1MDB tidak boleh dipercayai - Tun M
Bekas Perdana Menteri,
Tun Mahathir Mohamad menjelaskan walaupun
1MDB memberi jawapan pantas terhadap kontroversi demi kontroversi yang menghantuinya, tetapi tidak ada satu pun yang boleh dipercayai.
Dalam kenyataan di blognya semalam,
Mahathir berkata
IPIC dan
Aabar juga mengesahkan bahawa mereka tidak pernah menerima bayaran dari Aabar
BVI, dan mereka juga tidak pernah membuat pengakuan terhadap sebarang tanggungan bagi pihak Aabar BVI (seperti yang dinyatakan oleh 1MDB).
Mahathir berkata demikian sebagai merujuk kepada jawapan 1MDB terhadap kenyataan
International Petroleum Investment Company (IPIC) bahawa firma Aabar BVI (
British Virgin Islands) di mana 1MDB telah membuat pembayaran, adalah bukan anak syarikatnya, Aabar
Investment PJS, yang sepatutnya menerima bayaran tersebut.