Tuhan
- Makalah ini adalah mengenai Tuhan dalam konteks monoteisme, untuk melihat maklumat mengenai Tuhan dalam konteks politeisme, sila rujuk Dewa.
Tuhan merupakan satu entiti kewujudan yang Maha-berkuasa, Maha-mengetahui, dan Maha-Penyanyang;yang biasanya disembah oleh manusia. Tanggapan mengenai tuhan sebenarnya adalah berbeza-beza dari satu agama ke satu agama yang lain, contohnya aliran utama agama Kristian manganggap Imej tuhan adalah seperti manusia, tetapi ada agama lain yang menganggap bahawa imej tuhan tidak dapat ditanggapi. Tetapi walaupun demikian, Tuhan merupakan satu konsep yang boleh dijumpai secara universial di setiap bangsa.
Maklumat mengenai Tuhan boleh dijumpai dalam kitab agama. Kitab agama sentiasanya dianggap oleh penganutnya sebagai sumber yang sahih untuk hal ehwal ketuhanan. Bagi masyarakat yang tidak beragama dan tidak berkitab, khayalan mengenai tuhan boleh dijumpai dalam karya sastera, sebaliknya merujuk kepada alam-semulajadi contoh hukum alam, hukum rimba.
Manusia secara semula jadi mempunyai minat untuk mengenal tuhan. Tetapi setiap orang mempunyai bentuk keyakinan yang berbeza mengenai kewujudan tuhan. Tahap-tahap keyakinan ini adalah seperti dibawah:
- Teisme
Fahaman yang mengakui kewujudan tuhan. - Agnoteisme
Fahaman yang meragui kewujudan tuhan. - Ateisme
Fahaman yang menafi kewujudan tuhan.
Dalil-dalil Kewujudan Tuhan[sunting | sunting sumber]
Kewujudan Tuhan sebenarnya sesuatu yang bukan-empirik. Orang yang hidup biasanya tidak akan menjumpai tuhan melalui matanya sendiri. Tetapi, walaupun demikian, kebanyakan manusia adalah yakin kepada wujudnya tuhan dan mengemukakan pelbagai dalil untuk kewujudan tuhan. Contohnya:
- Dalil Logik Sesuatu yang tidak dapat dilihat atau kesan tidak semestinya tiada. Sekiranya kita tidak dapat melihat atau mengesan nyawa, tidak bererti nyawa itu tidak wujud. Sekiranya cetusan eletrik dalam otak diukur sebagi nyawa, komputer yang mempunyai prinsip yang sama masih tidak dianggap bernyawa.
- Dalil Kejahatan di Dunia Tuhan telah memberi peringatan agar manusia berbuat baik sesama manusia, dengan amaran siksaan yang keras kepada mereka yang ingkar. Adanya kejahatan yang diamalkan oleh manusia di bumi adalah pilihan manusia itu sendiri. Kejahatan adalah keadaan di mana ketiadaan kebaikan. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu.
- Dalil Kesempurnaan Tuhan adalah sempurna dari segala sifat kecacatan. , dengan itu mengatakan Tuhan tidak mampu adalah salah, sebagai contoh "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?" menunjukkan keinginan meletakkan sifat manusia kepada Tuhan. Berat adalah hukum yang dicipta Tuhan, apa yang berat di bumi tidak bererti di angkasa. Berat tidak membawa apa-apa erti di alam ghaib.
- Dalil Kosmologikal
Dari segi kosmologi, Tuhan seharusnya wujud sebagai punca kepada kewujudan alam. Dengan premis "segala sesuatu itu berpunca", maka adalah tidak masuk akal untuk mengatakan alam ini wujud tanpa mempunyai punca,yakni Tuhan. Di alam ini semuanya tersusun dengan hukum-hukum yang tertentu dengan ketentuan Tuhan, yang mana dari segi sains pula dikenali sebagai hukum alam. - Dalil Antropofik
Kewujudan manusia dan fitrahnya untuk mengenal tuhan sudah membuktikan kewujudan Tuhan. - Dalil Fungsi Moral
Kemoralan manusia tidak laku jika tuhan tidak wujud. - Dalil Majoriti
Kebanyakan orang percaya kepada kewujudan tuhan, maka kemungkinan besar Tuhan wujud.
Sains hanya menerangkan sesuatu kejadian, sebagai contoh sains menerangkan bahawa cahaya bergerak lurus. Tetapi sekiranya Tuhan kehendaki, ia mampu memesongkan cahaya, dan sains akan menerangkan hal ini dengan mengeluarkan satu teori / hukum baru bagi menjelaskannya. Ini kerana masing-masing cuba menerangkan sesuatu dengan ilmu yang mereka ada, ahli kimia akan menerangkan dari segi kimia, ahli fizik dari segi fizik, masing-masing terhad pada pengetahuan mereka.
Kesan dan Akibat Perwujudan Tuhan[sunting | sunting sumber]
Dengan kemutlakannya, Tuhan tentunya tidak terikat dengan tempat dan waktu. BagiNya tidak dipengaruhi yang dulu atau yang akan datang. Tuhan tidak memerlukan tempat, sehingga pertanyaan tentang dimana tuhan hanya akan membatasi kekuasaanNya. Maka bagiNya tidak ada bila lahir atau bila mati.
Manusia dalam mencari tuhan dengan bekal kemampuan penggunaan akalnya dapat mencapai tingkat kewujudanNya. Lantas mampukah manusia meneruskannya kepada zat tuhan itu sendiri. Kemungkinan sejauh ini, kemutlakan tuhan menyebabkan manusia yang relatif itu tidak dapat menjangkau zat tuhan. Dengan demikian maklumat tentang zat tuhan itu apa, tentunya berasal dari sang mutlak atau tuhan itu sendiri. Bagaimankah tuhan yang mutlak itu mengirimkan maklumat kepada yang relatif ?
Di dunia ini banyak agama yang mendakwa sebagai pembawa pesan tuhan. Bahkan ada agama yang dibuat manusia (yang relatif) termasuk pembuatan zat tuhan itu tentu. Karena banyaknya nama dan ajaran agama yang pelbagai tidak mungkin semuanya benar. Kalau zat si mutlak ini beraneka, maka hal itu bertentangan dengan kewujudanNya yang unik. Untuk menemukan maklumat tentang zat yang mutlak, yang unik dan yang nyata itu dapat menggunakan uji kesahihan sumber maklumatnya. Terutama berkaitan dengan maklumat tuhan dalam memperkenalkan diriNya kepada manusia apakah mencerminkan kewujudanNya itu.