Akhbar

Tentang Yelp

Yelp Inc. (NYSE: YELP) menghubungkan orang ramai kepada perniagaan tempatan. Yelp ditubuhkan di San Francisco pada bulan Julai 2004. Semenjak itu, komuniti Yelp telah berakar umbi di bandaraya utama merentasi 32 negara. Menjelang akhir Q4 2015, para Yelper telah menulis lebih kurang 95 juta ulasan tempatan yang beraneka, menjadikan Yelp panduan tempatan yang utama untuk segala-galanya dari butik dan mekanik hinggalah kepada restoran dan doktor gigi. Lebih kurang 86 juta pelawat unik mengunjungi Yelp melalui telefon mudah alih mereka secara purata bulanan sepanjang Q4 2015**. Lebih kurang 75 juta pelawat unik mengunjungi Yelp melalui desktop mereka secara purata bulanan sepanjang Q4 2015. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.yelp.com atau hantarkan e-mel ke press@yelp.com.

** Purata pengunjung mudah alih unik bulanan berdasarkan bilangan pelawat unik yang mengakses ke Yelp melalui web mudah alih dan peranti unik yang mengakses ke aplikasi itu berasaskan purata bulanan bagi sepanjang tempoh tiga bulan.

Fakta-fakta Yelp

  • Yelp mendapat secara purata seramai 86 juta pelawat unik bulanan yang mengunjungi Yelp melalui peranti mudah alih mereka pada Q4 2015*
  • Pengguna Yelp telah menulis lebih daripada 95 juta ulasan menjelang akhir Q4 2015
  • Nota Fakta Yelp
* Sumber: “Pengguna” seperti yang diukur oleh Google Analytics

Pengedaran Ulasan

Kami mengira nombor dan inilah apa yang telah kami dapati dari (pada Q4 2015).