Video Bas melanggar 10 kereta di highway Terowong Menora menghala Ipoh. 10/7/16
10 July 2016
Perak - Kemalangan berlaku jam 1445hrs tadi di KM 265.8 arah selatan selepas Terowong
Menora menghala
Ipoh melibatkan sebuah bas merempuh 10 buah kereta
..
Ipoh, 10
Julai -
Satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan dilaporkan berlaku di Lebuh
Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan (Menora-Ipoh) kira-kira jam 3 petang tadi.
Menurut video yang dikongsi oleh Bernama
Radio, kelihatan bas itu merempuh kenderaan-kenderaan yang terlibat dari belakang.
Susulan kejadian, lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk.
BH
Online melaporkan, dua cedera dalam kemalangan tersebut.
Di dalam kejadian itu, kesemua 28 penumpang bas ekspress itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan
Trafik (JSPT)
Bukit Aman, Asisten Superintendan Hazil
Reza Mohd Ghazali berkata, dalam kejadian itu bas ekspres berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu kegagalan brek lalu melanggar 10 kenderaan di sisi dan hadapannya.
Katanya juga, pihaknya sedang mengealpasti dan mejalankan siasatan sama ada pemandu bas itu mengantuk ketika kejadian sehingga mengakibatkan inside itu berlaku.
"
Kami masih belum mendapat maklumat lengkap bas berkenaan menghala ke mana tetapi daripada maklumat awal ia datang dari arah utara menuju selatan.
"Ketika ini semua kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu sudah membuat laporan di Balai
Polis Ipoh," katanya ketika dihubungi.
Menurut Reza lagi, mangsa yang cedera masih belum dapat dikenalpasti namun mereka dipercayai dari kenderaan yang pertama dilanggar.
Terkini.
IPOH : Sebuah bas persiaran yang dilaporkan merempuh kira-kira 10 buah kenderaan lain di Kilometer 265.8,
Lebuhraya Utara-Selatan (
PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini semalam mempunyai 63 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan, lapor Bernama.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, berdasarkan siasatan, pemandu bas berkenaan yang berumur 51 tahun itu pula memiliki sembilan saman tertunggak atas pelbagai kesalahan termasuk memandu laju sejak
2011 hingga
2015.
"Hasil ujian air kencing mendapati pemandu terbabit yang merupakan pembantu pemandu negatif dadah. Polis telah mengambil keterangannya," katanya.
Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Ng Geok
Nee membenarkan permohonan pihak polis agar pemandu terbabit yang berasal dari
Johor Baharu direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan
1987.
Sementara itu, pemandu pertama bas berkenaan
Zakaria Ahmad, 50, ketika ditemui di perkarangan mahkamah itu berkata sebelum memulakan perjalanan beliau dan rakannya telah memastikan bas terbabit berada dalam keadaan baik.
"Rakan saya (suspek) yang merupakan pemandu kedua cukup tidur sebelum memulakan perjalanan pada pukul 12 tengah hari.
"Ketika kejadian saya yang sedang tidur terkejut apabila mendengar jeritan penumpang dan pemandu cuba memperlahankan kenderaan serta merendahkan gear tetapi tidak boleh," katanya ketika
di temui di perkarangan mahkamah.