3 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
3 Mei merupakan hari ke-123 (hari ke-124 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 242 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1808 - Perang Finland: Bandar berkubu Sweden Suomenlinna jatuh ke tangan Rusia.
- 1815 - Tentera Austria pimpinan Frederick Bianchi, Duke Casalanza menewaskan angkatan Raja Joachim Murat dari Naples dalam Pertempuran Tolentino (gambar), pertempuran muktamad dalam Perang Neapolitan.
- 1937 - Novel Berlalu Bersama Angin (Gone with the Wind) oleh Margaret Mitchell memenangi Hadiah Pulitzer untuk Fiksyen.
- 1945 - Perang Dunia Kedua: Kapal samudera Jerman Cap Arcona, berisi ribuan banduan kem tumpuan yang ditinggalkan terapung tanpa keupayaan mempertahankan diri, diserang dan ditenggelamkan oleh RAF Typhoons di Laut Baltik.
- 1947 - Perlembagaan Jepun yang baharu berkuat kuasa, memberikan kuasa Maharaja Jepun kepada parlimen.
- 1991 - Episod terakhir untuk drama lipur lara televisyen Dallas disiarkan.
- 1991 - Penjara Pudu di Malaysia dibuka kepada orang awam.
- 2011 - United Airlines dan Continental bersetuju untuk bergabung, membentuk syarikat penerbangan terbesar di dunia.
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1481 - Sultan Uthmaniyyah Muhammad al-Fatih
|