YouTube

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
YouTube
YouTube logo 2015.svg
Jenis Perkhidmatan pengehosan video
Ibu pejabat 901 Cherry Avenue, San Bruno, California
Pengasas
Industri Internet
Perkhidmatan pengehosan video
Pemilik Alphabet Inc.
Induk Google (2006–kini)
Laman web YouTube.com
Kedudukan Alexa 2 (Global, Januari 2017)[1]
Pengiklanan Google AdSense
Pendaftaran Pilihan (tidak diperlukan untuk menonton kebanyakkan video; diperlukan untuk beberapa tugas seperti memuat naik video, menonton video yang dibenderakan (18+), mencipta senarai main dan mengirimkan komen)
Tersedia dalam Pelbagai bahasa

YouTube ialah sebuah tapak web pengehosan video dari Amerika Syarikat yang beribu pejabat di San Bruno, California. Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal — Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Pada November 2006, ia telah dibeli oleh Google dengan harga AS$1.65 bilion.[2] YouTube kini beroperasi sebagai salah satu anak syarikat Google.[3]

Tapak web ini membenarkan para pengguna untuk memuat naik, menonton, memberi penilaian, berkongsi, menambahkan ke kegemaran, melaporkan dan memberi komen kepada kandungan video dan ia menggunakan teknologi seperti WebM, H.264/MPEG-4 AVC dan Adobe Flash Video untuk memaparkan pelbagai jenis media video yang telah dihasilkan para pengguna. Kandungan yang tersedia di dalam YouTube ialah seperti klip video, klip rancangan televisyen, video muzik, filem pendek dan dokumentari, berita, rakaman audio, treler filem dan kandungan lain seperti blog video, video asli pendek dan video pendidikan.

Kebanyakkan kandungan di YouTube dimuat naik oleh para individu, tetapi syarikat-syarikat media seperti CBS, BBC, Vevo dan Hulu menawarkan beberapa bahan melalui YouTube sebagai sebahagian daripada program perkongsian YouTube.[4] Pengguna tidak berdaftar hanya boleh menonton video pada tapak itu, manakala untuk mereka yang berdaftar dibenarkan untuk memuat naik video secara tanpa had dan memberi komen pada video. Video-video yang dianggap yang mungkin menyinggung perasaan boleh didapati bagi pengguna berdaftar yang mengesahkan diri mereka berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Pada Disember 2016, tapak web ini disenaraikan sebagai tapak kedua paling popular di Alexa Internet, syarikat analisis lalu lintas web.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Youtube.com Site Info". Alexa Internet. Dicapai pada 2017-01-07 – melalui alexa.com. 
  2. Hopkins, Jim (11 Oktober 2006). "Surprise! There's a third YouTube co-founder". USA Today. Dicapai pada 2008-11-29 – melalui usatoday.com.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)
  3. "Google buys YouTube for $1.65 billion". NBC News – melalui nbcnews.com. 
  4. Weber, Tim (2 Mac 2007). "BBC strikes Google-YouTube deal". BBC. Dicapai pada 2009-01-17 – melalui bbc.co.uk.  Semak nilai tarikh dalam: |date= (bantuan)

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]