Beras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anatomi beras.
Butiran beras panjang.
Pelbagai jenis beras dibungkus untuk dijual.

Beras ialah padi yang telah diproses dan dibuang kulitnya. Beras akan mengembang apabila dimasak bersama air yang kemudian akan menjadi nasi. Beras yang kandungan kanjinya tinggi dikenali sebagai beras pulut, atau secara ringkasnya pulut sahaja. Beras pulut lebih melekit berbanding beras biasa.

Sekiranya jumlah air yang digunakan bagi memasak beras agak banyak, ia akan menjadi bubur. Terdapat pelbagai jenis bubur yang diperbuat daripada beras, dan juga bahan bijiran lain.

Varieti beras[sunting | sunting sumber]

Beras boleh didapati dalam lebih kurang 40,000 varieti. Varieti yang paling banyak digunakan di Malaysia ialah beras putih tempatan, Thai dan Vietnam; beras wangi Thai; beras basmati Pakistan dan India; beras Bario, beras pulut dan lain-lain beras jenis istimewa.[1]

Bentuk dan jenis beras[sunting | sunting sumber]

Bentuk dan jenis beras Penerangan
Padi Bijian beras masih di dalam kulitnya.
Beras perang Bijian beras yang telah dikupas kulit; kaya dengan serat dan vitamin B, riboflavin dan niasin.
Beras putih Kulit padi dan lapisan bran terkupas sepenuhnya setelah diproses.
Beras rebus Padi yang direbus melalui proses tekanan wap untuk mengurangkan kandungan kanji sebelum dikilang menjadi beras.
Beras hancur Semasa proses pengilangan, beras hancur diasingkan daripada bijian penuh. Bijian hancur mengandungi kandungan serat dan nutrisi yang rendah.
Beras bijian panjang Saiz bijian panjang dan tirus - ukurannya empat kali lebih panjang daripada lebarnya. Nasi yang dimasak adalah lembut dan berderai.
Beras bijian sederhana Saiz bijian adalah dua hingga tiga kali lebih panjang daripada lebarnya. menghasilkan tekstur nasi yang lembut dan mempunyai kecenderungan untuk melekit.
Beras bijian pendek Bentuk bijian yang pendek, gemuk dan hampir bulat. Menghasilkan tekstur nasi yang lembut dan melekit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. __, (20??) RICEpedia: Rice types in Malaysia. Bernas official website. Capaian 1 Julai 2012.

Bibliogrfi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi