7 Mac
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
7 Mac merupakan hari ke-66 (hari ke-67 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 299 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 161 - Marcus Aurelius dan Lucius Verus mewarisi Antoninus Pius sebagai Maharaja bersama Empayar Rom.
- 321 – Maharaja Rom Constantine I mengisytiharkan dies Solis Invicti (hari suria) sebagai hari rehat di seluruh wilayah Empayar.
- 1862 - Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan bertempur (gambar) dan sehari kemudian menewaskan askar Gabungan, mengukuhkan kuasa mereka di Missouri.
- 1876 – Alexander Graham Bell diberikan paten untuk ciptaan bernama telefon, sekaligus mengatasi Antonio Meucci dengan beza empat jam sahaja.
- 1936 - Jerman menduduki semula kawasan bebas tentera Rhineland (gambar peta), dengan itu mencabuli Persetiaan Versailles dan Perjanjian Locarno.
- 1950 - Kesatuan Soviet mengeluarkan kenyataan yang menafikan bahawa ahli fizik nuklear Jerman Klaus Fuchs pernah berkhidmat sebagai pengintip Soviet.
- 1951 – Perang Korea: Operation Ripper – Angkatan PBB pimpinan Jeneral Matthew Ridgeway melancarkan serangan terhadap tentera China.
- 1965 - Gerakan Hak Awam Amerika-Afrika: Para penunjuk perasaan hak awam yang berarak dari Selma menuju ke Montgomery, Alabama, diserang dengan kejam oleh pihak polis pada Ahad Berdarah.
- 1984 – Amerika Syarikat menyerang San Juan del Sur di Nicaragua.
- 1986 – Bencana Challenger: Pasukan penyelam dari kapal USS Preserver menjumpai kabin anak kapal Challenger di dasar lautan.
- 1989 – Iran dan United Kingdom memutuskan hubungan diplomatik setelah berselisih mengenai Salman Rushdie dan novelnya yang penuh kontroversi.
- 1994 – Undang-undang hak cipta: Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan bahawa parodi terhadap karya asal secara amnya tergolong dalam doktrin kegunaan wajar.
- 2007 – Dewan Rakyat British mengundi agar menjadikan Dewan Pertuanan dipilih melalui undian sepenuhnya.
- 2009 - NASA melancarkan balai cerap angkasa Kepler dalam misi mencari planet seperti Bumi di bintang lain.
- 2010 - The Hurt Locker memenangi enam Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik.
- 2010 - Serangan antara agama menyebabkan lebih 500 kematian berhampiran Jos, Nigeria.
- 2012 - Perdana Menteri Belize Dean Barrow kembali terpilih untuk penggal keduanya.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1980 - Laura Prepon, pelakon Amerika Syarikat
|