Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
4 Januari merupakan hari keempat dalam kalendar Gregory. Tinggal 361 hari (atau 362 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan Hari Kemerdekaan di Myanmar (1948).
Gambaran artis Perayau Marikh
- 46 SM - Titus Labienus menumpaskan Julius Caesar di Pertempuran Ruspina.
- 871 - Pertempuran Reading: Ethelred dari Wessex melawan tentera penceroboh Denmark.
- 1493 - Christopher Columbus meninggalkan Dunia Baru maka berakhirnya jelajah sulung beliau.
- 1642 - Raja Charles I dari England mengerahkan bala tentera untuk menahan ahli-ahli Parliamen, maka bermulanya Perang Saudara England.
- 1698 - Sebahagian besar Istana Whitehall (gambar) di London, tempat kediaman utama raja-raja Inggeris sejak 1530, musnah dalam kebakaran.
- 1717 - Belanda, England, dan Perancis menandatangani Perikatan Bertiga.
- 1762 - England mengisytihar perang terhadap Sepanyol dan Naples.
- 1847 - Samuel Colt menjual pistol revolver pertamanya kepada kerajaan Amerika Syarikat.
- 1854 - Kapten William McDonald di atas kapal Samarang menjumpai Kepulauan McDonald, sebuah kepulauan tidak berpenghuni di Lautan Selatan kira-kira dua pertiga perjalanan dari Madagaskar ke Antartika.
- 1865 - Bursa Saham New York membuka ibu pejabat tetap pertamanya di 10-12 Broad berhampiran Wall Street di Bandar Raya New York.
- 1878 - Sofia dibebaskan dari pemerintahan Empayar Uthmaniyyah.
- 1884 - Pergerakan intelektual Persatuan Fabian diasaskan di London.
- 1885 - Pembedahan apendektomi pertama dijayakan oleh William W. Grant pada Mary Gartside.
- 1885 – Perang China-Perancis: Askar Perancis pimpinan Jeneral Oscar de Négrier menewaskan angkatan China Qing yang lebih besar di Nui Bop, utara Vietnam.
- 1896 - Utah diterima penyertaan sebagai negeri Amerika Syarikat yang ke-45.
- 1903 - Topsy si gajah dibunuh dengan kejutan elektrik oleh Thomas Edison dalam kempen Perang Arus Elektrik.
- 1912 - Persatuan Pengakap dibadankan di Komanwel British melalui Royal Charter.
- 1936 - Majalah Billboard menerbitkan lagu-lagu suka ramai pertamanya.
- 1944 - Perang Dunia II: Bermulanya Operasi Carpetbagger yang melibatkan penghuluran senjata dan bekalan kepada pejuang penentang di Eropah.
- 1944 - Perang Dunia II: Bermulanya Pertempuran Monte Cassino.
- 1948 - Burma mencapai kemerdekaan daripada Empayar British, dengan Thakin Nu daripada Liga Kebebasan Rakyat Anti Fasisme sebagai Perdana Menteri.
- 1951 - Perang Korea: Tentera China dan Korea Utara menawan Seoul.
- 1958 - Sputnik 1 jatuh ke Bumi dari orbitnya semenjak dilancarkan pada tahun 1957.
- 1959 - Luna 1 menjadi kapal angkasa pertama yang mencapai kawasan Bulan.
- 1962 - Bandar Raya New York mempersembahkan kereta api yang dikendali tanpa krew dalamnya.
- 1972 - Rose Heilbron menjadi hakim wanita pertama yang menduduki Old Bailey di London.
- 1974 - Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon enggan menyerahkan bahan-bahan yang disepinakan oleh Jawatankuasa Watergate Senat.
- 1975 - Elizabeth Ann Seton menjadi santo kelahiran Amerika Syarikat yang pertama.
- 1979 - Brunei dan United Kingdom telah menandatangi Perjanjian Kerjasama dan Persabahatan.
- 1999 - Bekas penggusti profesional Jesse Ventura mengangkat sumpah selaku Gabenor Minnesota.
- 1999 - Umat Islam Syiah diserang orang-orang bersenjata ketika beribadah di sebuah masjid di Islamabad, 16 orang terbunuh sementara 25 lain cedera.
- 2004 - Perayau Marikh NASA Spirit berjaya mendarat di Marikh pada 04:35 UTC Bumi.
- 2006 - Perdana Menteri Israel Ariel Sharon menghidapi angin ahmar buat kali kedua. Kuasanya dipindahkan ke Ehud Olmert.
- 2007 - Kongres Amerika Syarikat ke-110 bersidang, memilih Nancy Pelosi sebagai Speaker Dewan Perwakilan wanita yang pertama dalam sejarah A.S., menjadikannya wanita berkedudukan tertinggi dalam sejarah kerajaan persekutuan A.S.
- 2010 - Pencakar langit Burj Khalifa, struktur tertinggi di dunia, dibuka secara rasmi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.