JOHOR BAHARU, 19 Feb (Bernama) -- Cadangan seorang Anggota Parlimen Belia supaya mengkaji semula kesalahan pengambilan ganja kerana golongan muda tidak menganggapnya sebagai dadah, perlu diperhalusi secara mendalam oleh semua pihak, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam. Beliau berkata walaupun beberapa negara di dunia seperti Belanda menghalalkan penggunaan ganja,