Bacaan Duduk Antara Sujud Dalam Solat
Bacaan Duduk
Antara Sujud
Dalam Solat
✔Ketika melakukan duduk antara dua sujud itu, disunatkan membaca doa:
"Daripada Ibnu '
Abbas sesungguhnya
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam membaca ketika duduk antara dua sujud: "Ya
Allah! Ampunilah dosaku, rahmatilah
aku, 'afiatkanlah aku, dan berilah petunjuk serta rezki kepadaku." (Hadis riwayat
Abu Dawud)
✔Cara Duduk antara Dua Sujud
1.Bangkit dari sujud pertama sambil mengucapkan takbir.
2. Telapak kaki kiri dibuka dan diduduki.
3. Telapak kaki kanan tegak. Jari-jarinya menghadap ke arah kiblat.
4. Badan tegak lurus.
5.
Siku ditekuk.
Tangan sejajar dengan paha.
6. Telapak tangan dibuka. Jari-jarinya direnggangkan dan menghadap ke arah kiblat.
7. di sunat menghantar Telapak tangan diletakkan di atas paha. Di sunat mehunjur hujung jari tangan sejajar dengan lutut.
8. Pandangan lurus ke tempat sujud.
✔Perhatian: Duduk antara dua sujud dan juga iktidal merupakan Rukun solat yang pendek
.. Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek..
Jika kita memanjangkan rukun solat yang pendek dengan sengaja boleh membatalkan solat.
✔Merujuk
Imam An-Nawawi (Al-Majmuk:3/397-403) menjelaskan cara duduk antara dua sujud itu ada beberapa cara:
1. Duduk iftirasy bermaksud duduk dengan meletakkan punggung pada tapak kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan Sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Humaid As-Sa'idiy: Nabi saw duduk antara dua sujud Punggung didudukkan di atas tapak kaki kiri, sementara itu didirikan tapak kaki kanan dengan melipatkan anak-anak jari kaki kanan menghala ke kiblat.
2. Duduk iq'aa' bermakna duduk diatas kedua-dua tumit sebagaimana disebutkan dalam riwayat daripada Ibnu '
Umar dan Ibnu 'Abbas ra: Nabi saw pernah duduk antara dua sujud dengan duduk di atas dua tumit dan jari kaki, adalah juga termasuk duduk antara dua sujud
...
✔Cara duduk iq'a itu dua macam pula iaitu
a. Meletakkan kedua punggungnya di bumi, menegakkan kedua kakinya dan meletakkan kedua tangannya di atas bumi seperti duduknya seekor anjing. Inilah cara duduk yang dimakruhkan sebagaimana yang dimaksudkan dalam larangan hadis.
b. Menjadikan kedua punggungnya atas tumitnya ketika melakukan duduk di antara dua sujud. Inilah cara duduk yang disunatkan oleh Nabi saw
Sesengah pendapat ulamak mengatakan duduk Iq'aa' ini dilarang ketika Tasyahud
Awal tetapi hanya dibenarkan didalam duduk diantara 2 sujud
✔Oleh yang demikian, duduk yang afdhal menurut mazhab Syafi'e ialah dengan cara duduk iftirash (duduk tahyiat awal) sama ada ketika melakukan duduk tasyahhud awal, duduk antara dua sujud mahupun ketika duduk istirahah (duduk sebelum bangkit bagi raka'at seterusnya).
✔Duduk antara dua sujud itu boleh dilakukan sama ada dengan cara duduk iftirash atau iq'a, malahan tidak membatalkan sembahyang jika dilakukan semua duduk dalam sembahyang sama ada dengan duduk iftirash(duduk tahyiat awal), tawarruk (duduk tahiyat akhir), atau iq'a sekalipun berbeza-beza. Contohnya kita buat apa yang termampu setelah berusaha tetapi tidak terdaya atau buat sekadar yang boleh sahaja di sebabkan kalau duduk tawaruk memudaratkan (disebabkan masalah kesihatan) dan mengganggu solat kita (ada kekurangan faktor fizikal diri) Maka di bolehkan duduk cara iftirasi (cara pada tahiyat yang awal) tanpa menegakkan kaki dan tanpa melipatkan jari kaki menghujurkan jari kaki kearah kiblat...
Thuma'ninah duduk antara dua sujud adalah sekadar berhenti sekejap sebelum berpindah kepada sujud yang kedua pada setiap raka'at
Jika salah sila perbetulkan dan tegur kerana saya baru belajar.
Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia & akhirat.
--------Wallahu a'lam والله أعلم بالصواب .--------