Gereja Roman Katolik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebahagian daripada siri tentang

Agama Kristian mempercayai Jesus sebagai Christ

 
Jesus  · Christ
Jesus dalam agama Kristian  · Kelahiran dara  · Penyaliban  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Bible
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Gospel  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Suci)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Maryam  · Santo Peter  · Paulus si Hawari  · Paderi Besar  · Awal  · Constantine Agung  · Majlis  · Perpecahan Barat-Timur  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Ekumenisme  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Perlambangan  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

P christianity.svg Portal Kristian

Gereja Roman Katolik merupakan mazhab Kristian yang terbesar di dunia, terdiri daripada mereka yang mengakui kuasa biskop Rom (iaitu Paus), dalam perkara yang berkaitan dengan ajaran Kristian. Gereja Roman Katolik menganggap mereka sebagai pewaris yang sah kepada kekuasaan yang diturunkan oleh Jesus Christ kepada 12 orang pengikut HawariNya (apostles). Gereja ini mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pembangunan kebudayaan masyarakat Eropah dalam pengenalan nilai-nilai kehidupan barat kepada tamadun lain terutama ketika era penjajahan. Pada akhir 1990-an, jumlah penganut mazhab ini mencecah jumlah 1 bilion (lebih kurang 52 peratus penganut Kristian atau 16 peratus penduduk dunia). Kebanyakan penganut mazhab Katolik tertumpu di benua Eropah dan Amerika Latin, walaupun pengaruhnya semakin bertambah di bahagian dunia yang lain seperti Afrika.

Maksud perkataan Katolik memiliki dua erti kegerejaan, dijelaskan dalam Kamus Webster sebagai: a) Seluruh gereja Kristian ortodoks b) Doktrin atau keyakinan kepada Gereja Roman Katolik,

Istilah ini berasal daripada kata sifat Bahasa Yunani, katholikos (καθολικος) yang bermaksud "umum", "sejagat" atau "keseluruhan".

Katolik Barat Tradisional mempunyai tujuh sakramen. Dalam tradisi Katolik Timur jumlah sakramen ini tidak tetap. Namun sakramen yang diakui oleh Gereja Roman Katolik adalah seperti berikut: