KUALA LUMPUR, 12 Mac- Seluruh Ketua
UMNO Bahagian hari ini menyatakan enam perkara dalam deklarasi menyokong kepimpinan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sekaligus menolak deklarasi rakyat yang didalangi oleh
Tun Mahathir Mohamed bersama pemimpin Dap,
PKR dan
PAN.
Wakil kesemua ketua UMNO bahagian, Datuk Wira Mohd Yusof Kassim (Ketua UMNO Bahagian
Batu Gajah) telah membacakan deklarasi tersebut dalam sidang media yang diadakan di Menara Dato’ Onn sebentar tadi.
Jelasnya, selari dengan sistem demokrasi berpalimen
Raja berpelembagaan, keluruhan perlembagaan persekutuan serta kemuiliaan rukun Negara, maka kesemua ketua-ketua UMNO Bahagian berikrar akan terus menyokong dan memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri
Najib Tun Abdul Razak.
Enam Perkara yang tercatat dalam deklarasi tersebut adalah;
1.
KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian mengambil ketetapan, bersatu berikrar memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi
Barisan Nasional serta menyokong penuh dan mempertahankan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai PERDANA MENTERI
Malaysia, untuk terus memimpin negara.
2. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian juga bersepakat, MENGUTUK sekeras-kerasnya dan amat kesal dan kecewa dengan tindakan mantan Presiden UMNO, Tun
Dr. Mahathir Bin Mohamed, yang sanggup bersekongkol dengan PEMBANGKANG (
DAP, PKR dan PAN) serta mengepalai “Deklarasi Rakyat“, bersama
Lim Kit Siang yang bertujuan untuk menjatuhkan YAB Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak, selaku PERDANA MENTERI Malaysia, yang jelas bertentangan dengan amalan dan sistem demokrasi negara, tanpa mempedulikan kesan dan implikasi terhadap perbuatannya itu kepada negara dan rakyat.
KAMI mendesak Kerajaan bertindak tegas, menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang, terhadap mana-mana pihak yang menggugat sistem pemerintahan negara.
3. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian MENDESAK Kerajaan dan
Polis DiRaja Malaysia (
PDRM), bertindak tegas dan menghalang segala “road show” dan Perhimpunan
Haram, yang bakal dianjurkan oleh mana-mana pihak khususnya Pembangkang, bagi tujuan meracuni dan menghasut pemikiran rakyat, berdemonstrasi di jalanan dan apa-apa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia secara TIDAK DEMOKRATIK.
4. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian bersetuju dan bersepakat mendesak Kerajaan agar menamatkan serta merta segala perjawatan yang dipegang oleh mana-mana pemimpin atau bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, di dalam Kerajaan atau
GLC, yang secara jelas melanggar dan menghasut untuk mempersenda dan merosakkan sistem pemerintahan DEMOKRASI BERPARLIMEN dan
RAJA BERPERLEMBAGAAN, menggugat dan tidak menghormati PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, memperlekeh KEDAULATAN UNDANG-UNDANG dan tidak menghormati RUKUN NEGARA.
5. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pemimpin UMNO yang masih memegang jawatan, khususnya YB
Tan Sri Muhyiddin Bin Mohamad Yassin dan YB
Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Mahathir yang bersekongkol dan bersubahat dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokrasi.
KAMI MENDESAK
Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO, mengambil TINDAKAN DISIPLIN yang tegas kepada ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan “Deklarasi Rakyat” dan bersekongkol dengan pembangkang.
6. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian BERIKRAR dan BERJANJI akan berusaha keras memelihara kerukunan dan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan agama, memimpin rakyat Malaysia di kawasan masing-masing dan MENDOKONG dan MEMPERTAHANKAN sepenuhnya SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN dan RAJA BERPERLEMBAGAAN, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan RUKUN NEGARA.
- published: 12 Mar 2016
- views: 10