Thursday, 12 January 2012

SENIMAN DAN PERJUANGAN KELAS: MENGUPAS PENGALAMAN WIJI TUKUL



Di Malaysia akhir-akhir ini kita sering melihat tekanan politik yang semakin kuat daripada pemerintah terhadap segala macam bentuk penentangan terhadap kekuasaan Barisan Nasional. Situasi ini sebenarnya bukan merupakan perkara yang luar biasa bagi sebuah negara yang dipimpin oleh sebuah kuasa yang telah terlalu lama di tampuk pemerintahan dan semakin takut akan kehilangan kuasanya. Apalagi kalau melihat penentangan itu tidak hanya muncul daripada parti politik pembangkang sahaja, tetapi juga melibatkan unsur yang lain, seperti aktivis politik, peguam, penulis blog, seniman, dan anak muda. Masing-masing kumpulan ini memainkan peranan tersendiri di dalam lanskap politik terkini. Namun, tulisan singakt ini hendak memberikan penekanan khusus kepada peranan seniman di dalam proses perubahan politik tersebut.


Tuesday, 3 January 2012

ULASAN TAHUN 2011...MENEMPUH 2012 !



2011 TAHUN KEBANGKITAN RAKYAT …2012 KRISIS KAPITALISMA DIJANGKA TENAT …PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE-13 ‘IBU’ SEGALA PILIHANRAYA.

Tahun 2011 bermula dengan revolusi di negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara. Satu demi satu regim diktator yang telah bermaharajalela berpuluh-puluh tahun runtuh akibat keteguhan kebangkitan rakyat yang dipelopori oleh anak muda dan kelas pekerja yang menuntut hak demokrasi dan keperluan sosial. Bermula dengan Tunisia, kebangkitan rakyat seterusnya menular ke Mesir, Libya, Yemen dan negara-negara lain. Manakala di Syria ketika kita mencecah tahun 2012 perjuangan rakyat di negara tersebut terhadap regim autokratik Bashar semakin sengit.