21 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
21 Mei merupakan hari ke-141 (hari ke-142 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 224 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan: Hari Tentera Laut di Chile.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1674 - John Sobieski dipilih oleh szlachta sebagai Raja Komanwel Poland-Lithuania.
- 1881 - Palang Merah Amerika ditubuhkan oleh Clara Barton (gambar) di Washington, D.C.
- 1894 - Terusan Kapal Manchester (gambar) dibuka secara rasmi, menghubungkan Manchester Raya, England dengan Laut Ireland.
- 1904 - Badan induk sukan bola sepak antarabangsa Fédération Internationale de Football Association (FIFA) diasaskan di Paris.
- 1911 - Presiden Mexico Porfirio Diaz dan revolusioner Francisco I. Madero menandatangani Perjanjian Ciudad Juárez bagi menamatkan pertelingkahan antara kedua pihak, mengakhiri fasa pertama Revolusi Mexico.
- 1927 - Di atas Spirit of St. Louis, Charles Lindbergh berjaya membuat penerbangan seorang diri menyeberangi Lautan Atlantik tanpa henti yang pertama.
- 1991 - Bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi dibunuh oleh seorang pengebom berani mati wanita.
- 1998 - Presiden Indonesia Suharto meletakkan jawatan selepas memerintah selama 32 tahun.
- 2008 - Manchester United memenangi Liga Juara-Juara UEFA, menewaskan Chelsea.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1936 - Abdul Taib Mahmud, seorang Ketua Menteri Sarawak ke-4
- 1945 - Richard Hatch, pelakon A.S.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1991 - Rajiv Gandhi, Perdana Menteri India ke-6
|