27 September
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
27 September merupakan hari ke-270 (hari ke-271 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 95 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Meskel di Ethiopia dan Eritrea
- Hari Pelancongan Sedunia.
- Hari Kemerdekaan Mexico dari Sepanyol (1821)
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1905 – Jurnal fizik Annalen der Physik menerbitkan rencana Albert Einstein "Adakah Inersia Jasad Bergantung Kepada Kandungan Tenaganya?" yang memperkenalkan persamaan E = mc2.
- 1908 – Kereta Ford Model T yang pertama dibina di Piquette Plant di Detroit, A.S.
- 1937 – Harimau Bali, sejenis subspesies harimau yang cuma ditemui di pulau Bali, Indonesia, diisytiharkan pupus.
- 1940 – Perang Dunia Kedua: Jerman Nazi, Itali Fasis dan Empayar Jepun menandatangani Pakatan Tiga Pihak di Berlin, mewujudkan Kuasa Paksi.
- 1983 – Richard Stallman mengumumkan projek GNU (gambar logo) untuk membangunkan sistem pengendalian ala UNIX bebas.
- 1988 – Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan aktivis Aung San Suu Kyi ditubuhkan di Burma.
- 1996 – Taliban menghalau Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani dari Kabul, menjalankan hukuman mati kepada bekas presiden Mohammad Najibullah, dan menubuhkan Amiriah Islam Afghanistan.
- 2007 – 1500 peguam berarak secara aman ke Jabatan Perdana Menteri Malaysia menuntut siasatan klip video hakim dan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman yang bebas.
- 2007 – Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Hague menghukum Mile Mrkšić and Veselin Šljivančanin 20 dan 5 tahun penjara kerana Pembunuhan Vukovar 1991 di Croatia.
- 2007 – NASA melancarkan kuar Dawn ke lingkaran asteroid.
- 2008 – Zhai Zhigang menjadi angkasawan China pertama menjalankan aktiviti luar kenderaan, semasa misi Shenzhou 7.
- 2010 – Parti Sosialis Bersatu Venezuela pimpinan Presiden Hugo Chávez mengekalkan majoriti mudah dalam pilihan raya parlimen Venezuela.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1972 - Gwyneth Paltrow, pelakon dan ahli muzik Amerika Syarikat
Kematian[sunting | sunting sumber]
- 1914 - Carol I dari Romania, seorang Raja Romanian
- 1962 - Mohamad Sheriff Bin Osman, seorang Menteri Besar Kedah pertama.
|