke-11, Maharaja Bizantine Alexius I Comnenus membuat surat keterangan di mana dicatat buat pertama kalinya akan daerah atau tanah yang bernama Albania dan penduduknya.

Pemerintahan Empayar Uthmaniyyah (1385-1912)[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Uthmaniyah menguasai Albania antara tahun 1385-1912. Pada waktu ini, kebanyakan penduduk Albania memeluk Islam. Terdapat juga penduduk Albania yang berpindah ke Itali, Greece, Mesir dan Turki. Walau kekuasaan Uthmaniyyah terganggu buat sementara waktu pada tahun 1443-1478, yang mana Albania dipimpin oleh seorang pemberontak bernama Gjergj Kastrioti Skenderbeg, Khilafah Turki Uthmaniyah akhirnya berjaya menguasai kembali Albania.

Pada awal abad ke-20, Khilafah Turki Uthmaniyah gagal mengendalikan keadaan di sini. Liga Prizren (1878) memperkenalkan gagasan negara kebangsaan Albania dan mencipta abjad Albania moden. Semasa akhir Perang Balkan I, orang-orang Albania mengeluarkan Proklamasi Vlore pada 28 November 1912, mengisytiharkan 'kemerdekaan'. Perbatasan Albania ditetapkan oleh Kuasa-kuasa Besar pada 1913. Integrasi wilayah Albania ditegaskan di Persidangan Penjanjian Paris (1919), setelah Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson menolak rancangan negara-negara Besar Eropah untuk membahagikan Albania di antara jiran tetangganya.

Pemerintahan komunisme Enver Hoxha[sunting | sunting sumber]

Ketika Perang Dunia II, Albania dijajah pertama kali oleh Itali (1939-43) dan kemudian oleh Jerman (1943-44). Setelah perang, pemimpin Parti Komunis Enver Hoxha mengatur melindungi integrasi wilayah Albania selama 40 tahun berikutnya, namun memerlukan harga politik yang sangat mahal dari penduduknya, yang ditundukkan untuk membersihkan, mengurangi, penindasan hak sivil dan politik, larangan total pada amalan keagamaan, dan meningkatkan pemencilan. Albania yang setia pada falsafah Stalin yang keras, akhirnya menarik diri dari Pakatan Warsaw pada 1968 dan menjauhkan diri dari sekutu terakhirnya, Republik Rakyat China pada 1978.

Menyusul kematian Hoxha pada 1985 dan kemudian kejatuhan komunisme pada 1991, masyarakat Albania berjuang menanggulangi isolasi dan ketertinggalan sejarahnya. Selama masa transisi awal, pemerintah Albania memandang ikatan yang lebih dekat dengan Barat agar memperbaiki keadaan ekonomi dan memperkenalkan reformasi demokrasi dasar, termasuk sistem multipartai.

Demokrasi[sunting | sunting sumber]

Pada 1992, setelah kejayaan pemilihan yang luas bagi Parti Demokratik, Sali Berisha menjadi tokoh demokrasi yang pertama yang dipilih sebagai Presiden Albania. Berisha memulai program perbaikan ekonomi dan demokrasi yang lebih berhati-hati namun saat berjalan ada desas-desus yang gagal di pertengahan 1990an, kerana political gridlock. Di saat yang sama, perusahaan pelaburan yang kurang bermoral menggelapkan wang di seluruh Albania dengan menggunakan skim piramid. Di awal 1997, beberapa skim piramid itu runtuh, meninggalkan ribuan orang yang bankrap, kecewa, dan marah. Pergolakan bersenjata meletus di seluruh negara, hampir menimbulkan kejatuhan kuasa pemerintah. Ketika itu, Albania memiliki infrastruktur yang tak cukup dan kuno yang menderita kerusakan hebat, seperti orang merampok karya umum untuk bahan bangunan. Depot senjata di seluruh negeri dibongkar dan isinya dirampas sehingga pada tahun tahun itu banyak teredar senjata api tentera di kalangan warga awam Albania. Anarki di awal 1997 menggelisahkan dunia dan mendorong pengantaraan antarabangsa secara intensif.

Perintah dipulihkan oleh Angkatan Perlindungan Multinasional PBB, dan pemerintah rekonsiliasi nasional sementara menjaga pilihan raya Jun 1997, yang mengembalikan Sosialis dan sekutunya pada kekuasaan di tingkat nasional. Presiden Berisha berhenti, dan penggantinya ialah dari kalangan Sosialis Rexhep Meidani. Antara 1997 dan 2002, rangkaian pemerintahan singkat menggantikan satu sama lain. Fatos Nano, Ketua Parti Sosialis, telah menjadi PM sejak Jun 2002.

Selama masa transisi 1997-2002, struktur demokrasi Albania yang mudah pecah diperkuat. ParPol tambahan terbentuk, toko media massa berkembang, organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan pun begitu. Pada 1998, orang-orang Albania meratifikasi perlembagaan baru selepas referendum umum, menjamin kekuasaan undang-udang dan perlindungan hak dan kebebasan beragama.

Pada 24 Julai 2002, Alfred Moisiu mengangkat sumpah sebagai Presiden. Tokoh nonpartisan, secara nominal bersekutu dengan Parti Demokrat, ia diangkat sebagai calon yang dipersetujui parti yang berkuasa dan pembangkang. Pergantian kekuasaan yang tenang dari Meidani ke Moisiu merupakan akibat persetujuan di antara parti untuk mengajak satu sama lain dalam pendirian struktur parlimen. "Gencatan senjata" ini membawa ke masa baru kestabilan politik di Albania, yang dianggap dapat membuat kemajuan berarti yang mungkin dalam reformasi demokrasi dan ekonomi, kekuasaan inisiatif hukum, dan perkembangan hubungan Albania dengan negara tetangganya serta AS.

Pemilihan kota seluruh negara diadakan pada Oktober 2003. Walau perbaikan bererti melebihi tahun-tahun yang lalu, tetap tersebar kesalahan administrasi, termasuk ketidakaktepatan daftar pengundi. “Gencatan senjata” antara pemimpin parti mulai heboh di musim panas 2003. Kemajuan pada perbaikan ekonomi dan politik menderita tampak selama akhir-akhir tahun 2003 kerana pertarungan politik. Bagaimanapun, pada Disember 2003, PM Nano menekankan lagi kepemimpinannya dari Parti Sosialis yang sedang berkuasa dan melantik kabinet baru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Population of Albania 1 January 2016". Republic of Albania Institute of Statistics. 
  2. "Population and Housing Census 2011". INSTAT (Albanian Institute of Statistics). 
  3. 3.0 3.1 3.2 3.3 "Report for Selected Countries and Subjects". Imf.org. 14 September 2006. Dicapai pada 7 October 2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  4. "Income Gini coefficient". World Bank. UNDP. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 July 2010. Dicapai pada 3 July 2015.  Check date values in: |access-date=, |archive-date= (bantuan)
  5. "Human Development Report 2015" (PDF). United Nations. 2015. Dicapai pada 14 December 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]