Kuki & Teknologi Storan Lain

Kuki ialah cebisan kecil teks yang digunakan untuk menyimpan maklumat pada pelayar web. Kuki digunakan untuk menyimpan dan menerima pengecam dan maklumat lain di komputer, telefon dan peranti lain. Teknologi lain, termasuk data yang kita simpan pada pelayar web atau peranti, pengecam yang dikaitkan dengan peranti anda dan perisian lain, digunakan untuk tujuan yang serupa. Dalam dasar ini, kami merujuk kepada semua teknologi sebagai "kuki."

Kami menggunakan kuki jika anda mempunyai akaun Facebook, menggunakan Perkhidmatan Facebook, termasuk laman web dan apl kami ( sama ada anda berdaftar atau log masuk atau tidak), atau melawat laman web lain atau apl yang menggunakan Perkhidmatan Facebook (termasuk butang Suka atau alat pengiklanan kami). Dasar ini menerangkan cara kami menggunakan kuki dan pilihan yang tersedia untuk anda.

Mengapakah kami menggunakan kuki?

Kuki membantu kami menyediakan, melindungi dan memperbaiki Perkhidmatan Facebook, seperti dengan menyesuaikan kandungan, menempah dan mengukur iklan dan menyediakan pengalaman yang lebih selamat. Walaupun kuki yang kami gunakan boleh berubah dari semasa ke semasa apabila kami meningkatkan dan mengemas kini Perkhidmatan Facebook, ia secara umumnya masuk dalam kategori penggunaan di bawah ini:
Pengesahan
Kami menggunakan kuki untuk mengesahkan akaun anda dan menentukan apabila anda dilog masuk supaya kami boleh menjadikannya lebih mudah untuk anda mengakses Perkhidmatan Facebook dan menunjukkan kepada anda pengalaman dan ciri yang sesuai.
Sebagai contoh: Kami menggunakan kuki untuk mengekalkan anda dilog masuk semasa anda menavigasi antara halaman Facebook. Kuki juga membantu kami mengingati pelayar anda supaya anda tidak perlu log masuk selalu ke dalam Facebook dan supaya anda lebih mudah log masuk ke dalam Facebook melalui apl dan laman web pihak ketiga.
Integriti keselamatan, tapak dan produk
Kami menggunakan kuki untuk membantu kami mengekalkan akaun, data dan Perkhidmatan Facebook anda selamat dan terjamin.
Sebagai contoh: Kuki boleh membantu kami mengenal pasti dan mengenakan langkah keselamatan tambahan apabila seseorang mungkin cuba untuk mengkases sesuatu akaun Facebook tanpa keizinan, contohnya, dengan meneka kata laluan berbeza secara pantas. Kami juga menggunakan kuki untuk menyimpan maklumat yang membolehkan kami untuk mendapatkan semula akaun anda sekiranya anda terlupa kata laluan atau untuk meminta pengesahan tambahan jika anda memberitahu kami akaun anda telah digodam.
Kami juga menggunakan kuki untuk memerangi aktiviti yang melanggar dasar kami atau pun yang melemahkan keupayaan kami untuk menyediakan Perkhidmatan Facebook.
Sebagai contoh: Kuki membantu kami memerangi serangan spam dan memancing data dengan membolehkan kami untuk mengenal pasti komputer yang digunakan untuk mencipta akaun Facebook palsu dalam jumlah yang banyak. Kami juga menggunakan kuki untuk mengesan komputer yang dijangkiti perisian hasad dan untuk mengambil langkah-langkah untuk mencegah perisian hasad tersebut daripada menyebabkan kerosakan yang lebih teruk. Kuki juga membantu kami untuk menghalang orang bawah umur daripada mendaftar untuk akaun Facebook.
Pengiklanan, pandangan dan pengukuran
Kami menggunakan kuki untuk membantu kami menyiarkan iklan untuk perniagaan dan organisasi lain kepada orang yang mungkin berminat dengan produk, perkhidmatan atau tujuan yang mereka promosikan.
Sebagai contoh: Kuki membolehkan kami membantu menyampaikan iklan kepada orang yang sebelumnya telah melawat lama web perniagaan, membeli produk perniagaan atau menggunakan apl perniagaan tersebut. Kuki juga membolehkan kami untuk mengehadkan bilangan kekerapan anda melihat sesuatu iklan supaya anda tidak melihat iklan yang sama berulang kali.
Kami juga menggunakan kuki untuk membantu mengukur prestasi kempen iklan untuk perniagaan yang menggunakan Perkhidmatan Facebook.
Sebagai contoh: Kami menggunakan kuki untuk membilang kekerapan sesuatu iklan di siarkan dan untuk mengira kos untuk iklan tersebut. Kami juga menggunakan kuki untuk mengukur sekerap mana orang melakukan perkara seperti klik pada atau melihat iklan.
Kuki membantu kami menyampaikan dan mengukur iklan merentas pelayar dan peranti berlainan yang digunakan oleh orang yang sama.
Sebagai contoh: Kami juga menggunakan kuki untuk menghalang anda daripada melihat iklan yang sama berulang kali merentas pelbagai peranti yang anda gunakan.
Kuki juga membolehkan kami menyediakan wawasan mengenai orang yang menggunakan Perkhidmatan Facebook, dan juga orang yang berinteraksi dengan iklan, laman web dan apl pengiklan kami dan perniagaan yang menggunakan Perkhidmatan Facebook.
Sebagai contoh: Kami menggunakan kuki untuk membantu perniagaan memahami jenis orang yang menyukai halaman Facebook mereka atau yang menggunakan apl merekan supaya mereka boleh menyediakan kandungan yang lebih berkenaan dan membangunkan ciri-ciri yang berkemungkinan lebih menarik pada pandangan pelanggan mereka.
Kami juga menggunakan kuki untuk membantu anda memilih untuk tidak melihat iklan dari Facebook berdasarkan pada aktiviti anda di laman web pihak ketiga. Ketahui lebih lanjut tentang maklumat yang kami terima, bagaimana kami memutuskan iklan yang akan ditunjukkan kepada anda di dalam dan di luar Perkhidmatan Facebook dan kawalan tersedia untuk anda.
Ciri dan perkhidmatan laman
Kami menggunakan kuki untuk membolehkan kefungsian yang dapat membantu kami menyediakan Perkhidmatan Facebook.
Sebagai contoh: Kuki membantu kami menyimpan keutamaan, mengetahui bila anda telah melihat atau berinteraksi dengan kandungan Perkhidmatan Facebook dan menyediakan kepada anda kandungan dan pengalaman yang disesuaikan. Sebagai contoh, kuki membolehkan kami memberi cadangan kepada anda serta yang lain dan untuk sesuaikan kandungan di tapak pihak ketiga yang menyepadukan plugin sosial kami. Jika anda mempunyai pentadbir halaman, kuki membolehkan anda untuk menukar membuat kiriman antara dari akaun FB peribadi anda dan halaman.
Kami juga menggunakan kuki untuk membantu memberikan anda kandungan yang berkenaan dengan tempat anda.
Sebagai contoh: Kami menyimpan maklumat dalam kuki yang diletakkan di pelayar atau peranti anda supaya anda akan melihat laman dalam bahasa yang anda gemari.
Prestasi
Kami gunakan kuki untuk menyediakan pengalaman yang sebaik mungkin untuk anda.
Sebagai contoh: Kuki membantu kami menghalakan trafik antara pelayan dan memahami seberapa cepat Perkhidmatan Facebook memuat untuk pengguna yang berbeza. Kuki juga membantu kami merekodkan nisbah dan dimensi skrin dan tetingkap anda dan mengetahui sama ada anda telah membolehkan mod kontras tinggi, supaya kami boleh memapar tapak dan apl kami dengan betul.
Analisis dan kajian
Kami menggunakan kuki untuk memahami dengan lebih baik bagaimana orang menggunakan Perkhidmatan Facebook supaya kami boleh memperbaikinya.
Sebagai contoh: Kuki membantu kami memahami bagaimana orang menggunakan Perkhidmatan Facebook, menganalisis bahagian mana Perkhidmatan Facebook yang orang dapati paling berguna dan menarik dan mengenal pasti ciri-ciri yang boleh diperbaiki.

Di mana kami menggunakan kuki?

Kami boleh meletakkan kuki pada komputer atau peranti dan menerima maklumat yang disimpan dalam kuki, apabila anda menggunakan atau melawat:

  • Perkhidmatan Facebook;
  • Perkhidmatan disediakan oleh ahli lain keluarga syarikat Facebook; dan
  • Perkhidmatan sediakan oleh syarikat lain yang menggunakan Perkhidmatan Facebook (seperti syarikat yang menggabungkan butang Suka atau perkhidmatan pengiklanan Facebook dalam laman web dan apl mereka).

Kami boleh juga menetapkan dan menerima maklumat yang disimpan dalam kuki daripada domain lain yang digunakan oleh keluarga syarikat Facebook, termasuk domain adtmt.com, liverail.com dan Instagram.com.

Adakah pihak lain menggunakan kuki berhubung dengan Perkhidmatan Facebook?

YA, pihak lain boleh menggunakan kuki pada Perkhidmatan Facebook untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami dan perniagaan yang diiklankan pada Facebook.

Contohnya, rakan kongsi pengukuran kami menggunakan kuki pada Perkhidmatan Facebook untuk membantu pengiklan memahami keberkesanan kempen pengiklanan Facebook mereka dan untuk membandingkan prestasi kempen tersebut dengan iklan yang dipaparkan pada laman web dan apl lain. Ketahui lebih lanjut mengenai syarikat yang menggunakan kuki pada Perkhidmatan Facebook.

Pihak ketiga juga menggunakan kuki pada tapak dan apl mereka sendiri berhubung dengan Perkhidmatan Facebook. Untuk memahami bagaimana pihak lain menggunakan kuki, sila semak dasar mereka.

Bagaimana anda boleh mengawal penggunaan kuki oleh Facebook dalam menunjukkan iklan kepada anda?

Satu daripada caranya kami menggunakan kuki ialah untuk menunjukkan kepada anda iklan yang berguna dan berkenaan di dalam dan di luar Facebook. Anda boleh mengawal bagaimana anda menggunakan data untuk menunjukkan iklan kepada anda dengan menggunakan alat yang diterangkan di bawah.
Jika anda mempunyai akaun Facebook:
  • Anda boleh menggunakan keutamaan iklan anda untuk mengetahui mengapa anda melihat sesuatu iklan dan mengawal bagaimana kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan untuk menunjukkan iklan kepada anda.
  • Sebahagian daripada iklan yang anda lihat adalah berdasarkan pada aktiviti anda di laman web dan apl di luar keluarga syarikat Facebook. Kami namakan ini pengiklanan berdasarkan minat dalam talian. Anda boleh mengawal sama ada anda melihat iklan berdasarkan minat dalam talian daripada Facebook dalam tetapan iklan anda.
  • Rangkaian Penonton Facebook adalah cara untuk pengiklan menunjukkan kepada anda iklan dalam apl dan laman web di luar keluarga syarikat Facebook. Satu daripada cara Rangkaian Penonton menunjukkan iklan yang berkenaan adalah dengan menggunakan pilihan iklan anda untuk menentukan iklan yang anda mungkin berminat untuk melihat. Anda boleh mengawal ini dalam tetapan iklan anda.
Semua orang:
Anda boleh memilih untuk tidak melihat iklan berdasarkan minat dalam talian daripada Facebook dan syarikat yang terlibat lain melalui Sekutu Pengiklanan Digital di AS, Sekutu Pengiklanan Digital Kanada di Kanada, atau Sekutu Pengiklanan Digital Interaktif Eropah di Eropah atau melalui tetapan peranti mudah alih anda.
Maklumat lanjut mengenai pengiklanan dalam talian:
Syarikat pengiklanan yang bekerjasama dengan kami, umumnya menggunakan kuki dan teknologi yang serupa sebagai sebahagian daripada perkhidmatan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara pengiklan menggunakan kuki dan pilihan yang mereka tawarkan, anda boleh menyemak sumber berikut:
Kawalan kuki pelayar:
Tambahan lagi, pelayar atau peranti anda mungkin menawarkan tetapan yang membolehkan anda untuk memilih sama ada kuki pelayar di tetapkan dan untuk menghapuskannya. Untuk maklumat lanjut mengenai kawalan ini, lawati bahan bantuan pelayar atau peranti anda. Bahagian tertentu Perkhidmatan Facebook mungkin tidak berfungsi dengan baik jika anda melumpuhkan penggunaan kuki pelayar.


Tarikh Semakan Terakhir: 26 Mei 2016