23 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
23 Mei merupakan hari ke-143 (hari ke-144 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 222 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1430 - Perang Seratus Tahun: Jeanne d'Arc ditangkap dalam Pengepungan Compiègne.
- 1533 - Perkahwinan antara Henry VIII dari England dan isteri pertamanya Catherine dari Aragon (gambar) dibatalkan Ketua Biskop Canterbury Thomas Cranmer.
- 1568 - Pemberontakan Belanda tercetus apabila pemberontak Belanda yang diketuai Louis dari Nassau menyerang Friesland dalam Pertempuran Heiligerlee.
- 1844 - Sayyid `Alí-Muhammad Shírází mengisytiharkan dirinya sebagai "Báb", menandakan permulaan Bábisme, pelopor Kepercayaan Bahá'í.
- 1873 - Polis Berkuda Barat Laut diasaskan di Wilayah-wilayah Barat Laut, Kanada.
- 1934 - Perompak bank Amerika Syarikat Bonnie dan Clyde diserang hendap dan dibunuh oleh pihak polis di Kariah Bienville, Louisiana.
- 1945 - Akhir Perang Dunia II di Eropah: Reichspräsident Karl Dönitz ditahan dan kerajaan Flensburgnya dibubarkan.
- 1969 - Kumpulan rock United Kingdom The Who mempersembahkan opera rock Tommy.
- 1998 - Persetujuan Belfast diterima dalam satu pungutan suara, dengan lebih tiga perempat undi 'ya' terhadap Ireland Utara.
- 2008 - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Batuan Tengah kepada Malaysia dan Batu Puteh kepada Singapura, menyelesaikan pertelingkahan wilayah 29-tahun.
- 2009 - Bekas Presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun membunuh diri.
- 2009 - Madhav Kumar Nepal dipilih sebagai Perdana Menteri Nepal.
- 2010 - Sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Shanghai ke Guilin tergelincir berhampiran Fuzhou, Jiangxi, China, menyebabkan 19 orang maut.
- 2011 - Letusan gunung berapi Iceland Grimsvotn (gambar) menyebabkan pembatalan penerbangan di utara Eropah.
|