10 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
10 Mei merupakan hari ke-130 (hari ke-131 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 235 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1503 - Christopher Columbus dan anak-anak kapalnya menjadi orang Eropah pertama mengunjungi Kepulauan Cayman, yang dinamakannya Las Tortugas.
- 1768 - Radikal John Wilkes dipenjarakan kerana mengkritik Raja George III, mencetuskan rusuhan di London.
- 1857 - Pemberontakan Supai meletus di India kolonial, mengancam pemerintahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
- 1869 - Upacara pancang emas (gambar replika) diadakan di Promontory, Utah bersempena siapnya Landasan Rentas Benua Pertama di Amerika Utara.
- 1940 - Perdana Menteri United Kingdom Neville Chamberlain (gambar) meletakkan jawatan dan mencadangkan Winston Churchill sebagai penggantinya.
- 1940 - Perang Dunia Kedua: Tentera Jerman melancarkan serangan ke atas Belanda, Belgium dan Luxembourg.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Pemimpin Nazi Rudolf Hess (gambar) terjun dengan menggunakan payung terjun di Scotland dalam misi mencari perdamaian dengan United Kingdom.
- 2010 - Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi mempelawa Estonia, Israel dan Slovenia menjadi ahli.
Kelahiran[sunting | sunting sumber]
- 1947 - Soe Win, Perdana Menteri Myanmar ke-10
Kematian[sunting | sunting sumber]
|