Langkasuka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Tanah Merah (Kurun-2 hingga kurun-7)
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Kedah Tua (Kurun-5 hingga kurun-11
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Brunei (1363–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu (1450–1899)
Kesultanan Pahang (1470-sekarang)
Kesultanan Perak (1528–sekarang)
Kesultanan Kelantan (1721-sekarang)
Kesultanan Terengganu (1725-Sekarang)
Kesultanan Selangor (1743-Sekarang)
Negeri Sembilan (1773-Sekarang)
Kerajaan Perlis (1843-Sekarang)
Era Penjajahan Barat
Serangan Portugis di Melaka (1511)
Perjanjian Inggeris-Belanda (1824)
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam (1909)
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Tragedi Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu
Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)
Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)

Flag of Malaysia.svg Portal Malaysia

Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal Kerajaan Pattani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi.

Menurut catatan Liang Shu (the History of the Liang Dynasty,梁書):

“The kingdom of Lang-ya-shu is situated in the Southern Sea (南海).Its frontiers are thirty days’ journey from east to west and twenty from north to south. It is twenty-four thousand li (里) distant from Canton. Its climate and products are somewhat similar to those of Funan. Eagle-wood, Agar-wood and Barus camphor are especially abundant. It is customary for men and women to go with the upper part of the body naked, with their hair hanging disheveled down their backs, and wearing a cotton kan-man.

Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani.

Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.

Menurut rekod, Langkasuka pernah menghantar ufti ke China pada tahun 502-507M, 511, 515, 518, 520, 531 dan 568 masehi melalui beberapa dinasti.

Lukisan dari rekod China menunjukkan wakil dari Langkasuka, bersama deskripsi tentang kerajaan Langkasuka. Dinasti Song Salinan dari lukisan di zaman Dinasti Liang 526-539.

Langkasuka dan pemerintahnya[sunting | sunting sumber]

Langkasuka wujud awal kurun kedua Masihi dan ada dalam rekod negara China Dinasti Wupada tahun 243 M. Langkasuka adalah sebuah federasi dari Pantai Timur ke Pantai Barat. Antara bandar penting Langkasuka ialah Kedah Tua. Kedah Tua sebagai sebuah kota pelabuhan dari awal kurun ke-6 SM. Fungsi Kedah Tua sebagai sebuah kota pelabuhan sangat menarik minat ramai pedagang dari arah barat kerana Kedah Tua menghasilkan besi yang paling bermutu, yang banyak digunakan dalam kempen peperangan pada zaman dahulu. Sejak zaman Assyria membentuk sebuah empayar, diganti dengan Persia dan Rom, beralih pula ke Tamadun Indus atau Utara Anak Benua India sehinggalah ke zaman penyatuan Srivijaya. Kedah menjadi sebuah kota yang gilang-gemilang, kaya-raya, ditambah pula dengan kewujudan laluan Trans-Semenanjung Purba yang merentasi Langkasuka, Raktamrittika dan sebagainya. Kedah Tua pula bergabung dengan kota-kota di laluan perdagangan Trans-Semenanjung membentuk Langkasuka. Persaingan wujud antara Kedah Tua dan Pelabuhan Takua Pa yang berada dalam kawasan Funan. Lalu, Funan menyerang dan menguasai Segenting Kra. Namun, pada tahun 515M, kuasa Funan merudum akibat penguasaan Chenla dalam istana Funan, menyebabkan Langkasuka berjaya memerdekakan empayarnya dan menghantar utusan ke negara China sehingga tahun 568 M. Namun,pada tahun 568 M, Raktamrittika yang muncul sebagai sebuah empayar telah menyerap Pan Pan, Langkasuka dan Tan Tan ke dalam federasinya. Istana Kedah Tua dikuasai pula oleh keturunan Raktamrittika menyebabkan bapa Merong Mahawangsa, membawa keluarganya berhijrah sampai ke Lanka. Merong Mahawangsa ini kemudiannya mengasaskan Kerajaan Kedah Tua.

Patani dan Langkasuka[sunting | sunting sumber]

Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.

Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).

Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batu-batuan purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani.

Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.

Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum Masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka (Liang-Shu atau Liang Annals)[1].

Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh.

Rujukan dan pautan akademik[sunting | sunting sumber]