Riwayat Al-Imam Muhammad bin Idris al-Shafi'i
Al-Imam a-Shafi’i juga dikenali dengan panggilan “al-Mutallibi” yang dinisbahkan kepada keturunan
Abdul Mutallib, juga dipanggil “Abu
Uthman” yang dinisbahkan kepada nama anak sulungnya Uthman. Beliau dilahirkan pada tahun 150H / 767M di
Gaza iaitu sebuah pekan kecil di
Asqalan, di negeri Palestin. Ini adalah pendapat Ijmak menurut al-Imam al-Nawawi.
Nama penuh al-Imam al-Shafi’i ialah
Muhammad bin
Idris bin al-Abbas bin Utman bin
Shafi’ bin Saeb bin
Ubayd bin Abd Yazid bin Hisman bin Abdil Muttalib bin Abdil Manaf bin Qusay. Beliau adalah seorang daripada bangsa Qurayish yang sampai kepada keturunan
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alayhi wa Sallam. Namun segelintir pengikut fanatik Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki yang iri hati kepadnaya telah cuba menimbulkan keraguan tentang salasilah keturunan al-Imam al-Shafi’i yang mendakwa kononnya beliau adalah keturunan Mawali iaitu bangsa
Arab kasta rendah bertaraf hamba kepada
Abu Lahab. Dakwaan karut ini telah disanggah sekeras-kerasnya oleh ramai ulama tersohor yang antaranya iaitu al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Imam al-Bukhari, al-Imam Muslim bin al-Hajjaj, al-Imam al-Subki, al-Imam
Ahmad bin hanbal, dan ramai lagi yang mengesahkan bahawa al-Imam al-Shafi’i adalah berketurunan Quraysh Mutallibi menurut kesepakatan Ahli Naqli (pakar al-Qur’an dan Hadisth).
Oleh yang demikian, tahap kecintaan al-Imam al-Shafi’i terhadap
Rasulullah dan Ahlil Bayt amat tinggi sehingga hal ini diambil kesempatan oleh mereka yang membenci dan iri hati kepada al-Imam al-Shafi’i dengan menuduhnya sebagai cenderung kepada
Shiah.
Ayahnya telah meninggal dunia pada masa beliau berumur dua tahun. Tanggungjawab membesarkannya terletak sepenuhnya pada bahu ibunya
Fatimah binti ‘Ubaydillah yang berasal dari Yaman daripada Kabilah Uzdi.
Menurut qaul mu’tamad daripada al-Imam al-Bayhaqi dan Abu Nu’iym, al-Imam al-Shafi’i telah berkahwin dengan Zuhriyyah binti Abi Zararah al-Zuhri tetapi menceraikannya dan berkahwin dengan
Hamdah binti
Nafi’ bin ‘Anbasah bin ‘
Amru bin Uthan, iaitu seorang wanita berketurunan Sayyidina
Uthman bin ‘Affan.
Selain itu, al-Imam al-Shafi’i juga mempunyai tiga orang hamba wanita bernama Dananir, Fawz, dan Sikkah al-Sawda’. Al-Imam al-Shafi’i telah dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu ‘Uthman, Zaynab, dan Fatimah hasil perkongsian hidupnya bersama istrinya Hamdah, seorang anak lelaki al-Hasan / Abu al-hasan daripada hambanya Dananir yang meninggal dunia ketika masih bayi. Perkara ini jelas disebutkan sendiri oleh al-Imam al-Shafi’i dalam kitabnya al-Umm, bab al-Wasiyyah dan al-Sadaqah.
Sejak muda lagi, al-Imam al-Shafi’i telah menjadikan al-Qur’an sebagai pendamping hidupnya. Setiap kali membaca al-Quran beliau sampai oada ayat-ayat rahmah, beliau akan berhenti dan berdoa dengan penuh khusyuk dan penuh harapan supaya dirinya dan seluruh orang-orang yang beriman mendapat rahmat
Allah. Tatkal sampai pada ayat-ayat azab pula, beliau berhenti dan berdoa dengan penuh khusyuk dan rasa takut memohon supcaya dirinya dan seluruh orang-orang mukmin dihindarkan daripada azab tersebut. Juga diriwayatkan bahawa al-Imam al-Shafi’i menghatamkan 30 kali al-Qur’an dalam masa sebulan dan menggandakananya 60 kali pada bulan Ramadan.
Al-Imam al-Shafi’i terkenal dengan sifat taqwa dan wawark.
Ibnu Abi
Hatim telah membuat rumusan khas satu bab dalam kitabnya “
Adab al-Shafi’i wa Manaqibuhu” mengenai ketaqwaan dan kewarakan al-Imam al-Shafi’i.
diriwayatkan bahawa pada usia 40 tahun, al-Imam al-Shafi’i sudah berjalan menggunakan tongkat. Apabila ditanyakan kepadanya tentang hal demikian, beliai menjawab “
aku berjalan menggunakan tongkat supaya aku sentiasa ingat yang aku berkelana di bumi Allah (musafir di dunia menuju ke alam akhirat)”.
Beliau juuga merupakan seorang ilmuan yang amat zuhud dan sentiasa reda dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepadnaya. Semasa hidupnya beliau sering ditimpa sakit.
Sulayman bin
Dawud al-Mahdi meriwayatkan tetang kezuhudan al-Imam al-Shafi’i “ketika sedang sakit, beliau (al-Imam al-Shafi’i_ akan berkata : andainya kesakitan ini membuat Mu ya Allah reda kepada ku, maka tambahkanlah lagi sakit ini”.
AL-Imam al-Shafi’i juga terkenal sebagai seorang yang bijak, tajam pemahaman dan ingatannya. Diriwayatkan bahawa beliau telah menghafal al-Qur’an seluruhnya dan mendalami ilmu yang terkandung di dalamnya pada usia seawal tujuh tahun, dan hafal isi kandungan kitab al-Muwatta karangan al-Imam
Malik sebelum berguru dengannya pada usia 10 tahun lagi.