Yaman
Republik Yaman | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|
الجمهورية اليمنية
Al-Jumhūriyyah al-Yamaniyyah |
||||||
|
||||||
Moto: "Allah, al-Watan, at-Thawra, al-Wehda" "Allah, Negara, Revolusi, Perpaduan" |
||||||
Lagu: An Nashid al Watan al Yamani | ||||||
Ibu negara dan bandar terbesar |
Sana'a 15°21′N 12°24′E / 15.350°N 12.400°E |
|||||
Bahasa rasmi | Bahasa Arab | |||||
Kerajaan | Republik | |||||
- | Presiden | Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi | ||||
- | Perdana Menteri | Ali Mohammed Mujur | ||||
Penubuhan | ||||||
- | Penyatuan | 22 Mei 1990 | ||||
- | Perairan (%) | sedikit sahaja | ||||
Populasi | ||||||
- | Julai 2005 (anggaran) | 20,975,000 (51) | ||||
KDNK (PPP) | 2005 anggaran | |||||
- | Jumlah | $19.480 billion (110) | ||||
- | Per kapita | $900 (175th) | ||||
HDI (2004) | ▲ 0.492 (rendah / 150) | |||||
Mata wang | Riyal Yaman $1 = 198.13 Riyal (YER ) |
|||||
Zon waktu | (UTC+3) | |||||
Kod panggilan | 967 | |||||
Internet TLD | .ye |
Yaman, secara rasmi dipanggil Republik Yaman (bahasa Arab: الجمهورية اليمنية), ialah sebuah negara Timur Tengah yang terletak di Semenanjung Arab di Asia Barat Daya. Yaman terdiri daripada bekas Yaman Utara dan Selatan. Negara ini menyempadani Laut Arab dan Teluk Aden di selatan, Laut Merah di barat, Oman di timur laut, dan sempadannya yang lain bersebelahan dengan Arab Saudi. Wilayah Yaman termasuk Socotra, sebuah pulau terpencil yang terletak lebih kurang 350 kilometer (217 batu) di selatan, berhampiran dengan Afrika Timur.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Yaman ialah salah satu daripada pusat-pusat peradaban yang tertua di dunia. Dari abad ke-9 SM hingga abad ke-6 Masihi, Yaman merupakan sebahagian kemaharajaan-kemaharajaan Minaean, Sabaean, Himyarit, Qataban, Hadhramawt, dan Awsan yang menguasai perdagangan rempah yang menguntungkan. Yaman dikenali oleh orang Rom sebagai "Arabia Felix" ("Arab Gembira") kerana kekayaannya yang dihasilkan oleh perdagangan. Augustus Caesar mencuba mengilhakkan Yaman, tetapi ekspedisinya tergagal. Empayar Parsi lebih berjaya dan Yaman menjadi sebuah satrafi Parsi Sassanid.
Pada lewat abad ke-6 dan ke-7, selepas banyak orang Sabaean meneruskan penghijrahan dari Yaman, akibat pemusnahan Empangan Ma'rib (sadd Ma'rib), Yaman menjadi sebuah kawasan Bedouin. Pada masa itu, apabila Kemaharajaan Aksum tidak berhasrat meneruskan kemaharajaan yang kuno mereka, Yaman menjadi sebidang tanah tandus, akibat perdagangan rempah dengan orang-orang Rom dan raja-raja Sassanid Parsi yang lebih menguntungkan. Yaman berturut-turut dikuasai oleh empayar Ethiopia dan Sassanid Parsi. Pada abad ke-7, kalifah Islam mula menguasai kawasan ini. Selepas kekalifahan itu dihancurkan, bekas Yaman Utara dikuasai oleh Imam-Imam daripada berbagai-bagai wangsa, biasanya dari mazhab Zaidi, yang mengasaskan struktur politik teokratik yang kekal sehingga zaman moden. ('Imam' dalam konteks ini ialah sebuah istilah agama yang digunakan oleh Syiah untuk merujuk kepada keturunan-keturunan sezuriat Ali, menantu Nabi Muhammad, yang dianggap ditakdirkan sebagai pewaris-pewaris tidak terkelas Nabi Muhammad.)
Kalifah-kalifah Sunah Waljamaah Mesir menduduki kebanyakan Yaman Utara pada sepanjang abad ke-11. Menjelang abad ke-16 dan sekali lagi pada abad ke-19, Yaman Utara menjadi sebahagian Empayar Turki Uthmaniyyah dan pada sesetengah tempoh, Imam-Imannya juga menguasai Yaman Selatan.
Yaman Utara mencapai kemerdekaan daripada Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1918 dan menjadi sebuah republik pada tahun 1962. Pada tahun 1939, pihak British menduduki pelabuhan Aden dan menjadikannya sebagai sebuah tanah jajahan pada bulan September. Mereka juga mencipta sebuah zon perikatan-perikatan yang tidak dikawal rapi (dikenali sebagai negeri-negeri naungan) di sekitar Aden untuk bertindak sebagai penampan perlindungan. Pada tahun 1967, pihak British berundur selepas tekanan yang semakin meningkat daripada pemberontakan tempatan dan serangan-serangan yang disokong oleh Mesir dari utara. Selepas pengunduran British, kawasan ini dikenali sebagai Yaman Selatan. Pada tahun 1970, kerajaan selatan mengamalkan sistem kerajaan komunis. Kedua-dua negara disatukan secara rasmi sebagai Republik Yaman pada 22 Mei 1990.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Ketahui lebih lanjut tentang Yemen di projek saudara Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus |
|
Imej dan media dari Commons |
|
Sumber pembelajaran dari Wikiversity |
|
Berita dari Wikiberita |
|
Petikan dari Wikipetikan |
|
Teks sumber dari Wikisumber |
|
Buku teks dari Wikibuku |
Kerajaan
Laman web perkhidmatan
- Papan perbincangan Yaman yang termasyhur
- Pasaran Elektronik azal
- Portal Pekerjaan & Perekrutan
- Panduan Perniagaan untuk Eksport & Import
- Halaman Yaman: Laporan Teknologi dan Internet
Maklumat am
- Pintu Masuk Arab - Yaman
- Profil Negara Berita BBC - Yaman
- Buku Fakta Dunia CIA - Yaman
- Projek Panduan Terbuka - Yaman – kategori panduan
- Jabatan Negara Amerika Syarikat - Yaman – termasuk nota latar belakang, kajian negara dan laporan utama
- Yahoo! - Yaman – kategori panduan
- Bahasa-bahasa Semit Arab Selatan – salasilah keluarga dari Etnolog SIL
- Sekolah-sekolah Antarabangsa Turki – Bahagian Rendah
- Persatuan Pelajar Yaman di Luar Negeri (YSAA)
- Surat Berita ShababYemeni
- Perlembagaan Yaman
- Persatuan Komuniti Yaman di Sandwell (YCA) U.K
Lain-lain
|
|
---|---|
Ahli | Algeria • Emiriah Arab Bersatu • Arab Saudi • Bahrain • Comoros • Djibouti • Iraq • Jordan • Kuwait • Lubnan • Libya • Mauritania • Maghribi • Mesir • Oman • Palestin • Qatar • Somalia • Sudan • Syria • Tunisia • Yaman |
Pemerhati | Habsyah • India |