MediaWiki
Templat:Kotak info perisian34TQY2sHKb3LqQ7iWBnMpog8P8ZMcs35kg MediaWiki ialah sebuah perisian wiki berdasarkan web. Perisian ini digunakan oleh semua projek di bawah kelolaan Yayasan Wikimedia, semua wiki yang didaftarkan di Wikia, dan wiki-wiki persendirian. Asalnya, MediaWiki dibangunkan sebagai memenuhi keperluan untuk mengurus ensiklopedia Wikipedia yang mempunyai kandungan bebas, tetapi pada hari ini ia juga digunakan oleh syarikat-syarikat sebagai perisian pengurusan pengetahuan dalaman dan juga sebagai sistem pengurusan kandungan. Novell ialah contoh sebuah syarikat yang menggunakan MediaWiki sebagai perisian pengurus bagi sebahagian daripada tapak-tapak webnya.
MediaWiki ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan menggunakan sistem pengurusan pangkalan data MySQL atau PostgreSQL. MediaWiki ialah sebuah perisian bebas dan diedarkan di bawah Lesen Awam Am GNU.