Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Logo Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Ringkasan agensi
Eksekutif agensi Tan Sri Dr Mohd. Shukor Hj. Mahfar, Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Agensi pusat Kementerian Kewangan Malaysia

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1 Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut:

  • Akta Cukai Pendapatan 1967
  • Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
  • Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
  • Akta Penggalakan Pelaburan 1986
  • Akta Setem 1949
  • Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990

Pautan luar[sunting | sunting sumber]