Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
30 Ogos merupakan hari ke-242 (hari ke-243 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 123 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini merupakan:
Putera Michael Andreas Barclay de Tolly
- 1800 - Gabriel Prosser cuba melancarkan pemberontakan hamba di Virginia, Amerika Syarikat.
- 1813 - Perang Napoleon: Angkatan Gabungan Keenam Fil Marsyal Michael Andreas Barclay de Tolly (gambar) menawan Jeneral Perancis Dominique Vandamme dan ribuan askarnya.
- 1835 - Peneroka Eropah yang mendarat di tebing utara Sungai Yarra di tenggara Australia mengasaskan bandar Melbourne.
- 1862 - Perang Saudara Amerika: James Longstreet dan Stonewall Jackson memimpin askar Gabungan kepada kemenangan muktamad dalam Pertempuran Bull Run Kedua.
- 1915 - Perang Dunia Pertama: Berdasarkan tuntutan Amerika Syarikat, kapal selam Jerman menghentikan menenggelamkan kapal tanpa amaran.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Erwin Rommel melancarkan serangan besar terakhir Paksi dalam Kempen Gurun Barat, menyerang kedudukan British di Al Alamain, Mesir.
- 1959 - Gelaran Pahlawan Nasional Indonesia dianugerahkan buat kali pertama, kepada penulis-juga-ahli politik Abdul Muis.
- 1984 - Space Shuttle Discovery dilancarkan bagi penerbangan sulungnya.
- 1992 - Michael Schumacher memenangi perlumbaan Formula Satu pertamanya, di Grand Prix Belgium.
- 1999 - Penduduk Timor Leste mengundi untuk merdeka daripada Indonesia dalam satu pungutan suara.
- 2010 - Gunung Sinabung (gambar) di Sumatera, Indonesia meletus buat kali pertama sejak 1600, menyebabkan lebih 18,000 penduduk melarikan diri.
- 2011 - Taufan Nanmadol mengorbankan 36 orang di Filipina, Taiwan dan Fujian, China.
- 2012 - Di Mexico, Institut Pilihan Raya Persekutuan mengisytiharkan Enrique Peña Nieto sebagai presiden baharu.
- 2013 - Sebuah ngarai yang baru ditemui di bawah lembar ais Greenland didapati merupakan yang terpanjang di dunia.